13 Ogos 2014 pasti akan menjadi detik bersejarah buat dunia akademik matematik. Buat julung-julung kalinya seorang wanita telah memenangi Fields Medal, anugerah Matematik paling berprestij yang setaraf dengan Hadiah Nobel. Ini merupakan kali pertama seorang wanita memenangi anugerah tersebut setelah ia ditubuhkan hampir 80 tahun yang lalu. Anugerah itu telah dimenangi oleh Maryam Mirzakhani di sebuah upacara yang diadakan di Seoul, Korea Selatan. Jom kita kenali siapa Maryam Mirzakhani melalui 5 fakta berkenaan dirinya!

1. Maryam Mirzakhani adalah seorang wanita berbangsa Iran. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1977 dan dibesarkan di Tehran.

2. Pada awalnya, Maryam berhasrat untuk menjadi seorang penulis. Namun impiannya berubah setelah beliau memasuki alam persekolahan menengah. Kecenderungannya menyelesaikan permasalahan matematik telah mengubah pandangan beliau.

3. Pada tahun 1994 dan 1995, Maryam telah memenangi medal emas di dalamĀ  International Math Olympiads. Menariknya, beliau telah meraih markah penuh bagi pertandingan yang diadakan pada tahun 1995!

4. Maryam merupakan graduan kelulusan salah sebuah universiti tersohor dunia, iaitu Universiti Harvard untuk ijazah kedoktoran falsafahnya.

5. Maryam kini merupakan seorang profesor matematik di Standford di mana beliau sedangĀ menetap bersama suami dan anak perempuan yang berusia tiga tahun.

Semoga anda turut mendapat inspirasi daripada kisah Maryam Mirzakhani ini! :)