Sebagai usahawan atau pengurus dalam sebuah organisasi atau syarikat, pernahkah anda mengalami masalah dalam merancang perjalanan bisnes anda? Baik dari segi dalaman mahupun luaran syarikat.

Apa yang anda lalui ini bukanlah sesuatu yang pelik. Malah ramai yang bersetuju masalah-masalah adalah sebahagian dalam proses perkembangan sesebuah syarikat. Dalam pada itu, masalah-masalah ini mungkin lebih mudah sekiranya anda mengamalkan konsep design thinking.

Konsep yang mula diperkenalkan hampir empat dekad lalu nampaknya masih releven sehingga kini. Design thinking terbukti berjaya buat syarikat-syarikat gergasi seperti Apple, IBM, Infosys dan Fidelity mencapai keuntungan dan produktiviti staf yang berganda.

Apakah yang dimaksudkan dengan design thinking?

Secara ringkasnya design thinking merujuk kepada cara pemikiran dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan.

Disaat masih banyak syarikat menjadikan postmortem sebagai langkah untuk menyelesaikan masalah, kaedah design thinking menawarkan cara penyelesaian yang sedikit berbeza.

Berpegang kepada konsep ‘you never know until you’ve walked in their shoes’, design thinking fokus kepada menyelesaikan masalah dengan meletakkan diri anda sebagai end user atau pengguna.Melalui cara ini, anda mampu mencorak serta menghasilkan sebuah idea dalam menyelesaikan permasalahan ini dengan lebih mudah.

Terdapat 5 fasa di dalam proses design thinking yang perlu diambil kira dalam menyelesaikan sesuatu masalah:

  1. Empati (Empathy)
  2. Kenali masalah (Define the problem)
  3. Pembetukan idea (Ideate)
  4. Prototaip (Prototype)
  5. Fasa Percubaaan (Test)

401261ba5cae057e1e039ae3ea1e056a

Fasa pertama: Empati (Empathy)

empathy

Dalam fasa ini, anda haruslah meletakkan diri anda sebagai pengguna atau end user. Tujuannya adalah bagi merasai sendiri pengalaman sebagai seorang pengguna. Fasa ini akan membantu anda memahami dengan lebih lanjut apa yang perlu dilakukan untuk memberikan servis yang terbaik.

Langkah ini turut digunakan oleh syarikat-syarikat besar sebelum memasuki sesuatu pasaran. Contoh yang dapat anda lihat adalah Uber. Bermula dengan meletakkan diri sebagai pengguna, syarikat ini mendapati terdapat sesuatu yang boleh diperbaiki dalam sistem pengangkutan seterusnya membangunkan syarikat perkongsian kereta berbayar.

Fasa Kedua: Kenal pasti masalah (Define the problem)

Problem solving aid mind map business concept

Melalui fasa kedua ini, anda berpeluang mengetahui dimana loophole atau masalah yang perlu diubah setelah meletakkan diri sebagai pengguna.

Langkah ini juga sangat penting untuk memastikan objektif utama masalah dapat diselesaikan. Masalah pengguna dapat diselesaikan manakala dari perspektif syarikat pula anda dapat menemui permasalahan yang tepat terhadap servis yang ditawarkan.

Fasa ketiga: Pembentukan Idea (Ideate)

idea2

Melalui fasa ketiga iaitu ideate, anda seharusnya brainstorm idea hasil daripada kajian anda sebagai pengguna. Fasa ketiga bakal membantu anda mendapatkan penyelesaian yang betul. Ini menjadikan fasa ini sungguh istimewa. Berikut merupakan sebab ideate menyelesaikan masalah pengguna.

1. Membolehkan anda mendapatkan permasalahan pengguna serta berpeluang menghasilkan inovasi idea.
2. Mendapatkan pelbagai idea sebelum dicuba untuk mendapatkan keputusan yang terbaik buat para pengguna.
3. Menemui idea yang belum pernah dilakukan pengusaha bisnes yang menjalankan bisnes dalam niche yang sama.

Fokus utama anda haruslah menghasilkan inovasi yang kreatif bagi menyelesaikan masalah pengguna. Kaedah brainstorm antara yang dicadangkan dalam menghasilkan idea yang terbaik.

