Kami kongsikan beberapa teknik rahsia yang kami pelajari daripada pengalaman menguruskan pelanggan sebelum ini.Team kami, Muslimtravelbug telah uruskan pelbagai jenis customer sejak 2012.

Tak kiralah pakej bajet atau vip, kami perasan satu perkara. Orang Malaysia memang handal minta diskaun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tapi teknik bagaimana yang sesuai diaplikasikan kepada orang Korea? Kami kongsikan beberapa teknik yang customer sebelum ini sendiri buat dan berjaya.

Teknik ini sesuai digunakan di Dongdaemun atau kedai-kedai kecil sahaja. Tidak boleh digunakan di Mall Korea. Malu kita kang ajar benda bukan-bukan. Hehe.

1. PANGGIL AJOSSI/AJUMMA DENGAN PENUH MANJA

Bayangkan anda si anak kecil yang minta aiskrim daripada ibu bapa. Teknik ini bukan sekali dua, tetapi beratus kali digunakan oleh customer berumur pertengahan yang datang ke Korea bersama kami.

Kebanyakkan orang Korea lembut hati apabila minta diskaun dengan cara ini. Ada pelanggan yang tak nak balik jika tak dapat diskaun, terus dikacau dan dipanggil dengan manja pakcik Korea tu. Akhirnya dapat beli suit kerja untuk suami dengan potongan harga 50% di Dongdaemun.

Awas! Teknik ini mungkin berkesan untuk ajossi dan ajumma sahaja.

2. HAFAL AYAT KOREA INI

KAKA JUSEYO (please give me a discount). Ayat keramat yang boleh digunakan untuk selamatkan belanjawan kita di Korea. Ilmu ini diturunkan oleh guru-guru Korea kami semasa belajar bahasa korea level 1.

Caranya mudah, tunjuk barang yang anda nak. Tanyakan dalam English dan selepas dia bagi harga, terus gunakan ayat KAKA JUSEYO sehingga dapat diskaun.

Kalau tak minta dan tak try, macamana nak dapat diskaun kan?

3. BAYAR GUNA DUIT RINGGIT ATAU USD

Duit ringgit lazimnya tidak diterima tetapi terdapat beberapa kedai yang boleh mempertimbangkan penggunaan ringgit Malaysia seperti kedai dompet ikan belut di Iteawon dan kedai kain silk di Dongdaemun.

Kami dah kira, memang dapat jimat banyak. Tetapi masalahnya kedai ini saja yang terima.

Kebanyakkan kedai lain menerima USD, anda boleh memainkan peranan dengan menggunakan USD dan bandingkan harga USD/KRW tersebut.

Jika anda beli USD tersebut tepat pada waktu, sebenarnya anda telah membeli barangan di Korea lebih murah daripada sepatutnya. Tetapi cara ini rumit dan memerlukan sedikit pemahaman dan kira-kira.

Baca: Ini Caranya Saya Dapatkan ‘Tour Guide’ Percuma Semasa Travel Di Seoul, Korea

cara-tawar-harga-barang-di-korea-1

4. BIAR GUIDE URUSKAN

Like a bos. Anda tunjuk saja dan kami uruskan. Kebanyakkan customer giveup dan serahkan kepada kami dalam sesi berunding harga. Guide-guide kami boleh berbahasa Korea dengan baik dan akan berunding untuk dapatkan harga terbaik untuk anda.

5. TEKNIK TERAKHIR

Sepanjang menguruskan pelanggan, kejadian ini berlaku sekali sahaja. Rasanya semua sedia maklum orang Korea lemah kepada tradisi melutut dan merayu. Macam dalam drama Korea tu.

Ada pelanggan kami sekali pernah try & error benda ni. Dia beli 7 pasang baju di Dongdaemun dan nak minta diskaun lebih daripada apa yang sepatutnya. Bagi kami sebenarnya harga tu dah murah tetapi akak ni terus dan terus sehingga dia duduk dan merayu pegang kaki secara manja.

Situasi waktu tu sebenarnya dalam keadaan gelak-gelak dengan makcik korea tu. nothing serious. Tapi kami dapat lihat teknik rare ini berjaya. Tapi berani ke nak buat? hehe Sebab tu kami namanya sebagai teknik terakhir.

Pernah ada pengalaman dapat potongan harga gila-gila? Kongsikan bersama kami.

Baca lagi: Menetap Lebih 7 Tahun Di Seoul, Lelaki Ini Berkongsi 7 ‘Survival Tips’ Ke Korea Selatan