Dalam mendapatkan sebuah komputer riba, pasti seseorang pengguna mahukan sebuah komputer riba yang serba lengkap serta memenuhi ciri yang diperlukan. Buat golongan profesional, sudah pastinya komputer riba yang versatil, mudah untuk dibawa, ringan serta memenuhi segala keperluan antara yang diperlukan dalam memudahkan untuk menyelesaikan sesebuah tugas tanpa mengira tempat.

Walau bagaimanapun, lambakan model dan peranti di pasaran pada ketika ini nyata memberi kesukaran buat para pengguna untuk mendapatkan sebuah model yang lengkap dalam satu.

Mengetahui masalah yang berlaku di kalangan pengguna, ASUS baru-baru ini tampil dengan sebuah model yang versatil dan serba lengkap dalam pelbagai sudut menerusi model ASUS Zenbook 17 Fold OLED.

Malah, tidak keterlaluan untuk kami katakan model ini merupakan antara model komputer riba paling unik dalam pasaran pada ketika ini. Mengapa kami label model ini sebagai model hampir sempurna? Ayuh kita ketahui lebih lanjut mengenai model terbaru ASUS ini.

1. Komputer riba pertama dunia menawarkan skrin FOLED 17.3-inci

Melihat kepada pasaran komputer riba pada ketika ini, mungkin agak sukar untuk para pembeli mahu mendapatkan komputer riba dengan saiz skrin yang besar.

Dalam pada itu, lain ceritanya dengan ASUS Zenbook 17 Fold OLED yang berjaya dilengkapkan dengan skrin 17.3-inci. Bukan itu sahaja, para pengguna berpeluang melipat skrin ini untuk memaparkan skrin bersaiz 12.5-inci.

Skrin yang jelas dan terang pastinya membuatkan para pengguna tidak jemu untuk melihatnya malah bakal menarik perhatian ramai menerusi keunikan yang ditawarkan pada model ini.

Bukan itu sahaja, cahaya lampu biru daripada skrin antara punca utama yang membuatkan seseorang yang kerap menonton skrin dalam tempoh yang panjang mengalami masalah mata yang letih.

Menggunakan gadget dengan paparan OLED bukan sahaja mampu menghindari mata anda daripada masalah mudah letih dan pedih, malah paparan OLED terbukti mampu mengurangkan sebanyak 70% penawaran cahaya biru.

2. Hadir dengan sokongan 6 mod berbeza

Tidak sekadar dengan ciri boleh lipat, model ini turut menampilkan sebuah lagi ciri unik yang tidak tersedia pada model pesaing iaitu penawaran 6 mod berbeza menerusi sebuah peranti sahaja.

Dalam erti kata lain, para pengguna berpeluang untuk menggunakan ASUS Zenbook 17 Fold OLED ini dalam mod komputer riba, desktop, tablet, reader dan extended.

Ciri ini membolehkan anda menggunakannya di rumah sebagai desktop, serta meneruskan tugas di merata-rata tempat sebagai komputer riba dan juga menyemak atau melihat data-data yang disimpan menerusi mode tablet. Serius cool!

3. Magnetic keyboard turut ditawarkan bersama

Hadir dengan fungsi boleh lipat, model ini nampaknya mempunyai cara tersendiri dalam menawarkan papan kekunci fizikal buat para pengguna dengan menyertakan bersama magnetic keyboard.

Menerusi penawaran magnetic keyboard, ruang 17.3-inci anda tidak akan terganggu sebaliknya anda dapat menggunakan magnetic keyboard sama ada secara wireless atau sebaliknya dengan mudah mengikut keselesaan. Kami yakin produktiviti juga anda lebih meningkat dengan adanya magnetic keyboard ini.

Kami yakin produktiviti anda pasti akan lebih meningkat sekaligus memudahkan tugas untuk diselesaikan.

4. Ringan dan mudah untuk dibawa

Sudah menjadi lumrah di mana komputer riba dengan saiz skrin yang besar sehingga 17-inci seringkali hadir dengan saiz yang besar dan berat. Dalam pada itu, model ASUS Zenbook 17 Fold OLED ini mempunyai cara yang tersendiri sedikit berbeza di mana model ini hanya seberat 1.7kg sahaja.

Sebagai perbandingan, model dengan saiz skrin 17.3-inci ini apabila dilipat hanyalah bersaiz lebih kecil berbanding kertas A4. Hal ini pastinya memudahkan pengguna yang bekerja secara on the go untuk membawa model ini di dalam clutch bag yang sekaligus meningkatkan penggayaan pengguna.

5. Dikuasakan oleh processor Intel® generasi ke-12

Bukan sekadar memfokuskan kepada rekaan dan skrin semata-mata, model ini turut dilengkapkan dengan processor Intel® Core™ i7-1250U, 16GB RAM dan 1TB SSD dalam menawarkan prestasi yang terbaik sekaligus membolehkan pengguna multitasking tanpa sebarang masalah.

Bukan itu sahaja, sesuai dengan penawaran peranti untuk golongan profesional, ASUS Zenbook 17 Fold OLED turut ditawarkan bersama webcam 5-megapixel beserta 3DNR yang membantu menawarkan kualiti video yang jelas dan terang sewaktu digunakan untuk meeting hybrid yang kian popular di era pasca COVID-19 ini dengan panggilan video melalui Microsoft Teams atau Zoom.

Pihak ASUS juga turut menyertakan ASUS Mini Dock Plus dalam membolehkan sambungan kepada mana-mana port.

Rasai pengalaman penggunaan ASUS Zenbook 17 Fold OLED

Berbincang soal harga, ASUS Zenbook 17 Fold OLED hadir dengan tanda harga RM14,999. Menerusi harga yang ditawarkan, jelas model model ini hadir dengan tanda harga yang premium.

Walau bagaimanapun, melihat kepada fungsi, keunikan serta versatiliti yang ditawarkan, ASUS Zenbook 17 Fold OLED mungkin pilihan komputer riba yang berbaloi khususnya buat mereka yang mahukan sebuah peranti yang serba lengkap dalam sebuah komputer riba.

Dalam erti kata lain, model ini disasarkan buat mereka yang sedang mencari sebuah desktop, tablet, komputer riba dan beberapa mod lain dalam sebuah peranti yang sekaligus lebih menjimatkan ruang dan poket berbanding mendapatkan pelbagai peranti secara berasingan.

Menariknya, anda turut berpeluang merasai terlebih dahulu pengalaman penggunaan ASUS Zenbook 17 Fold OLED dengan lawati enam ASUS Concept Store yang tersedia di IOI City Mall, Mid Valley, Pavillion Bukit Jalil, Low Yat Plaza, Sunway Pyramid dan juga Vivacity Mall, Kuching.

Sementara itu, anda juga berpeluang memenangi baucar daripada GrabFood bernilai RM20 dengan semudah mencuba dan menilai ASUS Zenbook 17 Fold OLED yang tersedia di ASUS Concept Store terpilih.

Khas buat anda yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai ASUS Zenbook 17 Fold OLED, anda boleh mendapatkannya secara rasmi menerusi laman rasmi ASUS.