Hampir setahun yang lalu, Apple telah melakukan perubahan besar-besaran di dalam produk keluaran mereka dengan membuang port headphone jack pada smartphone terbaru mereka. Pada mereka, langkah ini merupakan langkah yang terbaik di dalam pembinaan smartphone serta mengangap mereka cukup berani melakukan perubahan.

Dalam pada itu, tindakan mereka nampaknya kurang disenangi ramai pengguna yang masih kerap menggunakan port sedemikian. Beberapa bulan berikutnya, jenama-jenama pengeluar smartphone lain secara tidak langsung turut mengikuti trend yang sama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, ini bukanlah Apple ‘sengaja’ membuang atau mengubah port sedia ada pada model keluaran terbaru mereka. Berikut merupakan 5 port yang telah diubah sebelum ini dimana secara tidak langsung mendesak pengguna untuk mendapatkan adapter.

1. Lightning To 3.5mm Headphone Jack

Screen_Shot_2017-08-14_at_1_50_42_PM 

Masih ingat lagi sewaktu pertama kali Apple mengumumkan iPhone 7 tanpa headphone jack. Ramai yang kurang selesa dengan tindakan Apple malah berpendapat langkah yang dibuat Apple ini bakal menyusahkan pengguna untuk mendengar muzik melalui sambungan earphone serta mengecas secara serentak.

Seperti yang dapat anda lihat pada gambar diatas, adapter yang dijual dengan harga hanya RM17.90 ini merupakan solusi terbaik anda. Sambungan ini membolehkan anda menyambung dua port secara serentak sekaligus membolehkan anda mengecas sambil mendengar lagu secara serentak. Sangat sesuai buat anda yang sering travel atau menggunakannya ketika didalam pesawat. Anda boleh dapatkan adapter 2 dalam 1 ini disini dengan harga promosi.

2. Lightning to Micro USB Adapter

Screen_Shot_2017-08-14_at_2_20_50_PM

Adakah anda mengalami masalah dimana majoriti rakan atau ahli keluarga yang tinggal bersama anda majoritinya pengguna Android. Jika ya, sudah pasti masalah mengecas iPhone atau iPad anda sedikit masalah sekiranya anda tidak mempunyai kabel yang sesuai.

Cukup dengan mendapatkan adapter Micro USB ini, masalah untuk mengecas. Oh ya, adapter ini juga mungkin boleh jadi ‘penyelamat’ anda ketika pulang ke kampung atau semasa travel memandangkan ramai daripada pengguna menggunakan smartphone Android yang masih lagi menggunakan port pengecasan Micro USB. Anda boleh dapatkannya di sini dengan harga RM9.90 sahaja.

3. Lightning to HDMI Digital AV Adapter

Screen_Shot_2017-08-14_at_2_25_59_PM

Sebuah lagi adapter awesome yang mungkin anda perlu perlukan. Hanya dengan sambungan mudah iPhone atau iPad anda ke TV melalui adapter ini, anda sebenarnya sudah berpeluang untuk stream Netflix dan video-video lain dengan mudah.

Adapter ini juga sangat mudah untuk disambung sekaligus membolehkan video dikeluarkan sebaik sahaja anda membuat sambungan. Lebih menarik, adapter ini seakan tidak akan masalah untuk mengeluarkan audio berkualiti tinggi serta video dalam paparan 1080p. Melihat kepada jumlah review daripada pengguna, boleh dikatakan majoriti pengguna sangat berpuas hati dengan adapter ini. Anda boleh klik di sini untuk melihat review daripada para pengguna.

4. 4 in 1 USB-C Multi-Port Adapter

Screen_Shot_2017-08-14_at_2_53_09_PM

Tidak hanya ditawarkan buat pengguna Apple Macbook terbaru, adapter ini bakal membantu anda yang mempunyai peranti dengan port USB Type C mendapatkan 4 lagi port USB Type B. Lebih menarik, anda berpeluang untuk menyambungnya untuk mengecas serta memindah data dengan pantas melalui USB 3.0.

Hadir dalam rekabentuk yang kompak, kami yakin ini adapter yang mungkin pengguna Apple Macbook terbaru perlukan sekiranya kerap menggunakan external hard disk atau pendrive. Kini anda boleh dapatkannya dengan harga separuh daripada asal melalui promosi di Lazada.

5. Lightning to Digital AV Multiport HDMI VGA Audio Adapter

Screen_Shot_2017-08-14_at_2_59_29_PM

Sebuah lagi adapter lengkap buat pengguna iPhone dan iPad. Penyediaan port headphone jack, HDMI dan VGA secara serentak bakal memberi anda fleksibiliti sekiranya anda memerlukan penyambungan dengan mudah. Anda boleh dapatkan adapter ini di sini.

Kesemua adapter yang kami syorkan ini merupakan adapter 3rd party. Dalam pada itu, kesemuanya berjaya menawarkan review yang baik daripada pengguna Lazada. Lebih menarik, harga yang ditawarkan juga jauh lebih rendah berbanding Apple Store. Kini tiada lagi masalah untuk menggunakan port yang berbeza meskipun smartphone yang anda gunakan hadir dengan satu port sahaja.