Sejak platform laman Shopee dan Lazada diperkenalkan, dapat dilihat pelbagai barangan ditawarkan khusus buat kesemua golongan. Menariknya, barangan-barangan kelengkapan ini ditawarkan dengan harga tidak masuk akal di mana anda boleh mendapat sejumlah besar barangan dengan harga yang rendah dan berbaloi.

Pada kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda 5 barangan dapur yang pastinya bakal memudahkan suri rumah dengan harga penawaran di bawah RM10 sahaja. Buat para suami, pastinya si isteri gembira dengan kelengkapan barangan dapur ini. Berikut merupakan antara barangan yang boleh anda dapatkan sempena jualan 12.12 ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Tempat simpanan beg sampah

Screen Shot 2020-12-12 at 2.31.13 PM

Para isteri semestinya mahukan dapur yang teratur dan bersih. Dengan adanya tempat simpanan plastik sampah, pastinya lebih mudah untuk dicapai bagi menggantikan plastik di tong sampah. Klik di sini untuk mendapatkannya dengan harga serendah RM6.38.

2. Penyangkut wayar

Screen Shot 2020-12-12 at 2.38.37 PM

Membincangkan soal dapur pastinya banyak barangan elektrik tersedia. Ditambah pula dengan trend kini dengan adanya air fryer, pembuat roti dan sebagainya pastinya jumlah bilangan wayar juga bertambah.

Dalam usaha untuk membuatkan keadaan dapur tampak lebih kemas dan teratur, pastinya lebih mudah dengan ada penyangkut wayar atau wall mount hook ini. Dengan harga serendah RM1.80, masalah wayar berselirat anda sudah dapat diselesaikan.

3. Frying scoop clip

Screen Shot 2020-12-12 at 2.45.30 PM

Dalam usaha orang ramai kini untuk menjaga kesihatan, pastinya pengambilan minyak yang rendah antara yang diutamakan. Buat mereka yang kerap memasak serta mahu memudahkan kerja gorengan ayam, anda boleh menggunakan alatan ini dimana anda boleh kepit dan tapis minyak daripada ayam secara serentak. Menarik bukan?

Alatan ini sedia untuk didapatkan dengan harga serendah RM3.46 sahaja. Anda boleh klik di sini untuk mendapatkannya.

4. Sauce pump

Screen Shot 2020-12-12 at 2.50.56 PM

Pernahkah anda alami di mana sos sukar untuk dituang daripada botol? Kini masalah ini tidak lagi dengan adanya sauce pump ini. Hanya perlu masukkan pada botol sos anda, kemudian boleh terus pam untuk mengeluarkan sos. Serius memudahkan! Barangan berbaloi ini sedia untuk didapatkan dengan harga serendah RM5.50 sahaja.

5. Food storage bag clip

Screen Shot 2020-12-12 at 2.57.08 PM

Kami yakin ramai suri rumah yang mengalami masalah ini di mana makanan yang tersedia dalam paket susah untuk disimpan tanpa terdedah. Menggunakan alatan ini, para suri rumah atau mereka yang kerap memasak tidak lagi perlu risau paket makanan yang sudah dibuka terdedah.

Menariknya, klip ini turut mempunyai penutup dan boleh dibuka untuk dituang sewaktu ingin menggunakannya. Klip berbaloi ini sedia untuk didapatkan dengan harga RM3.99 sahaja.

Kongsikan bersama kami sekiranya terdapat beberapa barangan lain yang ada rasakan dapat membantu para suri rumah di rumah. Apa tunggu lagi? Ayuh dapatkannya bagi memudahkan urusan harian.

Lihat juga beberapa jualan hebat yang ditawarkan sempena 12.12 yang berlangsung pada hari ini. Klik pautan di bawah untuk mengetahuinya.

Sempena Jualan Hebat 12.12, ‘Rewards’ Diri Anda Dengan Barangan Berguna Ini

Racun TikTok Kembali, 10 Barangan ‘Must Buy’ Yang Berbaloi Anda Miliki Sempena Jualan 11.11

Sumber