Akhirnya filem ’47 Meters Down: Uncaged’ telah berada di pawagam. Pasti ada daripada anda yang ketahui filem ini merupakan filem reboot 47 Meters Down tahun 2017 tetapi disebabkan kami tidak menonton filem tersebut sebelum ini, maka kami tidak dapat membandingkan kedua karya ini.

47 Meters Down: Uncaged mengisahkan tentang empat orang gadis yang menyelam di dalam satu kawasan dimana pada zaman dahulu ia merupakan sebuah bandar sebelum ia musnah ditenggalami air.

https://www.youtube.com/watch?v=AvXjx8SZbv8

Namun, sebenarnya mereka tidak bersendirian di dalam kawasan tersebut kerana mereka mula bertemu dengan spesis jerung berbahaya yang mulai mengganas dan menyerang mereka. Adakah mereka akan selamat daripada serangan jerung-jerung agresif tersebut?

Anda harus saksikan sendiri filem ini di pawagam berdekatan anda untuk ketahui pengakhirannya. Oleh itu, kami akan highlight beberapa kekuatan filem ini di bawah.

1. Tidak sedar masa berlalu

John Corbett, Brianne Tju, and Brec Bassinger in 47 Meters Down Uncaged-2

Filem 47 Meters Down: Uncaged ini digarap dengan baik dan padat dengan penceritaan sehingga anda tidak berasa puas menonton dan ingin menonton lagi dan lagi.

Plot cerita filem ini disusun dengan baik daripada sebelum mereka ke pulau tersebut untuk menyelam dan bagaimana mereka boleh diserang oleh jerung-jerung dan aksi cemas untuk menyelamatkan diri.

2. Karakter berbeza setiap watak ‘serikan’ filem

190822-mean-girls_16cb91d58eb_large

Dapat dilihat pada setiap adegan yang dipertontonkan akan membantu penonton memahami karakter watak-watak dengan lebih baik. Malah, anda akan didedahkan dengan sikap keempat-empat watak gadis ini dari masa ke semasa dimana ia memberi warna kepada penceritaan filem menjadikan ia lebih menarik dan penuh elemen kejutan.

3. Berbeza dengan filem jerung lain

47 Meters Down Uncaged

Filem ini tampil berbeza daripada filem jerung yang pernah ditayangkan kerana mangsa perlu melarikan diri di kawasan gua, dan perlu melalui kawasan sempit, serta mengelakkan diri daripada ditarik ke kawasan tekanan air tinggi.

Malah, mereka juga harus menyelesaikan masalah dalam keadaan genting sebelum kehabisan oksigen. Selain itu, terdapat beberapa adegan jumpscare yang pasti dapat membuat penonton terkejut dan berdebar untuk ketahui apa yang berlaku.

Bagi kami, filem ini boleh dikatakan adalah filem yang berkaitan jerung terbaik dan lebih banyak aksi tidak logik. Mungkin jika anda harapkan filem yang masuk akal, filem ini bukan untuk anda.

Untuk filem ini, kami berikan 7/10 kerana sinematografi, visual dan muzik yang dipersembahkan sangat bersesuaian dan menakjubkan serta cukup mempersonakan. Jika lebih banyak aksi ngeri pasti filem ini akan lebih menarik.

Adakah anda berpuas hati dengan review filem ini? Atau anda mahukan lebih lagi ulasan filem daripada kami? Klik pautan di bawah untuk lihat trailer filem yang akan ditayangkan di pawagam tidak lama lagi. 

Tonton Trailer Rasmi Terakhir ‘IT: Chapter Two’

‘Angel Has Fallen’ Pamer Aksi Lebih Mendebarkan

Sumber