Baru-baru ini dalam laporan World Happiness Report 2019, Malaysia jatuh ke tempat 80 daripada 156 buah negara berbanding ke-35 tahun lalu.

Indeks kebahagiaan bagi setiap lokasi yang ditinjau diambil daripada 14 aspek utama kehidupan, termasuklah persekitaran yang bersih, komunikasi yang berkesan untuk menyelesaikan isu keselamatan, hubungan erat antara jiran dan beberapa aspek lagi.

Jadi kenapa kita pilih untuk bersuram sedangkan kita boleh gembirakan orang sekeliling dengan cara yang sangat mudah? Sebenarnya positive vibe ini mudah sahaja untuk kita sebarkan. Apabila kita buat baik, secara tidak langsung satu chain reaction yang kita tidak jangka akan berlaku. Tidak percaya? Apa kata cuba buat dahulu beberapa perkara ini.

1. Belanja rakan pejabat ‘breakfast’

nasi-lemak-ss23

Sebenarnya ini yang paling mudah. Bukannya perlu buat selalu. Waktu terima gaji sebagai, cuba beli makanan untuk rakan pejabat; pasti ramai yang akan bersyukur walau sekadar nasi lemak dua ringgit atau kuih muih. Jika anda sudah mula, yang lain-lain pun akan mula buat perkara yang sama.

2. Beri bantuan pada yang memerlukan

Banyak yang boleh kita bantu dalam bab ini. Paling mudah jika kita nampak ada orang yang sedang menolak motor di tepi jalan. Kalau kita juga sedang menunggang motosikal, paling tidak pun bantulah ‘tolak’ sampai ke stesyen minyak terdekat. Atau kita nampak orang sedang tukar tayar kereta tepi jalan, kita bantu.

Percayalah, di masa akan datang jika anda pula berhadapan situasi yang sama, akan ada bantuan daripada orang lain pula di masa akan datang.

3. Jangan terlalu ‘marah’ dan cuba bertenang

Memang banyak perkara yang kita tidak puas hati dalam kehidupan seharian tetapi ada kalanya bertenang lebih baik daripada kita terus luahkan kemarahan. Mungkin dengan cara ‘slow talk’, perkara yang anda marah tadi dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

4. Berkongsi rezeki lebih yang kita ada

pasar-malam

Katalah anda membeli makanan di pasar malam, apa kata anda kongsikan rezeki lebih anda pada mereka?

Maknanya di sini kalau makanan anda berharga RM8 dan anda berikan wang RM10, minta sahaja mereka simpan bakinya. Mungkin pada kita nilai RM2 tersebut sedikit sahaja. Tetapi pada individu lain, besar nilainya.

5. Senyum

dav

Ini pula perbuatan yang tidak memerlukan anda keluarkan duit pun. Dengan hanya satu senyuman, anda sudah mempamerkan positivi anda kepada dunia. Anda pun benci bila lihat orang muka ketat bukan? Kalau sebelum ini kita jarang senyum, kita tambah senyuman. Senyuman itu kan sedekah.

Dengan buat perkara ini, secara tidak langsung kita dapat berikan kegembiraan, kasih sayang, saling menghormati antara satu sama yang lain. Ianya selaras dengan nilai yang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mahu terapkan dalam kehidupan seharian kita.

Bila semua orang gembira, setiap perkara pun pasti akan dimudahkan. Kalau anda pula, apa perkara yang anda buat untuk gembirakan keluarga atau orang terdekat? Boleh kongsi dengan kami di ruangan komen. Mari sama-sama kita hasilkan chain reaction dengan insan sekeliling kita.