Seorang lelaki di China – dipercayai anak kepada si mati – telah melepaskan geram kepada ayahnya yang telah meninggal dunia kerana lari dari tanggunjawab menjaga keluarga dan ibunya 40 tahun lalu.

Kejadian itu berlaku di bandar Tai An yang terletak di bandar Yangzhou di wilayah Jiangsu, China, lapor International Business Times.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam sebuah video yang merakam kejadian itu, seorang lelaki dan wanita dilihat membuka keranda dan mengheret mayat tersebut. Mereka juga menampar muka si mati beberapa kali.

https://www.youtube.com/watch?v=86YWgOganrU

Selepas meninggalkan mayat tersebut di atas lantai, kedua-dua mereka melepaskan kata-kata kesat kepada si mati.

Dilaporkan bahawa salah seorang di antara mereka berkata, “Oleh kerana kamu tidak membiarkan saya mempunyai kehidupan yang baik ketika kamu masih hidup, sekarang kamu mati, saya tidak akan membiarkan kamu pergi dengan cara yang baik juga!”

Penduduk kampung mendakwa bahawa lelaki itu mempunyai seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan sebelum dia meninggal dunia, tetapi telah meninggalkan mereka lebih daripada 40 tahun yang lalu untuk tinggal bersama teman wanitanya di kampung yang sama.

Mereka kemudiannya dibesarkan oleh ibu mereka, tambah penduduk kampung.

Kami pernah menulis beberapa artikel mengenai China. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Pelanggan Rasa Tertipu Beli Jenama Terkenal Charles & Keith ‘Palsu’ Di China

Malaysia Tawarkan Pengecualian Visa Buat Pelancong China Dan India Bermula Tahun Hadapan

Wanita Uighur Dakwa Kerajaan China Jalankan Program ‘Rogol Secara Besar-Besaran’

Sumber