Sudah hampir ke penghujung bulan Oktober dan banyak K-Drama yang mula ditayangkan di Korea serta di Malaysia. Bagi peminat K-Drama dan mungkin anda yang baru berjinak-jinak mahu menonton, kami mahu kongsikan drama ongoing yang menarik untuk anda.

Ini adalah 5 drama ongoing yang menarik secara personal kami untuk anda layan terutama sekali apabila pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat telah dilanjutkan.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

1. Start-up

Start-Up adalah mengenai seorang wanita (Suzy) yang berusaha mencapai impiannya dengan memulakan syarikat permulaannya sendiri di tengah-tengah Silicon Valley Korea dan seorang lelaki (Nam Joo Hyuk) yang struggle dengan syarikatnya. Adakah mereka mampu bangunkan syarikat dan capai impian mereka?

2. Private Lives

Private Lives menceritakan kehidupan para penipu yang memalsukan informasi dan data dirinya. Seorang penipu (Seohyun) yang secara tidak sengaja menentang syarikat besar dengan bantuan ketua pasukan (Go Kyung Pyo) untuk menjatuhkan syarikat itu.

3. Tale of the Nine Tailed

Dibintangi oleh Lee Dong-Wook, Jo Bo-Ah dan Kim Beom. Drama fantasi bersiri ini mengisahkan Gumiho atau musang jadian berekor sembilan yang dilakonkan oleh Lee Dong-Wook yang datang dan ingin menyesuaikan dirinya di bandar. Dia sering dikejar oleh seorang wanita yang juga penerbit di sebuah stesen televisyen yang dilakonkan oleh Jo Bo-Ah. Takdir menemukan kembali mereka berdua dan anda rasa apa kesudahannya?

4. Do Do Sol Sol La La Sol

Do Do Sol Sol La La Sol adalah berkisahkan tentang percintaan antara pemain piano yang tertindas (Go Ara) dan pekerja sambilan yang penuh misteri (Lee Jae Wook). Apakah mereka akan bersama akhirnya?

5. The Spies Who Loved Me

The Spies Who Loved Me adalah drama pengintip dan percintaan rumit antara tiga orang yang memiliki banyak rahsia. Seorang perancang perkahwinan (Yoo In Na) bercerai dengan suaminya (Eric) yang tidak menyedari dirinya sebenarnya seorang ejen rahsia. Lalu, dia berkahwin dengan perisik industri (Im Joo Hwan) pula.

Mana satu yang anda mahu tonton dahulu? Susah-susah sangat, tengok je semua sebab hari ditayangkan berbeza. Selamat menonton!

Sementara itu, kami kongsikan beberapa aktiviti yang anda boleh buat di rumah sepanjang PKPB.

Dalgona Coffee Jadi Kegilaan Netizen, Ini 5 Resipi Dalgona Lain Yang Anda Boleh Cuba Di Rumah

5 ‘YouTube Channels’ Pilihan Untuk Anda Tingkatkan Skil Memasak Bagaikan Chef Di Rumah

7 Personaliti Yang Rakyat Malaysia Baru ‘Discover’ Dan Akan Diteruskan Walaupun PKP Tamat

Anda Mungkin Suka