Dulu masa saya ambil degree, saya ada buat part time di sebuah syarikat katering di Klang, Nidz Catering. Pemiliknya pernah nasihatkan saya tentang bagaimana meletakkan adab untuk menghormati orang lain dan apa kaitan semua itu dengan rezeki.

1. Apabila ada tetamu bertandang, bangun dan pergi ke dapur untuk angkat air dan hidangkan sendiri satu cawan dan satu cawan kepada setiap seorang tetamu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

2. Pastikan tetamu yang datang bertandang di rumah dapat minum atau makan sedikit. Tidak kira mereka dalam tergesa-gesa walau apa keadaan pun (kecuali kecemasan).

3. Sekiranya kita sudah bersiap mahu keluar dari rumah, tiba-tiba ada tetamu datang. Buka kembali pintu rumah dan layanlah tetamu sebaik-baiknya.

4. Sekiranya kita sedang makan di luar, kemudian datang orang meminta sedekah atau menjual barang, pastikan kita beri juga walau sedikit. Jika kita tidak mahu membeli, hadiahkan juga seringgit dua untuk dia dapat minum atau makan.

5. Sekiranya sedang makan atau minum, datang kucing menjengah. Duduk memandang atau terus mengganggu, beri sedikit makanan kepadanya.

Apabila kita mendahului semuanya dengan adab. Maka rezeki akan mula menjengah. Adab itu perlu hadir untuk menghormati ejen rezeki.

Tetamu = ejen rezeki.

Kadang-kadang kita tidak perasan siapa yang pernah menjadi tetamu kita. Kadang-kadang juga, di meja makan restoran pun kita boleh punya tetamu.

Tenang-tenang, setiap pertemuan itu Tuhan yang aturkan. Kita sahajalah perlu kawal diri mahu terima atau mahu menolaknya. Cewah. ‪

Baca lagi: Walaupun Susah Para Fakir Ini Tetap Mahu Menjamu Tetamu Dengan Hormat. Kami Kagum!