Android box mampu milik sememangnya menjadi pilihan ramai dalam mendapatkan kandungan hiburan yang lebih bagus pada televisyen. Android box juga menjadikan televisyen anda lebih pintar di mana boleh menonton siaran daripada internet tanpa menggunakan gajet seperti telefon pintar.

Namun, ada sebahagian android box yang tidak mendapat kelulusan daripada Google sekaligus terpaksa diubah suai untuk mengakses sesuatu kandungan yang diminati. Jadi, kami sediakan senarai lima pilihan android box mampu milik dengan pengesahan Google dan Netflix untuk kemudahan akses hiburan tanpa had.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

1. TX 3 Mini Plus

Sumber Gambar: Shopee

Pertama sekali, anda boleh dapatkan sebuah Android Box yang serba boleh pada harga berpatutan. Model ini hadir dengan saiz yang kompak serta dilengkapi dengan cip berkuasa tinggi yang boleh menjalankan sebarang aplikasi dengan baik. Terdapat pelbagai pilihan storan dan memori yang ditawarkan untuk memuatkan sejumlah aplikasi.

Terdapat juga slot kad sd bagi menampung lebih banyak aplikasi menerusinya. Menariknya, ia masih menawarkan paparan video yang beresolusi 4K yang kaya dengan warna serta visual yang jelas. Malah, penggunaan teknologi terkini membolehkan model ini beroperasi dengan lebih efisien serta penghasilan imej yang baik.

Anda boleh dapatkan TX 3 Mini Plus pada harga serendah RM165 menerusi Shopee hari ini.

Beli Sekarang TX 3 Mini Plus di Shopee

2. realme 4K Smart Google TV Stick

android box mampu milik
Sumber Gambar: Shopee

Selain berbentuk kotak, kini versi stick juga sangat popular kerana lebih kompak untuk dibawa ke mana-mana. Oleh itu, model ini sering menjadi pilihan kerana hadir dengan sokongan resolusi 4K 60fps serta menjalankan sistem operasi Google TV berasaskan Android 11.

Malah, terdapat sambungan bluetooth untuk kawalan dari jauh dengan alat kawalan dan juga kawalan menggunakan suara kerana mempunyai pembantu maya. Di samping itu, anda boleh mengakses kandungan seperti gambar atau video di tablet atau telefon pintar terus ke televisyen kerana hadir dengan chromecast terbina.

Anda boleh dapatkan realme 4K Smart Google TV Stick ini dengan harga RM189 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang realme 4K Smart Google TV Stick di Shopee

3. Xiaomi Mi Box S

android box mampu milik
Sumber Gambar: Shopee

Xiaomi turut tampil menawarkan sebuah android box yang berkualiti tinggi buat pengguna di luar sana. Dijanakan dengan sistem operasi terbaru Android berserta penaik tarafan bluetooth dan Chromecast Ultra yang bakal menjanjikan sebarang siaran atau konten dengan kualiti streaming yang lebih baik.

Malahan, anda juga boleh menggunakan dengan mudah kerana langkah tetapan yang cukup ringkas serta mudah difahami semua orang. Hadir juga bersama sokongan 4K resolusi yang dipadankan bersama sistem audio Dolby Atmos untuk pengalaman tontonan yang mengagumkan.

Kini anda boleh dapatkan Xiaomi Mi Box S pada harga serendah RM229 di Shopee dan harga sekitar RM219 di Lazada.

Beli Sekarang Xiaomi Mi Box S di Shopee

Beli Sekarang Xiaomi Mi Box S di Lazada

4. Chromecast Gen-4

Sumber Gambar: Shopee

Seterusnya, anda boleh pertimbangkan model Chromecast yang mana menampilkan rekaan yang sangat unik dan kompak. Paling utama sekali, peranti ini telah dibangunkan khas oleh pihak Google sendiri dengan menjalankan Google TV OS.

Seperti jenama lain, Google membawakan sejumlah ciri menarik termasuklah sokongan resolusi 4K, HDR10+, Dolby Vision yang mampu memaparkan kandungan pada kualiti terbaik. Untuk audio pula tidak kurang hebatnya, terdapat talaan Dolby Atmos yang menjanjikan hasil audio yang imersif.

Anda boleh dapatkan model Chromecast Gen-4 ini dengan harga RM268 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Chromecast Gen-4 di Shopee

5. Mecool KM2

Sumber Gambar: Shopee

Antara model yang menjadi pilihan pengguna pada ketika ini adalah Mecool KM2. KM2 ini dilengkapi dengan storan dalaman 8GB berserta memori 2GB AM dan juga menjalankan Android 10 yang terkini. Selain itu, terdapat pelbagai ciri menarik seperti sokongan resolusi 4K, HDR10+, Dolby Digital Dolby Digital Plus dan Dolby Atmos.

Dari segi sambungan, KM2 mempunyai dua port USB 3.0, port ethernet, slot mikroSD dan HDMI 2.1. Menariknya, anda juga boleh memasang konten yang diminati pada telefon pintar terus ke televisyen menerusi Chromecast yang terbina dan juga mempunyai pembantu maya Google Assistant.

Anda kini boleh dapatkan android box jenama Mecool pada harga RM288 melalui Shopee dan sementara di Lazada pula berharga RM284.

Beli Sekarang Mecool KM2 di Shopee

Beli Sekarang Mecool KM2 di Lazada

Berdasarkan pilihan yang disenaraikan di atas, Xiaomi Mi Box S sangat berbaloi didapatkan kerana pelbagai ciri menarik yang ditawarkan menerusinya seperti sokongan pembantu maya, paparan kualiti 4K dan sebagainya. Malah, majoriti respon daripada pelanggan juga berpuas hati dengan produk berkenaan.

Diharapkan dengan penerangan di atas dapat memudahkan anda membuat pilihan android box yang diidamkan. Paling utama sekali, kesemua yang disenaraikan ini mempunyai pengesahan Google yang mana dapat memastikan sebarang aplikasi atau kandungan boleh diakses terus pada televisyen.

 

Sumber