Setiap hari, mesti ada perkara yang menyukarkan kehidupan seharian kita. Contohnya macam air tumpah, cari barang tidak jumpa, lampu bilik air rosak, padahal sudah lambat hendak pergi kerja! Stressnya.

Tapi, macam mana kalau kami share dengan anda beberapa benda yang kelihatannya agak pelik tapi sebenarnya memudahkan hidup kita setiap hari. Untuk pengetahuan anda, kami jumpa barangan dalam list di bawah ini daripada Google. Kami tidak ada jual.

1. Smart plug yang boleh dikawal menggunakan apps

IMG_3900-copy

Kalau kita pergi travel, pernah tak terdetik dalam hati, “Eh, suis lampu dah tutup ke tadi?”. Untuk mengelakkan situasi itu kerap berlaku, apa kata anda dapatkan smart plug yang boleh dikawal dari mana-mana ini. Hanya connect dengan WiFi rumah, kemudian ia boleh dikawal menggunakan apps!

Senang anda mahu on off device dari mana-mana bila anda travel lepas ini, jadi orang luar nampak macam anda berada di rumah.

2. Inovasi label untuk ruang penyimpanan ini akan mudahkan anda mengesan barang

Quick-Peek-Smart-Storage-Labels-01_1200x_crop_center-671×516

Kalau laci rumah anda bersepah dan susah untuk cari barang, tolonglah dapatkan smart storage label yang boleh mengesan di mana barang anda hanya menggunakan kod QR. Setiap pek mempunyai 32 label, cukup untuk setiap barang peribadi yang anda selalu gunakan.

Apa yang anda perlu buat hanyalah tampal label yang diberikan pada kotak simpanan barang peribadi anda. Kemudian, ambil gambar barangan yang ada dalam itu dengan aplikasi yang sudah anda download daripada iOs App Store. Secara automatik, ia akan menyimpan data barangan yang ada dalam tu!

3. Lampu ‘glow in the dark’ untuk tandas

glowbowl-open-blue-770×524-671×457

Jangan gelak dahulu. Tetapi jujur, siapa perlukan lampu ini untuk mangkuk tandas mereka? Lampu LED untuk mangkuk tandas keluaran GlowBowl ni sebenarnya direka untuk kanak-kanak. Tetapi, orang dewasa pun ada guna supaya apa yang anda ‘labur kena pada tempatnya’. Ops! Faham-fahamlah sahajalah.

4. Meja clip-on pada sofa buat anda yang tidak ada meja kopi

71j9kD47bL._SL1334_-671×674

Sesetengah daripada kita sukakan rumah yang nampak simple serta kemas. Jadi, meja-meja besar di rumah ini mereka tidak suka sangat. Jadi, apa kata anda beli Sofa Arm Clip Table ini, senang untuk letak remote controlphone atau air semasa menonton TV.

5. Kalau kunci kerap hilang, gunakan tag yang boleh dikawal Bluetooth ini

IMG_8213-1024×824-671×540

Setiap seorang daripada kita mesti pernah cari kunci tapi tidak jumpa kan? Sekarang, dengan TAG La, anda boleh tarik nafas lega! Hanya connect kunci atau barangan peribadi anda dengan TAG La, anda boleh track barang-barang peribadi anda dari mana-mana!

Track kunci dengan aplikasi TAG La atau klik 2 kali pada tag di kunci kalau anda cari phone anda. Ia akan berbunyi walaupun phone berada dalam keadaan silent!

Satu lagi benda yang memudahkan hidup anda, Hotlink Postpaid Flex

Hotlink Postpaid Flex_Y91C

Tahu apa lagi yang memudahkan hidup anda? Pelan Hotlink Postpaid Flex lah! Memang sesuai untuk anda yang tengah cari-cari pelan internet dan berfikir nak bertukar dari prepaid ke postpaid.

  1. Nak pelan yang ada panggilan tanpa had ke semua rangkaian & internet pantas tanpa had?
  2. Nak pelan postpaid berserta pakej dengan telefon pintar Vivo baharu untuk RM1 sahaja?
  3. Nak enjoy rangkaian 4G No.1 yang terbaik di Malaysia dengan harga yang berpatutan?
  4. Nak join pelan postpaid dengan harga yang terendah di pasaran – daripada RM30 sebulan je?

Tak kira apa kelebihan yang anda inginkan, semua yang ada kat atas ni anda boleh dapat dengan Hotlink Postpaid Flex! Sememangnya ‘Postpaid Yang Lebih Mudah’! Jadi, tunggu apa lagi? Jom bertukar ke Hotlink Postpaid Flex sekarang!

Untuk maklumat lanjut mengenai pelan ini, layari laman web Hotlink.