Sekiranya 45 tahun dahulu, Rakyat Malaysia hanya boleh mendapatkan hidangan ayam goreng istimewa ini di cawangan sulung mereka yang bertempat di Jalan Tunku Abdul Rahman, kini para peminat KFC berpeluang mendapatkannya di serata Malaysia dengan lebih mudah.

Terbaru, KFC Malaysia dengan bangganya berjaya merasmikan cawangan ke-700 mereka yang bertempat di Bandar Sri Sendayan, Seremban. Segala usaha ini pastinya dibawah hasil kerja keras QSR Brands selaku syarikat yang menjadi pengendali tunggal kepada francais KFC dan Pizza Hut.

mid-valley-44826-kfc-44826-1
hungrygowhere

Pembukaan KFC di Bandar Sri Sendayan ini sememangnya sesuatu yang ikonik buat KFC Malaysia bersempena dengan pembukaan cawangan ke-700. Selain itu, syarikat ini turut mengendalikan Pizza Hut yang sudahpun mempunyai 380 cawangan.

Mengulas mengenai inisiatif terbaru QSR Brands, syarikat ini komited untuk menawarkan lebih banyak outlet dengan khidmat pesanan ke rumah kepada lebih banyak cawangan KFC dan Pizza Hut seluruh Malaysia.

join-banner-en
Sumber: KFC Malaysia

Difahamkan dua lagi cawangan KFC bakal dibuka pada tahun ini termasuk di Jalan Semarak, Kuala Lumpur sekaligus menjadikan KFC sebagai francais makanan segera terbesar di Malaysia. Tahniah diucapkan buat QSR Brands!

Saksikan Guns ‘N Roses Beraksi Di ‘Not In This Lifetime Tour Live In Malaysia’

https://youtu.be/SuC_bj23iYE

Guns N’ Roses sekali lagi kembali ke Malaysia tetapi kali ini berbeza kerana line-up asal mereka yang akan menghiburkan anda!

Dapatkan potongan harga sebanyak 15% dengan memasukkan kod MSIA7 untuk setiap kategori (kecuali VVIP)!

Tiket boleh terus dibeli di buytickets.com.my.

Guns

Maklumat lanjut layari Facebook Rasmi Guns ‘N Roses, Facebook Fans Guns ‘N Roses, dan Facebook Galaxy Group.

Jumpa anda di sana!