Tidak dapat dinafikan bahawa apabila berlakunya penularan virus akan membimbangkan ramai orang. Malah, penularan wabak coronavirus menjadi ketakutan ramai pihak.

Berikutan itu, kami senaraikan 5 filem berkaitan wabak yang ‘hits’ dan menarik anda boleh tonton. Selepas tonton filem-filem ini, pastinya akan ada daripada anda yang merasakan situasi sekarang sedikit sebanyak seperti dalam filem. Sudah sedia?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Train to Busan

Filem ini mengisahkan tentang serangan virus yang menjadikan manusia zombie dan wabak tersebut mula merebak apabila terkena gigitan zombie. Wabak tersebut telah mula merebak ke seluruh Korea Selatan dan filem ini sebenarnya tentang seorang lelaki bersama anak perempuannya dan penumpang lain terperangkap di atas kereta api laju ke Busan serta semua cuba untuk menyelamatkan diri.

2. The Flu

Filem ini pula tentang sekumpulan pendatang asing diseludup masuk ke Korea Selatan dan salah seorang daripada mereka pembawa virus merbahaya dan berjangkit. Hanya seorang pendatang asing yang hidup dan yang lain semuanya mati.

Tidak lama kemudian, beribu-ribu orang dijangkiti dalam setiap jam oleh virus yang membawa maut ini dan membunuh dalam tempoh 36 jam selepas dijangkiti. Keseluruhan penduduk di pinggir bandar Bundang dikuarantin oleh kerajaan dalam usaha keras untuk menghentikan virus itu daripada terus merebak.

3. Contagion

Siapa sangka percutian ke luar negara bertukar tragedi? Sekembalinya Beth Emhoff ke Minnesota dari Hong Kong, dia berasa tidak sedap badan dan hanya menyangka dia mengalami jet lag.

Akan tetapi, Beth meninggal dunia dua hari kemudian dan doktor memberitahu suaminya bahawa mereka tidak tahu punca sebenar kematian isterinya. Selepas itu, ramai orang mulai menunjukkan gejala yang sama dan wabak global tersebar.

4. I Am Legend

Robert Neville merupakan satu-satunya manusia yang terselamat dari virus yang berpunca dari ubat penyembuh kanser. Rutin hariannya pada waktu siang seperti biasa, tetapi pada waktu malam dia menyelamatkan dari dari serangan zombie. Malah, dia turut berusaha untuk membuat penawar agar dapat menyembuhkan manusia yang berubah menjadi zombie.

5. Resident Evil

Filem ini tentang Umbrella Corporation yang melakukan ujikaji vaksin dan senjata bio-teknologi. Senjata bio-teknologi mereka yang kemudian dikenali dengan nama T-Virus dicuri seseorang.

Salah satu tempat penampungan virus itu pecah, dan menjangkiti semua orang di dalam pejabat Umbrella Corporation yang berubah menjadi zombie. Kemudian, pasukan khas telah diturunkan ke sana untuk mematikan sistem dalam makmal Umbrella dan mereka perlu berhadapan dengan zombie.

Bagi kami, 5 filem ini adalah yang terbaik yang pernah kami tonton tentang wabak dan pastinya anda juga pernah menontonnya bukan? Jika anda belum pernah menontonnya, apa kata anda tonton filem-filem ini.

Sementara itu, wabak coronavirus di China kini menjadi kerisauan ramai orang kerana sudah mula ke beberapa negara termasuk Malaysia. Baca berita tentang wabak coronavirus di Vocket pada pautan di bawah.

China Kuarantin Wuhan, Pasar Basah Jual Produk Eksotik Didakwa Punca Tular Virus

Wuhan Bertukar ‘Ghost Town’ Kerana Wabak Coronavirus

3 Cara Lindungi Diri Daripada Wabak Coronavirus Anda Wajib Tahu

Sumber