Berbincang mengenai simpanan dan tabungan, pasti orang ramai mempunyai cara tersendiri untuk menabung. Walau bagaimanapun, pernahkah anda tertanya adakah cara tabungan yang dibuat efektif buat anda atau sebaliknya?

Perkara ini pastinya sangat penting dalam memastikan target simpanan anda tercapai sama ada untuk berkahwin, membuat deposit rumah pertama atau simpanan sempena hari tua. Pada kali ini, kami ingin berkongsi kepada anda lima cara efektif dan mudah yang boleh anda praktikkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Rancang dan pantau perbelanjaan secara harian

1B4B7418-9538-429B-B854-B24E79B32146

 

Cara paling efektif untuk anda menyemak perbelanjaan serta mengetahui dimana ketirisan berlaku adalah dengan merekod segala perbelanjaan. Meskipun kedengaran seperti mudah, ramai yang tidak mempraktikkannya.

Mana tidaknya, terpaksa mencatat setiap kali berbelanja pasti agak melecehkan bukan? Segalanya kini lebih mudah dengan aplikasi terbaharu daripada Maybank, MAE.

Melalui fungsi Expenses yang terdapat dalam aplikasi MAE ini, anda dapat menyemak perbelanjaan harian anda secara automatik, tak kira lah perbelanjaan makan, membeli-belah atau pun pembelian secara online. Lebih mudah disemak dan dicatat.

2. Simpan untuk dana kecemasan terlebih dahulu

media_106f6b13de012f19a9207f1e6ff9cb44
Sumber: Money Compass

Sebaik sahaja menerima gaji, pastinya orang ramai mempunyai cara tersendiri untuk membelanjanya. Salah satu cara terbaik untuk membantu anda konsisten menabung adalah memperuntukkan sebahagian kecil daripada gaji anda untuk tabungan terlebih dahulu.

Jumlah peratusan tabungan yang dicadangkan bergantung kepada kewangan, misi serta komitmen seseorang. Melalui cara ini, anda tidak lagi terlepas peluang untuk menabung setiap bulan.

Ingin tahu bagaimanakah simpanan anda boleh menangi hadiah lumayan menerusi Maybank? Jom ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui maklumat selanjutnya. Salah satunya, daftar penyertaan di Maybank2u, simpan di akaun yang mengambil bahagian setiap bulan dan ajak keluarga atau rakan-rakan untuk menyimpan.

3. Tabung ‘hijau’

D6InccWUUAAU6w2
Sumber: Twitter @FinancialGory

Terdapat juga individu yang lebih gemar dengan tip tabungan wang kertas mengikut warna. Mengikuti tip ini, seseorang boleh memulakannya dengan memilih wang kertas yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam tabung.

Dalam erti kata lain, sekiranya seseorang memilih duit ‘hijau’, segala wang kertas RM5 yang sinonim dengan warna hijau perlu dimasukkan ke dalam tabung. Berdasarkan pengalaman mereka yang sudah mencubanya, ramai yang tidak menyangka jumlah yang berjaya disimpan tanpa sedar selepas beberapa bulan mengaplikasikan teknik ini.

4. Membeli barang keperluan secara atas talian

pexels-photo
Sumber: Pexels

Umum tahu kini laman atas talian kerap menjalankan promosi menarik. Terbaharu, sempena 11.11 yang bakal tiba, dikhabarkan pelbagai jenama bakal menjalankan promosi besar-besaran dalam mempromosikan produk mereka.

Buat mereka yang mahu berjimat, inilah masanya untuk mendapatkan barang keperluan terdiri daripada barangan dapur dan sebagainya dengan harga menarik. Oh ya, pastikan anda mendapatkannya bersama baucer pengeposan percuma. Kami yakin cara ini lebih mudah dan efektif berbanding keluar ke pasar raya mendapatkan barangan keperluan.

5. Simpan dan menang bersama Maybank

photo6134358157036727124

Cara untuk menyertainya

Siapa yang tidak mempunyai akaun Maybank kan? Mesti dahulu anda buka akaun di cawangan Maybank kan? Sekarang ini lebih mudah untuk membuka akaun. Tidak hanya sebagai laman perbankan untuk anda menyemak serta memindahkan wang, Maybank2u kini menawarkan kemudahan kepada pelanggan untuk membuka akaun dalam talian sahaja.

Terbaharu, Maybank mengajak kita semua untuk simpan dan berpeluang untuk menang hadiah hebat.

Bukan setakat menang hadiah sahaja, anda juga boleh membantu antara satu sama lain untuk menang bersama. Caranya mudah sahaja, jika anda sudah mempunyai akaun Maybank, log masuk ke Maybank2u dan daftarkan penyertaan anda. Jika belum mempunyai akaun Maybank, boleh la buka akaun Maybank2u. Premier secara dalam talian sahaja

Untuk pengetahuan anda, menerusi kempen ini, lebih banyak pendaftaran dan pembukaan akaun, maka hadiah yang ditawarkan juga akan lebih banyak dan menarik seperti Apple iPad Pro, Huawei P40, GoPro Hero dan juga wang tunai.

Seterusnya, bolehlah mengajak bersama rakan dan keluarga anda untuk buka akaun dan menyimpan setiap bulan sebagai tabungan dan berpeluang memenangi hadiah menarik tersebut. Menarik bukan?

‘Rahsia’ untuk tingkatkan peluang memenangi hadiah

Oh ya, kami juga mahu kongsikan rahsia kepada anda dalam membantu anda menjadi pemenang bertuah. Apa yang perlu anda lakukan adalah log masuk ke Maybank2u dan daftar penyertaan anda atau jika anda tiada akaun Maybank, buka sahaja mana-mana akaun yang mengambil bahagian. Anda bakal menerima 50 penyertaan secara automatik.

Diantara akaun yang mengambil bahagian untuk menyertai kempen ini adalah Kawanku Savings Account, Basic Savings Account, Personal Savers Account, Maybank2u.Premier Account, Maybank2u Savers, Golden Savers Savings Account, Golden Savvy Account-i dan Zest-i Account.

Seterusnya, mulalah menyimpan secara konsisten dan kumpulkan sekurang-kurangnya RM3,000 sehingga 31 Januari 2021 ini. Para penyimpan akan menerima 5 penyertaan untuk setiap simpanan sebanyak RM3,000.

Apa tunggu lagi? Inilah masanya untuk anda menyimpan sambil memenangi hadiah menarik. Bukan itu sahaja, Maybank juga turut tawarkan faedah bulanan ke atas simpanan anda. Serius awesome! Jom kita baca dengan lebih details mengenai kempen yang best ini di sini.

Pada penghujung Jun lalu, Maybank mengumumkan kerjasama bersama Shopee dalam memperkenalkan kad kredit Visa.

Shopee Perkenalkan Kad Kredit Visa Dengan Kerjasama Bersama Maybank

Maybank Perkenal Platform Penghantaran Makanan Bantu Peniaga Terjejas PKP