Sebelum ini, kulit saya mempunyai masalah seperti bintik-bintik hitam, jeragat, kulit kering, kulit kusam dan sebagainya. Saya cuba mencari penyelesaian dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi. Alhamdulillah, ia membantu mengatasi masalah kulit saya. Oleh itu, saya mahu kongsikan tip-tip ini dengan anda semua.

balqis-1

ChHNb-IU8AA3JSR
HYPE
5 Idea Kreatif Bawa Anak-Anak Berhibur Ketika Cuti Sekolah
Baca lagi →

Berikut adalah 5 bahan semula jadi yang baik untuk penjagaan kulit yang patut anda amalkan di rumah.

1. Tomato

Gambar: WikiHow

Gambar: WikiHow

Tomato dapat memudarkan bintik-bintik hitam pada wajah anda dan dapat kembalikan kulit yang kusam menjadi berseri-seri.

Caranya ambil 1 biji tomato merah, belah dua dan potong kecil-kecil atau lenyek sedikit kalau anda nak keluarkan air tomato itu seperti masker.

Selepas itu sapu seluruh wajah seperti membuat mask dan biarkan selama 10 minit bagi tomato itu serap dalam kulit anda. Jangan lupa bilas dengan air suam dan anda akan nampak hasilnya

2. Yogurt Asli Dan Madu

Gambar: Recipes Hubs

Gambar: Recipes Hubs

Untuk kulit wajah lebih lembab anda ambil yogurt asli campur dengan madu 1 sudu kecil. Selepas itu sapu seluruh wajah anda dan biarkan sampai kering atau beberapa minit.

Kemudian, bilas dengan air suam. Anda akan rasa kehangatan kulit yang lembut seperti bayi.

3. Putih Telur

Gambar: The Times Kuwait

Gambar: The Times Kuwait

Putih telur dapat menghilangkan jeragat-jeragat, pori-pori dan liang roma yang tersumbat. Langkah-langkah yang perlu dibuat ialah ambil 1 biji telur dan gunakan telur putih sahaja.

Kemudian, sediakan tisu muka 2 helai untuk buat seperti topeng muka pada wajah anda. Setelah itu, sapukan telur putih pada seluruh wajah.

Biarkan sampai kering dan buka topeng muka anda itu. Kemudian bilas dengan air, anda akan nampak kesannya pada hidung, pipi dahi dan muka akan kelihatan berseri-seri.

4. Soda Bikarbonat

Gambar: ovehim30.blogspot.my

Gambar: ovehim30.blogspot.my

Untuk kecutkan jerawat atau hilangkan kesan-kesan parut jerawat anda boleh mengatasinya dengan soda bikarbonat.

Caranya ambil 1 sudu soda bikarbonat dan sapukan pada kulit bermasalah. Biarkan selama mana anda nak dan anda akan nampak kesan dalam masa 3 hari.

Selepas 3 hari jerawat anda makin mengecil dan hilangkan kesan-kesan parut jerawat dengan sedikit demi sedikit.

5. Uncang Teh Hijau

Gambar: Trendy Mods

Gambar: Trendy Mods

Untuk hilangkan sembab di bawah mata atau kulit bawah mata seperti lebam. Caranya ambil 2 uncang teh hijau dan rendamkan kedalam air panas.

Kemudian biarkan sejuk sedikit uncang teh hijau dan selepas itu letak pada bawah mata sebelah kanan dan kiri.

Untuk nampakkan lebih berkesan anda mestilah kena rajin, iaitu paling kurang 1 minggu 3 kali dan anda akan nampak kesan dia dengan secara tidak langsung.

Walaupan anda lihat banyak tip dan bahan yang digunakan, sebenarnya anda tidak perlu membuat semua diatas dalam satu masa. Anda hanya perlu pilih 1 tip diatas bergantung pada jenis masalah wajah anda.

Artikel di atas disumbangkan oleh Balqis AR. Pengamal Kecantikan.

Anda Mungkin Suka