Anda mesti tak tahu yang sebenarnya banyak benda yang anda boleh tukar untuk menjadikan bumi ini lebih bersih dan kurang sampah. Bukan sahaja memudahkan tetapi sebenarnya lebih jimat sebab anda boleh guna balik beberapa kali.

Ada sesetengah barang yang anda sendiri pun tak tahu ada alternatif yang lebih eco-friendly. Antaranya ialah:

1. Mug Stainless Steel

Cawan pakai buang yang anda guna selalu itu mengambil masa sehingga berpuluh tahun untuk dilupuskan.

camelback-mug-lifestyle-hero-630×400

Kalau sehari anda minum 2 atau 3 kali, bayangkan kalau sebulan? Adalah lebih baik kalau anda gunakan mug stainless steel eco-friendly ini.

2. Beli Baju Preloved Berbanding Beli Baju Baru

Baju preloved ini tak semestinya baju yang dah di pakai. Ramai yang jual balik baju yang mereka beli tapi tak pernah pakai atau rasa tak sesuai dengan mereka.

lauren-fleischmann-R2aodqJn3b8-unsplash-scaled-1-630×420

Jadi anda akan dapat baju baru dengan harga yang lebih murah.

3. Bag Bungkusan Plastik Kepada String Bag Atau Mesh Bag

Kalau selama ini untuk bawang atau sayur-sayuran yang nak ditimbang anda letak dalam beg plastik, sekarang ada alternatif lain di mana anda boleh guna string bag.

hero-cotton-bag-630×492-1

Bila nak pergi beli barang basah boleh bawa saja, bila sampai rumah dah tak serabut sangat dengan plastik yang ada.

4. Kapas Muka (Facial Pads)

Kapas muka ini pakai satu pun tak cukup. Jadi lebih elok kalau anda tukar kepada kapas muka versi kain. Ia menggunakan kain kapas yang lembut jadi muka anda tak sakit.

ReusableCottonPadsBlueBackground-630×630

Lagi seronok sebab lepas anda guna, anda boleh terus basuh dengan air atau boleh juga masuk dalam mesin basuh. Senang dan jimat.

5. Cecair Pencuci Baju

Mesti anda pelik. Cecair pencuci eco-friendly tu macam mana? Kalau anda nak tahu, ada sesetengah pengeluar cecair pencuci menggunakan bahan dan juga botol yang boleh dikitar semula.

Breeze-Gaia-KV_with-GWP_BM_FA-01-630×457

Jangan risau sebab dekat Malaysia pun ada cecair pencuci macam ini.

Anda Boleh Cuba Cecair Pencuci Breeze Baharu Ini Dengan 99% Perlindungan Daripada Bakteria

Kalau anda tak tahu nak beli dekat mana semua benda ini. Anda boleh mulakan dengan beli liquid detergent dari Breeze. Formulasi terbaru yang berasaskan tumbuhan dengan Triple Boost Technology untuk membersih dengan lebih pantas, anti bau busuk (Anti Malodor) dan bau yang lebih segar.

Screenshot 2021-08-09 at 5.06.25 PM

Bukan sahaja berasaskan tumbuhan tetapi cecair pencuci Breeze ini juga mempunyai bahan asli.

Botol Pencuci Breeze Boleh 100% Dikitar Semula

Botol cecair pencuci ini boleh dikitar semula. Boleh juga digunakan untuk kegunaan lain. Nak potong jadikan pasu bunga ke atau lain-lain kraf, semua pun boleh jadi.

hazn-scaled

Kalau anda tak mahu guna semula, anda boleh kitar semula. Lagi mudah kan? Mana tahu hasil kitar semula botol tersebut boleh diolah untuk jadi barangan lain pula.

Ada Beberapa Pilihan Yang Anda Boleh Pilih Ikut Kesukaan Anda

Tapi dalam banyak-banyak, ini merupakan antara favourite ramai!

  • Untuk pembasuhan yang lebih power.
  • Cecair pencuci untuk penjagaan warna agar tidak kusam
  • Untuk peminat bauan yang lebih mewah!
  • Breeze dengan bauan Comfort yang lebih menyegarkan!

Selain itu ada juga Breeze Anti-bacterial & Colour Protect , Goodbye Musty & Gentle on Skin yang anda boleh cuba.

IMG_8311-630×781

Dah banyak pilihan, anti bau busuk, bau wangi semerbak, boleh kitar semula pula tu. Memang lebih banyak sebab untuk memilih Breeze sebagai produk pilihan anda.

Pek Refill Breeze ni juga guna 80% kurang plastik

Kalau anda nak beli pek refill pun boleh. Jangan risau ia masih lagi eco-friendly!

Pek refill Breeze menggunakan 80% kurang plastik. Dan yang paling seronok, pek baru ini lagi besar jadi anda boleh jimat lebihkan? Sekarang ada promo tau, pek refill ini hanya RM17.50.

IMG_9663-630×840

Anda juga boleh dapat baucar Shopee bernilai RM8 bila beli produk Breeze. Hanya klik link ini dan isi butiran anda. Nak checkout nanti dah boleh guna. Terhad kepada 600 orang pengguna dan anda boleh redeem dari 1 Ogos sehingga 31 Ogos 2021!

Dapatkan produk Breeze di kedai berhampiran atau di Shopee hari ini. Jangan lupa untuk kitar semula demi menyelematkan bumi.