Assalamualaikum. Nak cerita, baru-baru ni saya Eropah secara backpack selama 14 hari, ke 7 buah negara, dan total bajet saya ialah RM2,889 untuk segala tiket penerbangan, tempat tinggal, makan, segala tambang perjalanan sepanjang di sana.

Antara route / negara yang saya kunjungi sepanjang 14 hari itu ialah :

KLIA2 –> Tehran, Iran –> Athens, Greece –> Istanbul, Turki –> Rome, Italy –> London, United Kingdom –> Amsterdam, Netherlands –> Paris, France –> Tehran, Iran –> KLIA2.

Tip 1 : Dapatkan tiket penerbangan murah.

Sebenarnya, yang membantu saya untuk ke Eropah dengan murah ialah promosi AirAsia dari Kuala Lumpur ke Tehran RM404.00. Dikirakan itu merupakan gerbang ke Eropah lah. Kerana dari situ, kita boleh lompat-lompat dari satu negara ke negara lain.

Kemudian, saya menggunakan perkhidmatan Kiwi.com untuk membantu saya rancang dari satu negara ke negara lain dgn menaiki kapal terbang.Dengan menggunakan kiwi.com, saya juga dapat membanding dan membezakan harga-harga tiket untuk dapatkan tiket penerbangan termurah!

Bagi saya, ini adalah website paling terbaik jikalau anda mahu menerokai Eropah secara penerbangan.

Website ini membolehkan anda untuk plan dari destinasi A –> destinasi B –> destinasi C dan seterusnya. Website ini akan berikan harga tiket penerbangan pada hari yang kita pilih itu.

Sebagai contoh di bawah yang Miszdae cuba survey semasa merancang ke Eropah.

Kami hanya menggunakan kiwi.com sebagai rujukan tetapi selebihnya, kami book melalui website airlines itu sendiri kerana lebih murah dan tiada booking fees.

Semua di atas hanyalah contoh sahaja yang saya ingin tunjukkan tetapi ketika screenshot dilakukan, itu bukanlah perancangan akhir kami. Setelah dirancang dengan teliti bersama rakan backpack akhirnya di bawah merupakan rancangan penerbangan akhir yang telah ditempah.

Tip 2 : Pergi semasa musim sejuk.

Banyak offer tiket penerbangan murah di musim sejuk. Apa yang best semasa di Turki, penjual-penjual semua melayan kami dengan baik, belanja air, itu ini bagi free gift. Depa kata, waktu musim panas, memang tak akan dapat layanan macam ni sebab terlalu ramai pelancong yang berkunjung di musim panas.

Tip 3 : Gunakan pass sepanjang di sana

Terdapat banyak pass yang disediakan. Antaranya ialah ROMAPASS, atau Istanbulkart, yang membolehkan tiga orang menggunakan kad yang sama sepanjang di sana, Oyster card dan lain-lain. Apa yang best, pass yang disediakan kebiasaannya telah termasuk tempat-tempat menarik di sana, dan juga pengangkutan di sana.

ISTANBUL, TURKEY

Di Istanbul, tiada pass yang Miszdae gunakan, tapi Miszdae sarankan anda untuk membeli IstanbulKart. Apa itu IstanbulKart?

• Berperanan sebagai TouchNgo seperti di Malaysia
• Boleh dikongsikan seramai 3 orang menggunakan kad yang sama. Kira boleh pass-pass je selepas digunakan
• Harga kad ialah 6 TL.
• Boleh didapati di bahagian Metro di airport.

ATHENS, GREECE

Di Athens, kami tidak menggunakan day pass kerana hostel kami terletak berhampiran tempat-tempat menarik, maka kami bersepakat untuk berjalan kaki sahajar sepanjang di sana.

Namun, kami ada mengambil Mixed tickets untuk memasuki 8 Museums di Athens yang berharga €30 tapi saya tidak menggalakkan anda untuk mengambil tiket ini kerana Muzium dia agak menghampakan. Pass ini boleh didapati di mana-mana muzium di Athens.

ROME, ITALY

Di Rome, kami telah mendapatkan Roma Pass 48 hours yang berharga €28. Kelebihan mengambil pass ini :

• Boleh naik turun metro sepuas hati selama 48 jam (memandangkan pengangkutan utama di Rome ialah menerusi Metro)
• Boleh memasuki 1 muzium dan sudah tentu kami memilih Collosseum.
• Boleh didapatkan di airport, di bahagian arrivals.

LONDON, UNITED KINGDOM

Di sini, saya telah mendapatkan Oyster card yang turut berperanan sebagai Touch n Go. Harga kad ini ialah £5.

Kelebihan :
• Boleh dapat harga lebih murah berbanding beli tiket sehala.

Oyster visitor card vs. Oyster card = sama je. Mana-mana boleh.

AMSTERDAM, NETHERLANDS
Tidak mengambil sebarang pass

PARIS, FRANCE
Membeli one way pass yang dikongsi berdua.

Tip 4 : Tempat penginapan

Sudah tentu tempat penginapan juga memainkan peranan yang penting. Sepanjang di sana, kami banyak menggunakan hostel sahaja. Harga hostel sepanjang di sana adalah sekitar RM 40 – 50 sahaja. Total sepanjang di sana, saya hanya menghabiskan RM 270 untuk tempat penginapan. Terdapat juga hari-hari yang kami tidur di lapangan terbang sahaja, demi jimat.

Antara website yang boleh digunakan untuk menempah bilik ialah Agoda.com dan Booking.com.

Tip 5 : Banyakkan berjalan

Sepanjang di sana, kami memang banyak berjalan kaki, dan menggunakan pengangkutan awam yang dibeli menggunakan one day pass murah. Kami tidak menyewa kereta kerana untuk bajet kecil seperti kami, tambahan pula kami hanya berdua sahaja, jadi tidak berbaloi untuk menyewa kereta

Tapi nak cerita je pengalaman sendiri, saya hampir kena seluk semasa di Rome! Nasib handbag berzip, Alhamdulillah, Allah lindung. Saya memang nampak cubaan tangan dia menyeluk bag saya, tetapi bila pandang muka dia, macam muka selamba je tengah pandang depan, tapi tangan tengah buat kerja. Tak tahu lah kenapa, tapi masa tu tak terfikir nak pegang tangan dia ke apa.

Ye lah, macam panik. Benda berlaku depan mata, sampai tak mampu buat apa-apa. Bila saya tengok sekali lagi, dah lesap dah dari pandangan. Memang alhamdulillah, Allah lindung. Jadi di sini nak pesan, kena sentiasa zip beg ok!

Jadi siapa kata perlukan duit yang banyak untuk keEropah. Saya sudah buktikannya. Awak sudah tentu juga boleh. Hehe.

Baca lagi: Itinerari Ringkas Saya Sewaktu Travel 3 Minggu Di 12 Negara Eropah