Apple baru sahaja melancarkan kemaskini sistem operasi terbaru buat MacOS. Untuk pengetahuan anda nama MacOS dipilih menggantikan OS X untuk menyeleraskan penggunaan nama sistem operasi Apple termasuk iOS dan WatchOS.

Terdapat beberapa perubahan yang dilakukan Apple pada sistem operasi terbaru mereka iaitu MacOS Sierra untuk meningkatkan lagi ekosistem produk Apple. Berikut merupakan 5 fungsi yang pada kami sangat menarik mengenai MacOS Sierra:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
  1. Siri

siri-macbook

Boleh dikatakan perubahan terbesar buat MacOS pada kali ini adalah dengan adanya Siri. Dengan adanya Siri pada MacOS menjadikan Siri kini tersedia buat semua produk Apple termasuk Apple AirPods.

Intergrasi terbaru daripada Siri membolehkan pengguna bertutur dalam Bahasa Melayu serta mengarahkan Macbook anda melakukan kerja-kerja tertentu hanya dengan memberi arahan.

2. Apple Pay

apple-pay-on-the-web

Mungkin tidak terlalu digunakan secara meluas di Malaysia setakat ini namun Apple Pay sememangnya awesome.

Pembayaran kini lebih mudah menggunakan iPhone, iPad dan Apple Watch dengan menggunakan Touch ID untuk mengaktifkan pembayaran. Hadirnya Apple Pay pada MacOS membuatkan pembayaran melalui atas talian bakal lebih mudah.

3. iCloud

icloud-drive

MacOS Sierra membolehkan anda mengakses fail yang sama seperti home device anda. Dalam erti kata lain, anda dapat terus akses fail di iMac yang berada di tempat kerja seterusnya beralih kepada fail yang terdapat pada Macbook Pro anda secara terus. Oh ya, pastikan internet anda cukup laju untuk membolehkan data sync yang baik.

Bukanlah perkara yang baru sebaliknya dapat dilakukan secara manual melalui Google Drive dan Dropbox. Namun, jika fail ini berjaya diakses dengan mudah dan automatic pastinya tampak lebih cool bukan?

4. Messages Versi Terbaru

messages

Setelah iOS telah menerima kemaskini pada iMessage, nampaknya MacOS Sierra juga tidak mahu terlepas. Boleh dikatakan segala fungsi yang terdapat pada iMessage telah dipindah ke MacOS Sierra serta disesuakan untuk versi destop.

5. Continuity

apple-continuity-1

Fungsi yang sudah terdapat buat OS X El Capitan dan kini ditambah baik bak kata John Ive ‘and now it is better than ever’.

Continuity merupakan sebuah fungsi dimana anda dapat mengakses dokumen secara pantas menggunakan peranti iOS dan OS X. Anda boleh mula menulis pada Macbook anda dan habiskan di iPhone anda dengan mudah.

Apple turut menambah fungsi terbaru pada Continuity dan salah satu daripada membolehkan anda copy teks anda pada peranti lain dan paste secara terus melalui peranti iOS anda. Futuristik bukan?

macOS Sierra ini menyokong komputer Macbook 2009 dan terkini, Macbook Pro 2010 dan terkini, Macbook Air 2010 dan terkini, iMac 2009 dan terkini dan juga MacPro 2010 dan terkini.

Sudahkah anda menggunakan sistem operasi terbaru daripada Apple? Berdasarkan review awal daripada pengguna, didapati versi yang baru sahaja diumumkan Apple masih mempunyai beberapa bug dan bakal dikemaskini tidak lama lagi.

Sumber