Pemain bola sepak David Beckham sememangnya popular di dalam dan luar padang. Rupa parasnya yang ‘perfect’ membuatkan hati para gadis sentiasa cair melihatnya membuatkan pasukan England kerap menjadi pilihan para gadis suatu masa dahulu. Beliau popular di arena bola sepak dengan sepakan percumanya yang unik sehingga digelar ‘Bend It Like Beckham’ dan kerap menembusi gawang gol yang menjadi sumber inspirasi bagi setiap lelaki.

 

Hari ini kami ingin kongsikan 5 fakta yang anda belum tahu tentang David Beckham

  1. David Beckham mempunyai hubungan yang akrab dengan Tom Cruise

Mereka sering keluar untuk menonton wayang dan bersiar – siar . Malah, Kediaman Tom Cruise juga berdekatan dengan kediaman David Beckham di Los Angeles.

  1. David Beckham mengalami Ornithophobia

 

Ornithophobia merupakan phobia dimana seseorang itu takut kepada burung. Hehe macho – macho pon still takut burung ye.

 

  1. David Beckham merupakan topik carian yang terhangat sepanjang dua tahun berturut – turut.

 

Google melaporkan David Beckham mendapat carian terbanyak sebanyak dua tahun berturut – turut menandingi Tiger Wood, Michael Schumacher, dan Ronaldo. Ni mesti peminat perempuan yang ramai search ni, Eh.

 

  1. Beliau mempunyai tattoo dihampir seluruh badannya dan bersebab

Beckham mengalami OCD (Obsessive-Compulsive-Disorder). Sebagai buktinya, beliau kerap mendapatkan tattoo baharu berikutan ketagihan dengan keperitan daripada jarum tattoo itu sendiri.

 

  1. David Beckham menghantar anak – anak lelaki beliau untuk berlatih seni mempertahankan diri untuk mempertahankan anak perempuannya.

 

Di dalam sebuah temuramah, beliau memberitahu beliau menghantar 3 orang anak lelakinya untuk berlatih seni mempertahankan diri, Apa yang lebih unik adalah ketiga – tiga anaknya diberi seni mempertahankan diri yang berlainan seperti taekwondo, tinju dan karate.

 

p/s : Apa yang pasti David Beckham merupakan pemain bola sepak pujaan ramai sebelum digantikan dengan Cristiano Ronaldo.

 

 

 

 

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