Beberapa jam sahaja sebelum kita bakal menyambut bulan Ramadan. Khas kepada semua umat Islam di seluruh dunia, kami di Vocket ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak.

Buat mereka yang memang menunggu kedatangan promosi barangan sempena Ramadan, teruskan usaha anda kerana Lazada kini sedang menjalankan menjalankan kempen Marhaban Ya Ramadhan. Pelbagai barangan kini ditawarkan di Lazada. Dari Milo Energy Cube sehinggalah ke tudung Aidijuma semuanya ditawarkan dengan harga berpatutan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain shopping sempena raya, anda juga mungkin boleh dapatkan beberapa kelengkapan rumah kerana barangan ini kini turut ditawarkan secara sale. Selain menjimatkan wang dan tenaga, penggunaan masa juga dapat digunakan sebaiknya dengan adanya beberapa barangan ini.

Berikut merupakan 5 barangan yang kami boleh cadangkan untuk anda yang selalu membersih yang kini ditawarkan secara sale di Lazada.

1. Spin Mop Magic Mop

Sesuatu yang biasa dilihat namun mungkin belum menjadi kepunyaan anda. Apa yang menarik dengan mengenai Spin Mop Magic Mop ini selain harganya adalah ianya sangat membantu untuk mengemop sekitar rumah anda.Tak perlu lagi perah dengan tangan setiap kali selepas mop di atas lantai.

Dengan harga RM24.90, anda bakal menerima semua alat seperti yang tertera di dalam gambar. Sebuah batang mop, cleaner bucket dan 2 alas mop untuk ditukar ganti. Selain itu, Spin Mop Magic Mop ini turut ditawarkan dengan 3 aneka warna menarik iaitu biru, ungu atau dan merah jambu.

Spin mop bakal membantu anda memerangkap habuk dan debu di atas lantai secara 360 darjah

Anda boleh dapatkan set promosi spin mop magic mop ini di sini. Setakat ini sudah lebih 300 pembeli yang membeli dan menyertakan review mereka di Lazada.

Sekiranya, anda mempunyai ruang rumah yang luas yang memerlukan anda untuk ulang alik menukar air bersih, mungkin barangan kedua ini lebih sesuai untuk anda.

2. Easy Mop

Membawakan fungsi yang sama seperti barangan yang diatas, Easy Mop ternyata hadir dengan saiz yang lebih besar untuk menanggung kuantiti air sehingga 6 liter. Penyediaan roda juga mungkin membantu anda untuk mengemop dengan mudah.

Berbaloi dengan harganya, Easy Mop turut menggunakan bekas stainless untuk ketahanan yang lebih baik serta dilengkapi dengan bekas untuk menyimpan sabun mop dengan lebih kemas. Nak guna lebih, cuma perlu pam sahaja. Selesai mop boleh terus buang sisa air yang kotor melalui lubang yang disediakan.

Dilengkapi dengan waranti selama 1 bulan, anda boleh dapatkan Easy Mop ini secara sale di sini.

3. Midea Vacuum Cleaner

Kami yakin setiap rumah sudah tersedia mesin hampagas atau vacumm cleaner. Namun, apa yang menarik mengenai vacumm cleaner keluaran Midea ini adalah saiznya yang panjang dan kecil membolehkan ia memerangkap habuk dan debu di ruang-ruang yang sempit dengan mudah.

Penggunaan tenaga yang rendah serta bunyi yang tidak terlalu bising juga antara yang membuatkan Midea Vacumm Cleaner ini menjadi pilihan pengguna.

Dengan lebih 500 review daripada Lazada serta testimoni seperti yang dibawah, anda mungkin tidak lagi skeptikal dengan vacumm cleaner keluaran Midea ini.

Anda boleh dapatkan Midea Vacumm Clenaer ini di sini.

4. Spin Scrubber

 

Dah puas berus namun kotoran di dinding bilik air sukar ditanggalkan? Mungkin ini alat yang anda perlukan. Hadir dengan 3 jenis berus berbeza, spin scrubber bakal memudahkan anda untuk membersih dan memberus lantai dan dinding bilik air dengan mudah.

Tak perlu menyental secara biasa. Anda boleh dapatkan spin scrubber ini di sini.

5. I-ROVA Robot Vacuum Cleaner K6

Mendapatkan iRobot Roomba dengan harga mencecah RM4 ribu ringgit mungkin terlalu mahal buat sebuah unit untuk membersih rumah. Dalam pada itu, sekiranya anda ingin mencuba bagaimana robot vacumm ini berfungsi membersihkan rumah anda dengan harga berpatutan, anda boleh dapatkannya dengan harga tidak sampai RM250.

Difahamkan robot ini akan bergerak pada di lantai termasuk kapet anda dan membersihkan segala debu yang berada di lantai. Nak tahu apa lagi best? robot ini turut hadir dengan fungsi mop dengan penyertaan kain di bahagian bawah membolehkan segala habuk dapat diperangkap dengan cemerlang. Anda boleh dapatkan robot I-ROVA ini di sini.