Difahamkan bahawa 400,000 orang beratur semalam (16/5) untuk membeli tiket Pra Jualan CIMB konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour.

Go Live yang bertindak sebagai laman rasmi untuk tiket konsert kumpulan dari London, United Kingdom ini turut berkata bahawa angka trafik yang tinggi ini adalah satu rekod baharu untuk Go Live.

Baca Juga:

Selain itu, Go Live juga menjawab dakwaan sesetengah netizen yang berang kerana laman sesawang dan aplikasi mereka gagal diakses.

“Permintaan untuk Coldplay: Music Of The Spheres World Tour – yang disampaikan oleh DHL di Stadium Nasional Bukit Jalil telah mencapai rekod baharu dan merupakan salah satu prajualan paling hebat yang pernah kami lakukan.

“Terdapat rekod yang dipecahkan apabila 400,000 peminat dalam barisan maya kami, yang merupakan yang terbesar dalam sejarah GoLive Asia.

“Kami ingin menjelaskan bahawa aplikasi dan tapak web tiket GoLive Asia sebenarnya tidak berlaku sebarang sebarang masalah.

“Walau bagaimanapun, disebabkan bebanan yang amat berat, kami terpaksa memastikan aliran trafik diuruskan secara berterusan di platform kami,” kata Go Live melalui siaran media.

Semalam bermulanya pra jualan tiket Coldplay bagi pemegang kad CIMB.

Sepanjang jualan dibuka bermula jam 10.00 pagi, peminat Coldplay berusaha untuk mendapatkan tiket menonton konsert pertama kumpulan ini di Malaysia.

Bagi jualan umum pula, difahamkan bahawa ia akan bermula hari ini dengan peminat yang mahu mendapatkan tiket akan beratur bermula jam 9.00 pagi sebelum diminta untuk beratur buat kali ke dua bagi pembelian tiket pula.

Selamat maju jaya buat mereka yang berperang pada hari ini untuk mendapatkan tiket dan bagi yang gagal, mungkin rezeki anda ada di masa akan datang.