Hari ini seluruh Malaysia menyaksikan satu lagi peristiwa bersejarah iaitu istiadat pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. Pertabalan ini dilangsungkan dengan penuh gilang-gemilang di Balairung Seri, Istana Negara.

Sebelum ditabalkan sebagai Yang Di-Pertuan Agong yang ke-16 lagi, baginda dan Raja Permaisuri Agong sememangnya terkenal sebagai raja berjiwa rakyat yang amat disayangi oleh rakyat jelata lebih-lebih lagi dalam kalangan penduduk negeri Pahang. Berikut kami sertakan beberapa fakta menarik mengenai baginda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Baginda diputerakan pada 30 Julai 1959, di Istana Mangga Tunggal, Pekan

sultan abdullah2

Baginda ialah paduka anakanda keempat kepada Sultan Ahmad Shah dan Tengku Ampuan Afzan, diputerakan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang.

2. Baginda dilantik sebagai Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang ketika berusia 16 tahun

sultan abdullah1

Upacara permasyhuran baginda sebagai Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dijalankan pada 23 Oktober 1977 di Istana Abu Bakar, Pekan. Baginda kemudian dilantik menjadi Pemangku Raja Pahang pada 28 April 1979 pada usia 20 tahun. Baginda dilantik menjadi Pemangku Raja Pahang bagi tempoh lima tahun ketika ayahanda baginda menjadi Yang Di-Pertuan Agong ke-7.

3. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah St. Thomas, Kuantan sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara

sultan pahang tengku abdullah

Baginda berangkat ke United Kingdom pada usia 16 tahun untuk melanjutkan pelajaran di Aldenham School, Hertsfordshire sebelum melanjutkan pendidikan di Devies’ College, London dari tahun 1978 hingga 1979. Baginda melanjutkan pelajaran dalam bidang ketenteraan di Royal Military Academy Sandhurst, England. Baginda telah ditauliahkan sendiri oleh Queen Elizabeth II dan kemudian dilantik sebagai Pegawai Kehormat dalam Kor Kavalry Angkatan Tentera Darat Malaysia.

4. Al-Sultan Abdullah diijabkabulkan dengan Raja Permaisuri pada 6 Mac 1986

sultanabdullah3

Upacara ijabkabul baginda berdua dijalankan di Istana Bukit Serene, kediaman rasmi Sultan Johor. Baginda berdua mengulang sejarah perkahwinan diraja Pahang-Johor yang ke-3 selepas pernikahan moyang Tengku Ampuan Pahang iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar Johor dengan seorang puteri diraja Pahang dan Almarhum Sultan Mahmud Pahang dengan Tengku Ampuan Mariam, puteri Sultan Abu Bakar Johor.

5. Baginda telah dikurniakan dengan 4 orang putera dan dua orang puteri

https://www.instagram.com/p/Bl2g2F3AqSd/

Sebelum dikurniakan anak kandung, baginda berdua mengambil seorang anak angkat lelaki iaitu Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibni Sulta Abdullah. Untuk pengetahuan, Yang Mulia Tengku Amir Nasser merupakan merupakan anakanda bongsu kepada Tengku Arif Bendahara Ibrahim dan isteri ketiga, Zarina binti Abdullah. Bersama Raja Permaisur Agong, baginda dikurniakan enam orang cahaya mata namun anak sulung baginda berdua, Yang Mulia Tengku Ahmad Iskandar Shah, mangkat pada hari yang sama diputerakan iaitu pada 24 Julai 1990. Ramai mengetahui bahawa baginda juga mempunyai anak hasil perkahwinan bersama Cik Puan Julia Rais. Berikut merupakan senarai anakanda baginda berdua.

1. Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibrahim bin Tengku Arif Bendahara Ibrahim
2. Yang Mulia Tengku Ahmad Iskandar Shah
3. Yang Mulia Tengku Puteri Iman Afzan
4. Yang Mulia Tengku Ilisha Ameera
5. Yang Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
6. Yang Mulia Tengku Ilyana
7. Yang Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah
8. Yang Mulia Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah
9. Yang Mulia Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah
10. Yang Mulia Tengku Jihan Azizah Athiyatullah

Istiadat pertabalan hari ini menyaksikan Sultan Abdullah, dalam lafaz ikrar sebagai Yang di-Pertuan Agong, bertekad melaksanakan pemerintahan seadil-adilnya bagi Malaysia, mengikut undang-undang dan Perlembagaan Negara selain memelihara dengan sempurna agama Islam dan berdiri teguh di atas pemerintahan yang adil dan aman. Daulat Tuanku.