Seramai 43 orang pelajar Malaysia yang pulang dari Indonesia pada 16 April lalu dikesan menjadi kluster terbaru jangkitan COVID-19 di negara ini.

Perkara itu diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian pada semalam di Putrajaya.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Tambahnya lagi, kluster tersebut dikesan di pintu masuk antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Kluster berkenaan terdiri daripada 43 pelajar yang pulang dari Temboro, iaitu salah satu tempat yang diisytiharkan sebagai zon merah di daerah Magetan, Indonesia.

“Mereka kini sedang menjalani proses kuarantin iaitu 34 individu dikuarantin di Melaka manakala sembilan lagi di Putrajaya.

“Ini menunjukkan tindakan kerajaan untuk mengambil langkah kuarantin dan menyaring semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara adalah bertepatan dan ia bagi memastikan kes import tidak menjangkiti penduduk Malaysia,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian. 

Kluster ini sekaligus menjadi kluster terbaru selepas beberapa kluster besar seperti tabligh, gereja dan kes 26 sebelum ini.

Bagaimanapun, krisis COVID-19 dalam negara mula menunjukkan perkembangan positif dengan pertambahan kes baru telah berada pada paras dua digit sejak dua hari lalu.

Baca perkongsian semasa COVID-19 di sini. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Krisis COVID-19 Buka Hati Bintang MMA Untuk Peluk Islam

Kit Ujian Dengan Ketepatan Seratus Peratus Dari Korea Selatan Bakal Digunakan Kesan COVID-19

Nenek Berusia 106 Tahun Pulih Dari COVID-19, Kongsi ‘Rahsia’ Untuk Kekal Sihat

Anda Mungkin Suka