Jualan #MYCyberSALE kembali lagi untuk tahun kedua ia dilangsungkan. Dalam pesta jualan secara atas talian ini, ramai pemilik kedai atas talian turut sertainya. Namun untuk memeriahkan suasana jualan ini, pemilik kedai atas talian akan memberikan tawaran hebat untuk barangan mereka. Salah satu yang menyertai pesta jualan ini adalah Lazada sendiri.

Di sini kami akan berikan 5 barangan elektronik yang berbaloi untuk anda miliki daripada Lazada. Kenapa barangan elektronik? Ini kerana barangan elektronik adalah toys untuk kami bersuka-ria.

1 – Huawei Honor 7

Android Authority

Dengan tagline Your Unfair Advantage, telefon pintar ini didatangkan dengan spesifikasi yang sangat canggih pada harga yang amat berpatutan.

Berikut adalah spesifikasi yang utama dalam Honor 7:

  • Smart Fingerprint
  • Rekabentuk elegan dengan fungsi inovatif tambahan
  • 20MP untuk kamera belakang dan 8MP kamera hadapan.
  • Kapasiti bateri 3100 mAh dengan fungsi SmartPower 3.0
  • Menyokong rangkaian LTE berkelajuan tinggi.
  • Menyokong dua slot untuk Nano SIM.

2 – iPhone 6S dan iPhone 6S Plus

Fxp5myJq
Digital Trends

Seperti biasa, iPhone merupakan gajet yang paling laris di dunia. Kami tak perlu jelaskan lebih lanjut tentang telefon pintar ini. Tapi kami cuma nak beritahu, sekiranya anda tidak sabar untuk dapatkan iPhone ini boleh terus ke laman ini untuk membuat pembelian.

3 – Fitbit Surge Wireless Activity + Sleep Wristband Black

on-arm-1422897086-j40s-full-width-inline
Wareable

Dalam zaman serba canggih ini, kadang-kadang kita terlupa untuk track aktiviti kesihatan dengan baik. Dengan gelang tangan elektronik Fitbit ini mampu membantu kita untuk melihat dan mengira segala gerak geri kehidupan seharian kita.

Yang menariknya, alat ini akan mengesan denyutan jantung sepanjang masa walaupun pada waktu tidur juga (selagi kita memakainya pada tangan). Menarik!

4 – Xiaomi Yi Camera

xiaomi-yi-17
CNET

Baru dilancarkan pada awal suku kedua 2015, Yi Camera ini adalah kamera aksi untuk kegunaan lasak dan mencabar. Ini sesuai untuk mereka yang tidak mampu untuk memiliki GoPro. Dari segi kualiti tidaklah sehebat GoPro namun mampu merakam dengan hasil yang memuaskan.

5 – Silicon Power Stream S03 1TB Hard Drive USB3.0/2.0 Black

maxresdefault

Sudah 4 barangan elektronik kami cadangkan kepada anda. Jika anda aktif menggunakan semua barangan di atas sudah pasti anda akan menghadapi masalah ruang storage.

Kenapa pentingnya ruang storage secara manual sedangkan zaman sekarang semuanya ada dalam cloud storage?

Bagi sesetengah orang, mereka lebih gemar menyimpan data secara manual kerana dikatakan lebih selamat. Itu sahaja.

Untuk alatan storage, kami hanya sarankan yang simple tapi power ini kepada anda. Silicon Power Stream. Jika mahu lebih pilihan boleh terus ke pautan ini.

Dapatkan lebih tawaran menarik dari Lazada untuk #MYCyberSALE ini boleh klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut. Selamat membeli-belah!

LP_Generic_MyCyberSale_21092015

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram