Menteri Penerbangan Pakistan, Ghulam Sarwar mendedahkan bahawa sekitar 40 peratus juruterbang di Pakistan menggunakan lesen palsu untuk menjadi juruterbang di negara berkenaan.

Ia merupakan satu pendedahan yang mengejutkan tetapi dalam masa yang sama, kerajaan mahu menangani masalah tersebut. Sarwar berkata berita berkenaan ‘fake pilots’ ini muncul selepas sebuah kapal milik Pakistan International Airlines (PIA) terhempas di Karachi baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Pakistan mempunyai 860 juruterbang termasuk juruterbang di PIA, Serene Ai dan Air Blue. Pertanyaan yang dibuat sejak Februari 2019 menunjukkan 262 juruterbang tidak pun menghadiri ujian dan mengupah orang lain untuk mengambil ujian bagi pihak mereka,” ujar Sarwar.

Beliau berkata ketika siasatan dibuat, ada juruterbang yang langsung tidak mempunyai sebarang pengalaman menerbangkan sebarang pesawat sebelum menghadiri ujian. Nisbah 40 peratus tersebut turut merangkumi ratusan juruterbang dengan status tidak ‘active flyers’.

“Ada juga juruterbang yang diambil menerusi lantikan politik. Merit langsung tidak diambil kira ketika mereka diambil sebagai juruterbang,” kata Sarwar.

Beliau menambah sarjana milik 4 orang juruterbang PIA juga adalah palsu dan notis tunjuk sebab turut diajukan kepada 54 juruterbang yang lain. “Setakat 54 orang ini, ada yang mahu mencabar notis ini di mahkamah. Tetapi 9 orang telah mengaku mempunyai sarjana palsu,” tambah Sarwar.

Kapal terbang PK803 yang membawa 99 penumpang dan 8 krew telah terhempas di kawasan yang padat dengan penduduk berdekatan Karachi pada 22 Mei 2020. Hanya 2 penumpang terselamat daripada 97 penumpang.

Dalam laporan terbaru, kapal terbang berkenaan terhempas akibat kecuaian juruterbang yang rancak membincangkan isu COVID-19 serta isu komunikasi antara pegawai air traffic control (ATC) menyebabkan kedua-dua pihak gagal mengikuti prosedur yang menyebabkan kemalangan tersebut berlaku.

Di Malaysia pula, scammer kini pilih untuk jadi ‘pilot’ selepas taktik berkenaan berhasil untuk menggoda gadis. Baca pada pautan di bawah.

Lihat Bagaimana Scammer Menyamar Sebagai ‘Pilot’ Di Facebook Untuk Tipu Wanita Tempatan

Jadi Simbol Kejayaan, Ini Kisah Di Sebalik Kapal Terbang Yang Diletakkan Di Hadapan Rumah