Harga stok pasaran saham jatuh merundum pada tahap teruk sehingga menyebabkan 400 orang terkaya di dunia kehilangan $124 Billion pada hari Isnin yang lalu. Lebih kurang 24 billionaires masing-masing hilang lebih $1 billion nilai kekayaan mereka.

Antaranya ialah:

1) Wang Jianlin hilang USD$3.6 billion

2) Bill Gates hilang USD$3.2 billion

4) Jeff Bezos, Amazon CEO hilang USD$2.6 billion

5) Warren Buffett, pelabur terkenal hilang USD$2.6 billion

6) Mark Zuckerberg, pengasas bersama Facebook hilang USD$1.7 billion

Menurut data Bloomberg Billionaires Index, didapati hanya 3 orang daripada 200 orang terkaya dunia menerima penambahan nilai kekayaan ekoran harga pasaran jatuh pada Isnin lalu. Mereka ialah: ahli perniagaan Arab Saudi Alwaleed Al Saud, pengasas Uniqlo Tadashi Yanai dan ahli perniagaan Czech Petr Kellner.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber