Sebut sahaja tentang filem, siapa sahaja yang tidak suka? Lagi-lagi jika filem tersebut bergenre seram. Bukan sahaja mampu memberikan kejutan ketika sedang menonton malah ia akan kekal menjadi perbualan dan ‘rujukan’ bila berbual bersama rakan dan keluarga.

Selain diadaptasi daripada novel, buku, dan sejarawan terkenal, terdapat juga segelintir pembikin filem yang lebih gemar untuk menghasilkan filem berdasarkan daripada kisah sebenar berbanding kisah yang direka dan tidak pernah berlaku di dunia nyata.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mungkin kerana perasaan ingin tahu atau teruja untuk melihat bagaimana sesuatu jenayah itu dilakukan, filem-filem yang diinspirasikan daripada kisah ini akan laris dan kekal menjadi pilihan penonton walaupun telah lama dikeluarkan.

Mengimbau kembali filem-filem seram yang dihasilkan berdasarakan kisah dan kejadian sebenar ini, berikut kami senaraikan beberapa filem yang menjadi pilihan sebahagian besar penonton di seluruh dunia.

1. The Texas Chainsaw Massacre

BeFunky-collage
Sumber: Cult Of Weird

Siapa sahaja yang tidak tahu akan filem yang ditayangkan pada tahun 1974 ini? Mungkin ramai yang tidak tahu tetapi ia merupakan antara filem seram yang diadaptasi daripada kisah pembunuh sebenar- Ed Gein yang disyaki telah melakukan pembunuhan pada tahun 1954 dan 1957.

Walaupun begitu, hanya watak di dalam filem tersebut sahaja yang dihasilkan berdasarkan jenayah yang dilakukan oleh Ed Gein, manakala jalan cerita tersebut pula hanyalah rekaan semata-mata.

Berdasarkan laporan yang diterbitkan di laman Biography, Ed yang terkenal dengan gelaran The Butcher telah dibesarkan oleh ibu yang sering mengawal dirinya. Sejurus elepas ibunya meninggal, kesihatan mental beliau bagaimanapun dilaporkan telah terjejas.

Sewaktu penangkapan beliau pada tahun 1957, penyiasatan ke atas rumahnya mendapati beliau merupakan seorang lelaki mengalami gangguan emosi dan lebih mengejutkan apabila penyiasat turut menjumpai organ manusia, pekaian serta aksesori yang dibuat daripada bahagian badan manusia di rumahnya.

Selain membunuh, Ed Gein juga dikatakan sering melawat tanah perkuburan dan menggali kubur yang mempunyai mayat menyerupai mendiang ibunya.

2. The Amityville Murders

BeFunky-collage (1)
Sumber: Biography

Anda mesti pernah mengetahui akan filem The Amityville Murders yang berkisarkan mengenai keluarga DeFeo yang menghuni rumah Amityville ini.

Filem ini dihasilkan daripada kisah benar yang berlaku pada bulan November 1974 di mana Ronald DeFeo Jr telah membunuh seluruh keluarganya ketika mereka semua sedang nyenyak tidur.

Pembunuhan tersebut berlaku pada jam 3:15 pagi di mana pemuda berusia 23 tahun itu memasuki dari bilik ke bilik dan menembak kedua ibu bapanya dan keempat-empat adik beradik beliau menggunakan senapang kaliber .35.

Menurut portal All Thats Interesting, Ronald membesar dengan sumber kewangan yang mencukupi namun tidaklah sempurna. Ayah beliau difahamkan bersikap dominan dan sering bertindak kasar terhadap ibunya.

Susulan daripada kejadian itu, Ronald mempunyai kesukaran ketika membesar dan sering bergantung kepada ubat dan minuman beralkohol bagi mengatasi masalah yang dihadapi di rumahnya.

3. IT

BeFunky-collage (2)
Sumber: Indie Wire

Apabila bercakap mengenai badut, rata-rata rakyat Malaysia mesti akan mengaitkannya dengan filem seram adaptasi daripada novel Stephen King, IT. Namun begitu, tahukah anda bahawa watak badut di dalam filem tersebut, Pennywise dikatakan diambil berdasarkan kisah sebenar?

Teori paling popular seperti dilaporkan oleh laman web Screen Rant, John Wayne Gacy merupakan pembunuh bersiri dan pesalah seks yang sering berpakaian seperti badut.

Beliau sering dilihat di hospital dengan berpakaian seperti badut dengan nama “Pogo the Clown” atau “Patches the Clown.”

