Sekiranya anda pernah ke Sepang, kami yakin anda cukup kenal dengan Kompleks Tabung Haji yang tersergam indah. Kompleks ini dibina sebagai demi keselesaan para jemaah haji serta dibina dengan kapasiti besar untuk menampung jumlah jemaah yang semakin meningkat.

Menariknya mengenai Kompleks Tabung Haji KLIA ini adalah kemudahan yang ditawarkan. Pertamanya, para pengguna tidak perlu bergerak jauh untuk ke kompleks ini kerana ianya terletak hanya 4 km dari KLIA serta cuma 30 meter dari Masjid Sultan Abdul Samad.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sangat berbeza dengan sedekad lalu dimana para jemaah perlu berkumpul di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya serta perlu menaiki bas sejauh 52 km.

Melalui Kompleks Tabung Haji yang baru, para jemaah hanya perlu mendaftar dan menyelesaikan urusan imegresen secara terus disitu. Sekiranya para jemaah memerlukan penginapan, mereka akan ditempatkan di Hotel Movenpick. Sebuah rangkaian hotel mewah yang berasal dariĀ  Switzerland.

Selain itu, untuk memudahkan para jemaah, mereka tidak lagi perlu ke KLIA terlebih dahulu sebaliknya boleh terus menaiki bas untuk terus menuju ke kapal terbang.

06166584

Dengan hubungan akrab Malaysia dan Saudi seperti sekarang, sistem single check in akan dijalankan. Dalam erti kata lain, turun sahaja di lapangan terbang Jeddah, tiada lagi pemeriksaan yang panjang dan lama akan dikenakan. Dalam erti kata lain, Para jemaah tidak lagi perlu perlu beratur dan bersesak-sesak lagi. Menarik bukan?