Apple iPhone sememangnya terkenal dengan smartphone yang sangat popular, premium dan juga mahal. Dari segi spesifikasi, Apple iPhone mungkin tidak menampilkan spesifikasi terbaik berbanding beberapa smartphone namun prestasinya memberi jawapan yang sebaliknya.

Tidak kira sama ada anda tidak berminat dengan model atau jenama ini atas sebab sistem operasi atau sebab ianya terlalu mainstream, anda sebenarnya masih berpeluang untuk mendapatkan smartphone dengan prestasi dan spesifikasi yang terbaik berdasarkan apa yang anda mahukan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Memandangkan cuma sistem operasi iOS dan Android yang mendominasi pasaran ketika ini, menyatakan tidak minat kepada Apple iPhone bermakna anda kemungkinan besar terpaksa memilih sistem operasi Android. Berikut merupakan cadangan smartphone yang anda boleh dapatkan berdasarkan kategori dan keperluan anda.

Skrin terbaik

Penggunaan skrin Super AMOLED digandingkan bersama skrin lengkung serta penggunaan bezel yang minimum berjaya meletakkan Samsung Galaxy S8 sebagai smartphone dengan skrin terbaik ketika ini.

Ramai reviewer yang turut teruja sejak pertama kali melihat skrin smartphone ini dan kemungkinan besar penyertaan smartphone dengan bezel yang minimum bakal menjadi trend selepas ini.

Dikhabarkan model Apple iPhone yang bakal dilancarkan selepas ini bakal menggunakan skrin daripada teknologi daripada Samsung atau LG.

Kamera terbaik

Tahun ini kita diperlihat dengan beberapa jenama telefon pintar yang berkolaborasi bersama beberapa jenama kamera yang gah. Menyatakan yang smartphone kamera terbaik juga dilihat sebagai jawapan subjektif bergantung kepada apa yang anda mahukan.

Sekiranya, anda mahukan smartphone dengan kekuatan bokeh setanding potrait mode iPhone 7 Plus, kami cadangkan anda dapatkan Huawei P10 Plus. Berikut merupakan sampel gambar daripada P10 Plus.

Kolaborasi bersama Leica serta pengguna dwi-lensa nampaknya berjaya meletakkan jenama Huawei dan siri P9 dan diteruskan melalui model terbaru iaitu P10 sebagai antara smartphone dengan kamera yang terbaik.

Dari segi keseluruhan, Google Pixel dan Samsung Galaxy S8 masih lagi mengungguli carta sebagai antara Smartphone Android dengan kamera terbaik. Anda boleh ikuti ujian daripada MKBHD ini untuk mengetahui kamera jenis manakah yang sesuai dengan taste anda.

Smartphone paling berbaloi

Mendapatkan smartphone dengan spesifikasi yang tinggi serta berbaloi mungkin suatu pilihan yang sukar. Kehadiran pengeluar smartphone dari China sedikit sebanyak berjaya menyelesaikan masalah ini dengan penawaran daripada jenama-jenama seperti OnePlus dan Xiaomi.

Sekiranya anda sedang mencari smartphone Android dengan spesifikasi tinggi, OnePlus 3T antara yang kami cadangkan. Dengan harga dibawah RM2,000 ditawarkan Lazada anda akan menerima sebuah smartphone dengan processor Snapdragon 821, RAM 6 GB dan ruang 64 GB.

Xiaomi Mi 6 tampil sebagai pilihan kedua terbaik dengan penawaran spesifikasi yang lebih baik serta harga yang sedikit mahal berbanding OnePlus 3T. Sekiranya anda mahu mendapatkan dalam kadar segera sebelum dilancarkan secara rasmi oleh Xiaomi Malaysia, anda boleh dapatkannya di sini.

Dari segi kamera, OnePlus 3T disertakan dengan kamera 16-megapixel di bahagian hadapan dan juga belakang. Smartphone ini juga antara smartphone Android yang mempunyai kecekapan kamera yang terbaik anda boleh dapatkan ketika ini.

Salah satu sebab utama anda boleh pertimbangkan mendapatkan OnePlus 3T selain harganya adalah penyertaan Dash Charge. Dalam erti kata lain, anda tidak lagi perlu menunggu lama untuk memastikan smartphone anda dapat dicas dengan penuh. Tonton video dibawah untuk melihat perbandingan OnePlus 3T bersama Google Pixel XL.

Telefon terbaik secara keseluruhan

Kami sudah berbincang 5 smartphone yang anda boleh dapatkan sekiranya anda tidak berminat dengan Apple iPhone berdasarkan kategori. Masing-masing merupakan smartphone flagship dan tersedia dengan spesifikasi yang cukup hebat ketika ini.

Buat anda yang tidak mempunyai budget yang besar atau setanding harga Apple iPhone 7 dan 7 Plus, Google Pixel dan Samsung Galaxy S8 antara yang terbaik anda boleh dapatkan.

Google Pixel berjaya menjadi smartphone keluaran Google sekaligus menjadi smartphone yang bakal menerima update terpantas untuk versi terbaru Android.

Akses memuat naik ‘unlimited photos’ di Google Photos juga antara yang membuatkan Google Pixel sedikit berbeza berbanding pesaing. Sangat sesuai buat Android Enthusiast. Anda boleh dapatkan import set Google Pixel di sini.

Samsung Galaxy S8 dilihat sebagai smartphone dengan skrin dan rekaan terbaik setakat ini. Dari segi kamera, boleh kami katakan masing-masing memaparkan kualiti yang terbaik di setiap foto yang diambil meskipun hadir dengan satu lens.

Xiaomi Mi 6 (Kiri) dan OnePlus 3T (Kanan)

Sekiranya anda mahu menjadi smartphone Android dibawah paras RM2,000, OnePlus 3T dan Xiaomi Mi 6 antara yang boleh anda pertimbangkan.

Rumusan

Mendapatkan mana-mana smartphone yang dinyatakan sebenarnya bukanlah pilihan yang silap kerana masing-masing berjaya menyertakan kehebatan masing-masing. Pemilihan dibuat berdasarkan kategori bagi memudahkan anda memilih smartphone yang diingini berdasarkan apa yang anda perlukan.

Pemilihan dibuat tidak berdasarkan harga kecuali untuk kategori smartphone paling berbaloi memandangkan perbandingan dibuat bersama Apple iPhone 7 yang mempunyai tanda harga yang sedikit mahal.

Smartphone manakah yang menjadi pilihan anda? Adakah ianya daripada sistem operasi iOS dan Android? Nyatakan pendapat anda di ruangan komen di bawah.

Sumber