Fasa keempat: Prototaip (Prototype)

design thinking

Salah satu cara terbaik untuk mendapatkan gambaran mengenai idea yang dihasilkan adalah dengan membuat prototaip atau eksperimen. Fasa ini membolehkan anda menjalankan idea yang dihasilkan dengan kos yang lebih rendah serta kuantiti yang sedikit.

Tujuannya adalah bagi mengkaji bagaimana idea yang dihasilkan mampu menyelesaikan masalah pengguna. Hasil ujian prototaip ini akan memberi jawapan sama ada idea anda dapat menyelesaikan masalah atau sebaliknya.

Fasa prototaip sangat penting. Fasa ini dapat membantu anda menjimatkan masa dan kos bagi mencari penyelesaian terbaik. Apabila prototaip berjaya, barulah anda buat pelaburan penuh untuk penyelesaian tersebut.

Fasa kelima: Fasa cubaan (Test)

IMG_3477

Setelah mengenali masalah pengguna, fasa percubaan dilakukan bagi memastikan idea yang dihasilkan dapat menyelesaikan masalah pengguna. Dalam pada itu, terdapat 3 panduan yang anda boleh rujuk sebelum menjalankan sesebuah ujian atau percubaan.

1. Tawarkan pilihan buat pelanggan
Dalam mendapatkan solusi terbaik buat para pengguna, anda haruslah mencipta beberapa prototaip untuk mengkaji pilihan manakah yang terbaik.

2. Kaji pilihan pelanggan
Elakkan daripada menceritakan kesemua langkah anda, sebaliknya berikan peluang buat pelanggan tentukan idea manakah yang terbaik buat mereka.

3. Dapatkan respon para pelanggan
Bagi mendapatkan respon daripada para pengguna, anda juga boleh bertanya atau sediakan borang kaji selidik untuk mengkaji para pelanggan lebih selesa dengan idea manakah berdasarkan prototaip yang ditawarkan. Melalui cara ini, anda sebenarnya sudah mempunyai idea kasar prototaip atau idea manakah yang paling berkesan serta membuatkan pelanggan lebih selesa.

Bagaimana design thinking mampu mencorak sesebuah syarikat?

design_thinking

Apa yang membuatkan gaya penyelesaian secara design thinking tampil inovatif adalah kerana kaedah ini memfokuskan kepada masalah utama pelanggan. Design thinking juga turut mengubah cara anda memandang sesuatu masalah. Dari meletakkan kesalahan kepada terhadap seseorang atau syarikat, design thinking melatih anda untuk mengkaji apa sebenarnya yang dimahukan oleh pengguna.

Adakah kaedah ini cuma sesuai buat syarikat yang besar?

Jawapannya tidak sama sekali. Kaedah ini juga sangat sesuai buat anda yang ingin membangunkan startup. Anda juga boleh mula mengaplikasikan langkah yang sama dalam bisnes anda.

Ingin memahami bagaimana bagaimana design thinking mampu dilakukan dalam skala yang kecil? Penerangan daripada Suresh Jayakar ini mungkin boleh menjadi contoh yang terbaik buat anda.

Satu perkara penting yang anda perlu faham adalah kaedah ini tidak tertakluk kepada masalah melibatkan produk sahaja. Design thinking juga boleh diaplikasikan untuk menyelesaikan pelbagai masalah baik dari segi staf, organisasi atau peribadi.

Sekiranya anda mahukan perubahan dalam struktur syarikat atau organisasi anda, mungkin inilah pendedahan yang anda perlukan. Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dengan kerjasama bersama Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC) bakal menjalankan bengkel mengenai kursus design thinking.

Lebih menarik dua speaker utama ini diterbangkan dari luar negara. Christoffer Erichsen dan Jerome ‘Axle’ Brown akan berkongsi pengalaman mereka mempraktikkan konsep ini. Berikut merupakan sedikit info mengenai mereka.

Picture1

Picture2

Anda boleh ikuti Facebook INSKEN di sini dan klik di sini untuk mendaftar sebagai peserta program akan berlangsung di Aloft Kuala Lumpur pada 24 Oktober 2017 jam 9.00 pagi ini. Jumpa anda disana nanti!