Memang tidak dapat dinafikan sebahagian besar filem dan drama yang dihasilkan dari Korea Selatan mempunyai kualiti dan kelainan yang tersendiri jika dibandingkan dengan filem-filem dari Barat yang sentiasa menjadi pilihan penonton sebelum ini.

Kehadiran dan kejayaan filem box office seperti Parasite arahan Bong Joon-ho dan Train to Busan arahan Yeon Sang-ho sebelum ini juga telah meluaskan lagi pasaran dan pengaruh filem Korea Selatan di seluruh dunia.

Penggiat-penggiat seni perfileman Korea ini bukan sahaja kreatif dalam penulisan dan penghasilan filem, tetapi mereka juga dilihat berani mengambil pendekatan untuk menceritakan kembali kisah-kisah benar yang pernah terjadi di negara mereka.

Hasilnya? Filem-flilem ini akan berjaya menjadi pilihan penonton di seluruh dunia kerana keaslian yang ditonjokan melalui kisah-kisah sebenar ini.

Tidak mahu para pembaca terlepas dan untuk memudahkan anda mencari senarai filem-filem yang diinspirasikan daripada kisah benar yang berlaku di negara itu, kami hari ini  akan menyenaraikan 5 filem yang berbaloi untuk anda tonton bila berbicara mengenai filem-filem Korea ini.

1. Silenced

Filem ini diadaptasikan dari sebuah novel yang berdasarkan kisah benar yang berlaku pada awal tahun 2000. Filem ini menceritakan tentang peristiwa yang berlaku di Gwangju Inhwa School, sebuah sekolah untuk pelajar cacat pendengaran di mana pelajarnya telah menjadi mangsa gangguan seksual oleh anggota sekolah tersebut selama 5 tahun berturut-turut.

2. Hope

Filem yang cukup menyayat hati ini mengisahkan tentang seorang gadis kecil bernama So-won yang diculik, dipukul dan dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya ketika So-won dalam perjalanan ke sekolah. Bagaimanapun, So-won berjaya diselamatkan dan filem ini menceritakan perjalanan kisah bagaimana ibu bapa So-won mencari sinar kehidupan untuk mereka dan juga So-won selepas peristiwa hitam tersebut.

3. 71: Into The Fire

Pada era 50-an, terdapat perang saudara diantara Korea Utara dan Korea Selatan dan pertempuran yang berlaku pada ketika itu merupakan sebuah kisah yang paling diingati dalam sejarah perang Korea. Filem ini menggambarkan kembali peristiwa yang berlaku pada 11 Ogos 1950 di mana pasukan kumpulan 71 pelajar tentera Korea Selatan telah terlibat dan mempertahankan sekolah menengah perempuan P’ohang selama 11 jam.

4. The Case of Itaewon Homicide

Sebelum drama ‘Itaewon Class’ menaikkan lagi nama tempat tersebut, Itaewon pernah gempar dengan kes pembunuhan pada tahun 1997 apabila seorang pelajar Kolej Hongik ditemui dibunuh di francais Burger King di kawasan tersebut. Filem ini menceritakan kembali kes yang dikenali sebagai ‘Kes Pembunuhan Itaewon’ yang pernah mengejutkan rakyat Korea Selatan.

5. Han Gong-ji

Filem ini berdasarkan tentang kisah benar yang pernah menimpa seorang pelajar sekolah yang dirogol secara beramai-ramai oleh 44 orang pelajar lelaki dari sekolah-sekolah yang berbeza. Filem ini diinspirasikan dari skandal pelajar sekolah Milyang yang dibicarakan setahun selepas ia berlaku.

Daripada lima filem diiinspirasikan daripada kisah benar yang telah kami senaraikan ini, filem manakah yang anda pernah tonton sebelum ini?

Adakah anda tahu sejarah atau kisah disebalik filem tersebut sebelum menontonya? Kongsikan!

Sementara itu, ini pula 5 filem seram yang diinspirasikan daripada kisah jenayah sebenar! Klik pada pautan di bawah untuk membaca.

5 Filem Seram Yang Diinspirasikan Daripada Kisah Jenayah Sebenar

6 Drama Korea Yang Menarik Untuk Anda Tonton Sepanjang Bulan Disember Ini

Anda Mungkin Suka