Sesiapa yang mempunyai peranti Android pasti pernah merasai dimana kali pertama anda menggunakan telefon pintar tersebut semuanya berjalan dengan lancar, tiada lagging mahupon masalah aplikasi ditamatkan secara sendiri.

Perkara ini nampaknya tidak lagi sama selepas beberapa tahun anda menggunakan peranti anda. Masalah ‘lagging’ akan kerap berlaku dan salah satu daripada aplikasi iaitu Chrome akan mula menjadi kurang responsif.

Screenshot 2019-09-10 at 4.17.40 PM
HYPE
Jangan Kelipkan Mata Anda Dan Cari Apa Yang ‘Tersembunyi’ Untuk Menangi SAMSUNG S10 Plus
Baca lagi →

Ya, kelajuan sesuatu telefon pintar haruslah tertakluk kepada hardware yang digunakan namun terdapat beberapa tips buat anda dimana sedikit sebanyak dapat meningkatkan kelajuan Chrome anda.

  1. Aktifkan data saver

Chrome-Data-Saver

Data saver membantu anda untuk mengecilkan saiz sesuatu laman web dan mengoptimasikan sesuai buat telefon pintar anda. Data saver bukan sahaja membantu untuk meningkat kelajuan Chrome anda malah data saver membantu untuk mengurangkan penggunaan data.

Cara untuk mengaktifkan data saver adalah sangat mudah iaitu dengan mengaktifkannya pada bahagian tatapan di dalam aplikasi Chrome.

2. Musnahkan cache daripada masa ke semasa

Cache boleh dikatakan suatu perkara yang baik buat telefon pintar anda kerana cache akan membantu anda untuk melayari laman web dengan lebih cepat.

Masalah yang timbul berikutan terlalu banyak cache di dalam telefon pintar anda akan membuatkan telefon pintar anda terpaksa menampung saiz cache yang besar serta melambatkan telefon pintar anda.

Untuk memusnahkan cache di dalam telefon pintar anda, anda hanya perlu ke tatapan aplikasi di dalam telefon pintar anda, seterusnya memilih Chrome dan tekan ‘clear cache’

3. Prefatch page resources

Prefatch merupakan salah satu fungsi daripada Chrome dimana Chrome akan loadkan laman web tersebut sebelum anda membukanya. Perkara ini akan membuatkan anda sentiasa mendapat berita atau artikel terbaru laman web tersebut sebelum anda membukanya lagi.

Secara asasnya, prefatch cuma diaktifkan semasa telefon pintar anda meggunakan WiFi sahaja. Apa yang menjadi isu adalah telefon pintar anda akan menyimpan lebih banyak cache serta data akan lebih banyak membazir jika diaktifkan prefatch page resouces ini. Cara yang terbaik adalah untuk elakkan menggunakan fungsi ini.

4. Gunakan fungsi shortcut pada Chrome

Screenshot_2016-04-04-12-48-13

Mungkin anda mempunyai internet yang laju serta telefon pintar berspesifikasi terkini tetapi mencari laman web untuk dibaca mungkin akan mengambil sedikit masa. Cara yang terbaik untuk meletakkan laman web yang sering anda baca adalah dengan butang shortcut yang disediakan Chrome.

Jika anda selalu membaca The Vocket apa salahnya anda meletakkan di homescreen bukan? Eh.

5. Pastikan anda dapatkan Chrome yang terbaru

Chrome_Beta_Play_Store

Memandangkan Chrome antara aplikasi yang kurang stabil pada awalnya, Chrome sering mendapat update untuk prestasi yang baik serta masalah ‘bug’ dapat dikurangkan. Chrome juga antara aplikasi yang sering mempunyai update terbaru buat telefon pintar Android.

Pastikan anda sering update Chrome anda kepada versi terbaru melalui Play Store. Update terbaru daripada Chrome bakal memberi pengalaman yang terbaik serta kelajuan buat pengguna.

Anda Mungkin Suka