Filem atau drama yang mempunyai genre seram sering mendapat perhatian ramai berbanding filem atau drama berbentuk romantik yang sering kali dilihat mempunyai jalan cerita yang sama.

Jika tanya rata-rata rakyat Malaysia tentang cerita seram dari negara mana yang menjadi pilihan utama mereka, sebahagian daripada mereka pasti akan menjawab negara Thailand. Memang tidak dapat dinafikan filem seram dari Thailand sering menjadi pilihan nombor satu serta mendapat sambutan hangat dari rakyat Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jika sebelum ini kami senaraikan filem Korea paling seram hingga mampu buat anda tidak tidur malam, kali ini kami ingin memperkenalkan pula filem-filem seram Thailand yang pernah terkenal suatu ketika dahulu.

1. The Spirit of Ramayana

Filem seram yang pertama ialah ‘The Spirit of Ramayana‘. Filem ini telah dikeluarkan pada 2019 dan telah berjaya mendapat rating yang tertinggi di IMDb iaitu 8/10. Filem yang diarah oleh Chaiwat Sitalasai ini adalah mengenai seorang wanita yang bernama Mintra yang berumur 24 tahun.

Sejak kecil, Mintra sangat berminat untuk menjadi seorang penari namun kedua ibu bapa beliau menganggap perkara tersebut hanya perkara yang sia-sia. Bagi membuktikan kepada kedua ibu bapanya, beliau telah menyertai sebuah uji bakat bagi sebuah pementasan yang bertajuk “Ramayana”. Beliau ingin memegang watak sebagai Seeda namun beliau tidak berjaya.

Pengarah bagi pementasan tersebut menganggap Mintra terlalu baik untuk memegang watak tersebut malah beliau berasa yang Gina iaitu musuhnya patut memegang watak Seeda. Oleh sebab itu, Mintra telah mengambil keputusan untuk meminta pertolongan hantu bagi membantu beliau. Nak tahu apa jadi seterusnya? Anda haruslah tonton cerita ini.

2. Coming Soon

Anda mesti pernah dengar tentang filem berjudul ‘Coming Soon’ ini bukan? Filem ini agak terkenal pada suatu ketika dahulu kerana adegan di dalam filem tersebut telah berjaya menakutkan penonton. Filem ini menceritakan tentang dua orang operator filem yang bekerja di dalam bahagian pemeriksaan kualiti sesebuah filem. Mereka telah menjumpai sebuah filem yang memaparkan seorang wanita tua bernama Chaba yang menjadi gila akibat kematian seluruh anaknya dalam sebuah kebakaran.

Lebih menakutkan apabila mereka mendapat tahu kemalangan yang terjadi dalam filem yang mereka tonton itu rupanya benar-benar telah berlaku . Selepas mereka tonton filem tersebut, pelbagai peristiwa aneh telah menimpa mereka termasuklah dihantui wanita di dalam filem tersebut.

3. Shutter

https://youtu.be/L6lJKdCzXPY

Filem seram yang dikeluarkan pada tahun 2004 ini merupakan antara filem yang paling menakutkan. Walaupun filem yang berjudul Shutter ini telah dikeluarkan suatu ketika dahulu namun cerita ini masih lagi dianggap seram dan wajib ditonton oleh rakyat Malaysia.

Filem ini mengisahkan tentang sebuah pasangan yang telah terlibat dengan sebuah kemalangan di mana mereka terlanggar seorang wanita namun mereka telah bertindak untuk melarikan diri dari kemalangan tersebut. Setelah mereka pulang dari tempat kejadian, mereka sering diganggu oleh roh wanita tersebut.

4. 4bia

Filem yang seterusnya ini berjudul 4bia atau Fobia. Filem yang dikeluarkan pada tahun 2008 ini mempunyai 4 kisah seram dan kesemua kisah ini saling berkait antara satu sama lain. Antara 4 kisah tersebut ialah Loneliness, Deadly Charm, In The Middle dan The Last Flight.

Kesemua empat kisah seram tersebut mengisahkan tentang mangsa kemalangan, seorang pemuda yang sering dibuli, kisah hantu dan seorang puteri yang sudah lagi tiada.

5. Alone

Filem yang seterusnya ialah filem seram yang berjudul ‘Alone’. Filem ini mengisahkan tentang pasangan kembar siam bernama Pim dan Ploy yang berjanji untuk hidup bersama-sama sampai mati. Pim mempunyai perwatakan yang ceria dan sering membuat orang sekelilingnya gembira namun berbeza dengan kembarnya iaitu Ploy. Ploy mempunyai sifat yang sering mengikut perasaan.

Jadi, pada suatu hari mereka telah menjalani pembedahan bagi memisahkan mereka berdua namun sewaktu pembedahan, Ploy tidak berjaya diselamatkan. Pim akhirnya selamat dan telah membuat keputusan untuk berpindah ke negara Korea.

Namun selepas beberapa tahun, Pim mendapat berita bahawa ibunya sedang sakit tenat jadi Pim mengambil keputusan untuk pulang ke Thailand. Apabila beliau pulang, beliau sering dikacau oleh arwah kembarnya iaitu Ploy.

Jika dilihat filem-filem yang tersenarai, rata-rata filem tersebut mendapat rating yang agak tinggi membuatkan kita tidak sabar untuk lihat filem seram apa lagi yang akan diterbitkan oleh Thailand. Jadi selepas ini anda rasa anda berani tak untuk tonton kesemua filem ini seorang diri?

Baca juga perkongsian kami yang terdahulu mengenai seorang penyanyi yang terkandas di Thailand selama 10 bulan? Baca pada pautan di bawah.

10 Bulan ‘Terkandas’ Di Thailand, Penyanyi Ini Akhirnya Berjaya Pulang Ke Malaysia

Pintu Sempadan Thailand Dilaporkan Bakal Dibuka Kepada Pelancong Dari Semua Negara

Netizen Dakwa Karya ‘Hati Yang Tersakiti’ Tiru Drama Thailand?