Sedar tidak sedar sudah hampir separuh bulan kita menempuh bulan yang penuh barakah ini. Bagaimanakah dengan persiapan Hari Raya anda setakat ini? Adakah semuanya sudah lengkap atau masih ada yang perlu ditambah bagi merancakkan lagi suasana Hari Raya anda pada kali ini?

Berbincang mengenai Hari Raya, pastinya ramai yang sudah memasang niat untuk balik kampung bertemu sanak saudara, dan kenalan dan yang paling penting bertemu ibubapa tersayang. Dalam pada itu, anda mungkin agak  buntu mendapatkan barangan yang sesuai buat pilihan ibubapa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada kali ini, kami ingin berkongsi kepada anda 5 barangan anda boleh berikan kepada ibu tersayang sempena raya ini.

1. Telekung Siti Khadijah

Kekuatan jenama dan penggunaan material yang berkualiti antara yang membuatkan telekung Siti Khadijah berjaya menjadi pilihan orang ramai. Bermula dari segi packaging sahaja, sudah berjaya membuatkan si penerima kagum.

Para pembeli turut mengatakan material yang selesa serta dan tidak panas antara punca utama mereka berpuas hati dengan produk ini. Kami yakin ibu anda juga bakal berpendapat perkara yang sama. Buat anda yang berminat untuk mendapatkan Telekung Siti Khadijah, anda boleh dapatkannya di sini.

Pelbagai pilihan ditawarkan khusus buat kegunaan ibu atau anda sendiri di sini. Selain itu, Siti Khadijah turut menawarkan telekung khas buat kanak-kanak. Anda boleh dapatinya di sini.

2. Naelofar Hijab

Sekiranya Siti Khadijah berjaya menjadi antara yang terpopular didalam industri telekung, Naelofar Hijab juga tidak kurang hebatnya di dalam industri hijab.

Ditawarkan dengan pelbagai model dan warna serendah RM60.00, Naelofar Hijab berjaya memberikan apa yang diinginkan wanita diluar sana untuk kelihatan cantik, anggun dan memenuhi kehendak syarak.

Anda boleh klik di sini untuk melihat hijab manakah yang lebih sesuai buat anda atau ibu anda. Dikhabarkan stok Naelofar Hijab di Lazada tinggal sedikit sahaja lagi disebabkan tempahan yang banyak daripada para pengguna.

3. Noxxa Pressure Cooker

Sekiranya ibu anda seorang yang suka memasak, memberikan hadiah sebuah pressure cooker keluaran Noxxa mungkin antara yang dimahukannya. Pressure cooker ini juga berjaya menjadi trend berikutan kepelbagaian menu yang dapat dihasilkan dalam masa yang singkat.

Khabarnya hanya 20 minit diperlukan untuk memasak nasi briyani kambing melalui pressure cooker ini. Pantas betul! Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Noxxa Pressure Cooker ini, anda boleh lawati di sini.

Sekiranya anda berpendapat pressure cooker keluaran Noxxa ini terlalu mahal atau melebihi budget anda, cadangan seterusnya mungkin akan membuat anda lebih tertarik.

4. Ewant Pressure Cooker

Dari segi nama jenamanya kami yakin ramai yang kurang mengenali mengenai jenama ini. Kami juga berpendapat sedemikian. Dalam pada itu, Ewant Pressure Cooker berjaya mengampilkan kualiti yang tinggi serta harga yang berpatutan berdasarkan model yang ditawarkan.

Hadir dengan 8 fungsi serta 3 pilihan warna menarik, memasak lauk pauk atau merebus daging bukan lagi masalah buat pressure cooker ini.

Dengan harga yang rendah berbanding pressure cooker lain yang ditawarkan, boleh saya katakan ini merupakan altenatif terbaik berbanding Noxxa Pressure Cooker berdasarkan testimoni dibawah. Presure cooker Ewant ini juga merupakan pressure cooker yang menerima review tertinggi di Lazada.

5. Tesco Bread Maker

Bread maker yang dilunya dijual dengan harga tinggi kini cuma ditawarkan dengan harga serendah RM199.00 Sangat sesuai buat para ibu yang sedang cuma untuk menghasilkan roti yang lembut.

Berdasarkan testimoni pengguna, ramai yang berpuas hati serta menyatakan bread maker keluaran Tesco ini sangat mudah digunkaan bagi mendapatkan roti yang lembut.

Ditambah pula dengan Hari Raya yang bakal tiba ini, mungkin ini kelengkapan yang anda atau ibu anda perlukan untuk menampilkan hidangan yang sedikit berbeza buat para tetamu. Anda boleh dapatkan Tesco Bread Maker yang ditawarkan dengan harga promosi di sini.