Walaupun begitu, pada 21 Disember 1978, Gacy telah ditangkap dan disabitkan dengan kesalahan atas 33 pembunuhan. Dia dijatuhkan hukuman mati pada 13 Mac 1980, dan menjalani suntikan maut pada 10 Mei 1994.

Teori tersebut telah menyebabkan perdebatan jika Gacy benar-benar mempengaruhi penciptaan watak Pennywise kerana kedua-duanya berpakaian badut dan menjadikan kanak-kanak sebagai sasaran mereka.

Sewaktu Gacy disabitkan dengan pembunuhannya pada tahun 1980, penulis Stephen King bagaimanapun sudah mula menulis IT.

Sama ada benar atau tidak watak berkenaan diinspirasikan daripada kisah tersebut, ianya masih tidak diketahui.

4. A Nightmare On Elm Street

Nightmare_on_Elm_Street_Anniversary
Sumber: Rotten Tomatoes

Filem yang terkenal dan wajib ditayangkan setiap kali tibanya Halloween mestilah filem A Nightmare On Elm Street. Anda pasti terkejut jika kami memberitahu filem ini berdasarkan kejadian sebenar bukan?

Menurut portal Screen Rant, pengarah filem tersebut, Wes Craven telah menjelaskan bahawa beliau mendapat ilham bagi penciptaan watak Freddy Krueger selepas terbaca mengenai sebuah keluarga yang melarikan diri daripada dibunuh di Kemboja.

Setelah melarikan diri ke Amerika Syarikat, anak lelaki dari keluarga tersebut mengalami mimpi buruk di mana sesuatu sedang mengejarnya. Ketakutan itu telah menyebabkan dia takut untuk tidur dan membuatkannya terjaga selama berhari-hari.

Walaupun begitu pada suatu hari, anak lelaki tersebut akhirnya tertidur dan telah menjerit di tengah malam. Apabila ibu bapa beliau tiba di biliknya, kanak-kanak tersebut bagaimanapun sudah meninggal dunia.

Kanak-kanak lelaki berkenaan difahamkan telah meninggal dunia ketika tidur dimana beliau dipercayai mengalami mimpi ngeri yang menakutkan. Tragedi tersebut kemudiannya difahamkan telah menjadi tema utama bagi filem A Nightmare di Elm Street, dan penjahatnya Freddy Krueger.

5. Scream

BeFunky-collage (3)
Sumber: Nerdist

Semua pasti ingat akan filem yang berjudul Scream bukan? Ramai yang tidak tahu tetapi filem Scream ini sebenarnya dihasilkan berdasarkan kejadian sebenar yang berlaku pada tahun 1990 di Florida.

Menurut portal Screen Rant, pembunuh sebenar adalah Danny Rolling atau dikenali sebagai “Gainesville Ripper”. Beliau telah membunuh lima pelajar dalam tempoh empat hari pada bulan Ogos tahun 1990. Namun, Rolling telah ditangkap setelah dikaitkan dengan pembunuhan yang sebelumnya di Louisiana.

Pengarah filem tersebut, Kevin Williamson telah menyatakan bahawa dia sedang menonton televisyen mengenai “Gainesville Ripper” ketika dia melihat salah satu tingkap di rumahnya terbuka. Pada mulanya, dia berasa takut memikirkan betapa mudahnya seorang pembunuh untuk masuk tetapi hasil ketakutan beliau itu kemudiannya berubah menjadi sebuah inspirasi.

Pengarah dan penulis filem-filem ini ternyata sangat berbakat dan mencipta adegan-adegan yang menyeramkan membuatkan pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh penonton.

Bukan sahaja mampu berkongsikan pengalaman dan inspirasi seram kepada penonton tetapi mereka juga seakan-akan berjaya menceritakan kembali kejadian-kejadian yang berlaku ini dengan sangat terperinci.

Jadi, ada yang berani untuk menonton semula selepas mengetahui filem- filem ini berdasarkan perkara sebenar? Atau adakah anda lebih teruja untuk mengetahui kisah-kisah di sebalik filem ini dan menerokainya dengan lebih mendalam.

Baca juga kisah lelaki ini yang terkandas di lapangan terbang selama bertahun-tahun seperti yang pernah dimuatkan dalam filem The Terminal sebelum ini melalui pautan di bawah. 

Kisah Sebenar Lelaki ‘The Terminal’ Yang Terkandas Di Lapangan Terbang Selama 18 Tahun

Cantik Tetapi Psiko, Kisah Di Sebalik Gadis Berbaju Penjara Yang Tular Di Media Sosial

10 Kejadian Jenayah Yang Sempat Dirakam Google Earth