Bermula di China dan menular ke seluruh dunia, wabak pandemik COVID-19 sangat membimbangkan. Berikutan penularan wabak tersebut, negara kita telah melaksanakan beberapa langkah untuk menangani wabak tersebut dengan laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan.

Pada awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, kita tidak dibenarkan untuk  keluar tanpa urusan penting tetapi kini kita sudah boleh keluar dengan bebas dengan mengamalkan SOP yang telah ditetapkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
1
Gambar hiasan. Sumber: Blog Traveloka

Selepas beberapa bulan berada di rumah, anda pasti lihat anak-anak anda kelihatan sedih kerana tidak dapat bersiar-siar dan berjumpa rakan-rakan. Disebabkan sekarang kita berada dalam fasa pemulihan, anda digalakkan untuk melancong dalam negara.

Oleh itu, kami akan kongsikan kepada anda 5 destinasi dan aktiviti menarik dengan harga yang berbaloi untuk anda bawa anak-anak anda agar fikiran mereka lebih tenang dan kembalikan mood mereka sebelum mulakan sesi persekolahan. Ayuh kita mulakan!

1. JADI Batek handkerhief class, Kuala Lumpur

jadibatek-batik-drawing02-600×450
Sumber: Tripcatre.Asia

Batik merupakan satu seni yang tidak mudah dilakukan kerana memerlukan kita untuk fokus dan serlahkan kreativiti. Jika anda membawa anak anda ke JADI Batek, anak anda dapat belajar dan mendapat pengetahuan baru akan cara serta belajar keseluruhan proses untuk membuat batik.

Bukan sahaja menambahkan ilmu pengetahuan tetapi juga dapat serlahkan kreativiti dalam diri anak anda. Kebiasaannya harga kelas membuat batik pada sapu tangan ini adalah RM60 tetapi jika beli tiket di sini, harga tiket untuk kelas hanyalah RM55.20 sahaja. Dapatlah meluangkan masa dengan aktiviti berfaedah.

2. SuperPark Malaysia, Avenue K

20190110_SUPER_PARK_AVENUEK_335
Sumber: SuperPark

Buat anda yang ingin beriadah sambil berhibur bersama anak-anak anda, SuperPark Malaysia adalah pilihan terbaik untuk anda. Mana tidaknya, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang anda boleh lakukan seperti bermain bola keranjang dan banyak lagi di sini.

Pastinya anak-anak anda akan berasa aktif dan cergas sebelum memulakan pembelajaran tidak lama lagi. Manalah tahu ada bakat terpendam. Harga tiket selalunya bermula daripada RM70 untuk kombo dan anda boleh dapatkan tiket di sini untuk diskaun sebanyak 6%.

3. Aquaria KLCC

5.-Tips-for-Visiting-Aquaria-KLCC-Kuala-Lumpur-and-Review-1024×768-2
Sumber: Aquaria KLCC

Selain ke Zoo Negara, anda boleh ke Aquaria KLCC untuk bawa anak-anak anda terokai dunia dasar laut. Pelbagai jenis hidupan laut dapat dilihat di Aquaria KLCC ini.

Pastinya anak-anak anda akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang hidupan laut ke sini sambil berhibur. Malah, anak-anak anda juga akan teruja melihat hidupan laut menikmati makanan mereka ketika persembahan oleh penyelam dalam akuarium. Untuk nikmati diskaun tiket masuk sebanyak 8%, anda boleh beli di sini.

4. KidZania, Kuala Lumpur

KidZania-KLFB9
Sumber: KidZania

Impian dan cita-cita adalah penting untuk setiap individu dan pastinya sebagai ibu bapa kita ingin anak-anak kita mencapai impian mereka. Jika anda bawa anak anda ke KidZania, mereka boleh terokai cita-cita mereka untuk menjadi polis, bomba, tukang masak dan sebagainya.

Anak-anak bebas untuk mencuba pelbagai pekerjaan yang mereka ingin impikan. Kiranya ia sebagai pendorong untuk anak-anak berjaya dalam kehidupan mereka dan kejar cita-cita yang diimpikan. Harga tiket masuk dengan diskaun sebanyak 8% menanti anda jika beli di sini.

5. Laser Battle

MainHero-Video-Cover
Sumber: Laser Battle

Buat anda yang ingin meluangkan masa bersama anak-anak anda, mungkin boleh pertimbangkan ke Kuala Lumpur Laser Battle. Bukan sahaja anak-anak dapat berhibur tetapi meransang minda mereka berfikir lebih cepat untuk membuat keputusan dan merancang strategi.

Malah, anak-anak anda juga akan mempunyai semangat berpasukan kerana untuk menang perlu bekerjasama. Anda boleh ke laman sesawang ini untuk dapatkan diskaun sebanyak 6%.

Tambahan: Selangor Fireflies Tour, Kuala Selangor

244391
Sumber: The Star

Jauh sedikit dari Kuala Lumpur tetapi akan berikan pengalaman menarik untuk anak-anak anda. Bukan hanya dapat dekat dengan alam semulajadi tetapi anak-anak anda juga akan dapat pelajari beberapa fakta menarik tentang kelip-kelip.

Siapa tahu mungkin anak-anak anda akan berminat dengan sains selepas ini? Menariknya, anda akan menaiki sampan atau bot mengelilingi sungai dan ditemani dengan keindahan pemandangan malam yang diterangi oleh kelip-kelip. Buat anda yang berminat dengan tour ini, bolehlah dapatkan tiket dengan diskaun sebanyak 8% dengan beli di sini.

Sebenarnya banyak tempat menarik yang anda boleh pergi, ini hanyalah beberapa pilihan yang kami rasa berbaloi untuk anda terjah. Mana tidaknya, harga tiket setiap tempat ditawarkan dengan harga diskaun dimana murah daripada anda beli di pintu masuk destinasi tersebut.

Mahu lebih diskaun? Masukkan sahaja kod ‘VOCKETTC‘ dan belanja dengan minimum RM200 untuk berpeluang menerima diskaun sebanyak RM15. Baucer ini sedia untuk ditebus bermula 8 Julai sehingga 31 Disember 2020. Setiap baucer hanya dibenarkan untuk ditebu sekali sahaja.

Anda boleh lihat pelbagai diskaun hebat di laman sesawang Tripcarte Asia ini untuk anda dapatkan. Tunggu apa lagi? Jom bawa anak-anak anda jalan-jalan!

Sementara itu, kami kongsikan beberapa destinasi menarik di Malaysia yang anda boleh terokaia. Klik sahaja pautan di bawah ini.

Kecantikan Luar Biasa ‘Blue Tears’ Di Kuala Selangor Jadi Tarikan Pelancong Seluruh Dunia

Sky Mirror World Tawar Promosi ‘Beli 2 Tiket Percuma 1’ Sehingga 31 Julai 2020

5 Sebab Kuala Langat Jadi Destinasi ‘Day Trip’ Yang Unik Dan Terbaik Buat Warga Kota