Demi menyara keluarga selepas pemergian suami tercinta, isteri arwah Abam, Hidayah telah mulakan perniagaan bersama adik iparnya sejak April lalu. Malah, perniagaannya mendapat sambutan hangat dalam kalangan penduduk setempat.

Bermula dari hanya menjual cempedak goreng di jalanan, kini Hidayah berjaya membuka kedainya sendiri di Sabak Bernam. Beliau berkongsi perkhabaran gembira itu di Instagramnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hidayah berasa bersyukur atas rezeki yang Allah berikan kepada dirinya dan gembira kerana hasil titik peluhnya selama ini membuahkan hasil sehingga mampu memiliki sebuah kedai.

Justeru itu, Hidayah berterima kasih kepada tulang belakangnya iaitu abang dan keluarga tercinta kerana membantu, mendoakan dan menyokong dirinya. Malah, beliau juga berterima kasih kepada Majlis Daerah Sabak Bernam kerana meluluskan permohonan kedai dengan cepat.

Tahniah diucapkan kepada Hidayah, semoga perniagaan semakin maju dan dimurahkan rezeki.

Sebut tentang perniagaan, kami ingin kongsikan kepada anda beberapa artikel yang mungkin boleh jadi inspirasi untuk anda mulakan perniagaan. Klik pautan di bawah ini.

Bermula Dari Belakang Rumah Hingga Miliki 3 Buah Kilang, Lelaki Ini Kongsi Suka Duka Bina Empayar SugarBomb

Pernah Diperlekeh Naik Bas Jual Susu Segar, Jenama Farm Fresh Kini Raih Jualan Jutaan Ringgit Setahun

Jatuh Kerana Berita Palsu, Sos Aminah Hassan Kembali Berdiri Semula