Hari ini telah berlangsungnya Samsung Forum 2019 di Singapura dimana aturcara ini Samsung telah memperkenalkan beberapa produk terbaru merangkumi peralatan elektronik untuk kegunaan di rumah khusus buat pasaran Asia Tenggara.

Pada tahun ini, barangan yang diperkenalkan merangkumi tiga aspek iaitu ‘connect, devices dan intelligence’. Selain itu, Samsung turut memberi penekanan kepada konsep penjimatan tenaga elektrik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Samsung Q50R

IMG_0376

Menyebut mengenai teknologi skrin dan paparan, Samsung pastinya antara yang terawal dan hebat dalam menawarkannya. Menerusi aturcara pada kali ini, Samsung telah melancarkan Samsung Q50R, sebuah televisyen dengan definisi 8K dengan saiz 98-inci.

2. Samsung Family Hub

IMG_6128

Bertepatan dengan misi Samsung bagi menjayakan IOT 4.2, kini model kelengkapan Samsung turut dilengkapkan dengan teknologi terbaru yang boleh dihubungkan melalui Wi-Fi.

IMG_0317

Menerusi peti sejuk Samsung Family Hub, model ini dilengkapkan dengan skrin sesentuh yang bertindak sebagai tablet. Dalam erti kata lain, para pengguna pastinya tidak lagi akan bosan dengan penyertaan YouTube dan Spotify. Selain itu, peti sejuk ini turut boleh dilekatkan dengan nota digital yang bakal memudahkan seluruh keluarga dirumah.

3. Samsung Wind-Free

IMG_8031

Sudah agak lama kita tidak menyaksikan perubahan terbaru yang diperkenalkan pada penghawa dingin. Melalui Samsung Wind-Free, Samsung mensasarkan model terbaru ini buat pengguna yang mahukan keselesaan yang lebih baik.

Tampil dengan 21 ribu lubang pada seluruh penghawa dingin, model ini bakal memberikan kedinginan yang sama rata dalam memberikan penyejukan secara menyeluruh berbanding model sebelumini yang menawarkan kedinginan pada satu hala sahaja. Sistem pembersihan yang lebih baik serta teknologi penjimatan elektrik pada model Wind-Free antara yang diberi penekanan oleh Samsung pada kali ini.

4. Samsung Soundbar Q-Series

IMG_9033

Sekiranya sebelum ini soundbar lebih tertumpu kepada bunyi pada satu hala iaitu pada bahagian hadapan sahaja, menerusi Samsung Q-series, model ini menawarkan teknologi terbaru dimana para pengguna dapat merasakan pengalaman bunyi yang berlegar 360 darjah. Selain itu, model ini turut bekerjasama bersama Harman Kardon dalam menawarkan kualiti bunyi yang lebih baik.

5. Samsung Q-Drive

IMG_5153

Samsung Q-Drive merupakan model mesin basuh terbaru daripada Samsung. Menariknya, para pengguna berpeluang menggunakannnya dengan hanya membeir arahan melalui telefon pintar dimana model ini dihubungkan melalui Wi-Fi. Selain itu, model ini turut menumpukan kepada penjimatan tenaga elektrik serta berpeluang membasuh pakaian pada kadar yang pantas.

Setakat ini masih belum diketahui berapakah harga yang bakal diletakkan Samsung pada model-model terbaru ini. Dijangkakan model-model terbaru ini bakal ditawarkan di Malaysia seawal suku tahun kedua tahun ini.