Ketika ini, ramai berkongsi beberapa destinasi percutian yang sesak dengan kunjungan pelancong. Apa kata anda bercuti sahaja di sekitar Kuala Lumpur dan jika anda berseorangan pun tiada masalah kerana masih boleh berseronok.

‘Staycation’ di Kuala Lumpur tidak akan membuatkan anda bosan jika anda tahu mahu ke mana. Mari kami kongsikan beberapa aktiviti yang anda boleh lakukan walaupun bersendirian. Jom kita mulakan!

1. Taman Tema Berjaya Times Square

Terletak dalam pusat membeli-belah Berjaya Times Square, taman tema indoor ini akan menyajikan keseronokkan untuk anda. Mana tidaknya, dari permainan yang ‘biasa’ hinggalah ke permainan ‘extream’ akan membuatkan anda leka dengan masa dan menghilangkan stress anda.

Istimewa setiap bulan, jika tarikh lahir anda pada bulan tersebut maka anda akan dapat masuk secara percuma. Harga tiket masuk hanyalah RM55 untuk dewasa dan RM45 untuk kanak-kanak. Berjaya Times Square Theme Park merupakan destinasi yang sangat berbaloi dan menyeronokkan bagi mengisi waktu cuti anda.

2. Restoran Berputar Atmosphere 360

Bagi anda yang mahu merasai pengalaman berbeza untuk menjamu selera, bolehlah ke restoran berputar Atmosphere 360. Anda dapat melihat keindahan pemandangan 360 bandaraya Kuala Lumpur dengan ketinggian 282 meter dari darat sambil nikmati hidangan anda.

Berkonsepkan buffet, terdapat pelbagai jenis makanan yang anda boleh nikmati daripada masakan Melayu, makanan barat dan banyak lagi. Pastikan anda ingat nombor meja anda kerana lantai meja yang berputar 360 dan anda juga boleh ke Sky Deck. Anda perlulah membuat tempahan terlebih dahulu jika mahu makan di restoran berputar Atmosphere 360 ini.

3. Bengkel mewarna batik

Jika anda tidak tahu mahu lakukan apa sekitar Kuala Lumpur, apa kata berkunjung ke Central Market dan menunjukkan kreativiti anda mewarna batik. Bengkel mewarna batik ini pasti buat anda rasa enjoy walaupun berseorangan dan dapat menghabiskan masa berkualiti bersama rakan atau pasangan.

Tidak perlu bimbang jika anda tidak tahu cara untuk mewarna batik kerana anda akan diberi tunjuk ajar sebelum memulakan aktiviti. Malah, baju anda juga tidak akan kotor kerana apron disediakan dan harga untuk kanvas batik bermula dari RM15 sahaja.

4. Day tour sekitar Kuala Lumpur

Walaupun anda lahir dan tinggal di Kuala Lumpur tetapi mesti ada banyak destinasi pelancongan yang anda belum pernah jejakkan kaki anda. Betul atau tidak? Apa kata anda gunakan khidmat pemandu pelancong untuk bawa anda berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur dan anda juga akan ketahui sejarah Kuala Lumpur lebih lanjut.

Selain itu, anda juga boleh naiki KL Hop On Hop Off dimana anda akan mengelilingi sekitar Kuala Lumpur menaiki bas dua tingkat. menariknya, pada ruangan atas bas tersebut tiada bumbung. Jika anda mahukan privasi, anda boleh sertai private tour tetapi jika mahu ‘adventure’ boleh naik sahaja KL Hop On Hop Off.

5. Aquaria KLCC

Rindu mahu ke lautan dan ingin lihat pelbagai hidupan laut? Anda boleh berkunjung ke Aquaria KLCC untuk melihat lebih dekat hidupan laut. Bukan sahaja kanak-kanak tetapi orang dewasa juga akan ‘enjoy’ apabila berkunjung ke sini.

Malah, anda juga boleh melihat acara memberi makan kepada ikan jerung yang dilakukan oleh pekerja terlatih di situ. Nak lebih ‘extream’, anda boleh membayar lebih untuk aktiviti masuk dalam sangkar untuk berada lebih dekat dengan ikan jerung dan hidupan laut yang lain.

Tunggu apa lagi? Jom terokai Kuala Lumpur dan lakukan semua aktiviti yang dinyatakan. Lebih menarik, anda boleh dapatkan diskaun dan harga berpatutan dengan membeli tiket di Agoda. Klik link ini untuk maklumat lanjut.

Tahukah anda bahawa Agoda anjurkan kempen yang memanfaatkan individu lengkap vaksinasi seperti diskaun masuk ke taman tema dan sebagainya. Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Kempen ‘Vaxxed To Go’ Agoda Tawar Pelbagai Kelebihan Buat Individu Lengkap Vaksinasi

5 Hotel Terbaik Dengan Kolam Renang Berlatar Belakangkan KLCC

5 Aktiviti Menarik Di Kuala Lumpur Yang Bagus Untuk Perkembangan Minda Anak-Anak Anda