Umum tahu, hari ini telah berlangsungnya jualan 10.10 dimana pelbagai laman e-dagang telah menjalankan promosi dalam menawarkan deal terbaik buat para pelanggan.

Bermula daripada barangan makanan dan minuman seperti Milo dan Nescafe sehinggalah kepada kereta semuanya ditawarkan secara meluas melalui beberapa laman e-dagang ternama. Dalam pada itu, pada kali ini kami ingin membantu anda dalam mendapatkan gadget dengan harga berbaloi sempena jualan 10.10 yang berlangsung.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Xiaomi Redmi Powerbank 20,000mAh Fast Charging 18W

Screenshot 2020-10-10 at 1.31.43 PM

Apabila membincangkan soal gadget dengan harga yang berbaloi untuk dimiliki, pastinya jenamanya Xiaomi tidak akan terlepas untuk disenaraikan. Khas buat anda yang kerap berada di luar serta tidak sempat untuk mengecas telefon pintar, Xioami menerusi jenama Redmi telah memperkenalkan powerbank baharu dengan kapasiti 20,000mAh.

Tidak hanya hadir dengan kapasiti bateri yang besar, penawraan fast charging sehingga 18W membolehkan anda mengecas telefon pintar anda sehingga 5 kali pengecasan penuh dengan pantas. Menyoal dari segi harga, Xiaomi cuma menawarkannya dengan harga serendah RM55.90 sahaja. Serius berbaloi! Klik di sini untuk mendapatkannya.

2. realme Band

Screen Shot 2020-10-10 at 3.08.39 PM

Mula dilancarkan pada pertengahan tahun lalu, realme Band nampaknya semakin tempat di kalangan pengguna menerusi penawaran fungsi serta harganya yang berbaloi.

Model ini sesuai digayakan utnuk penggunaan harian, kasual mahupun ketika bersukan. realme Band sebelum ini ditawarkan pada harga RM129, namun ketika ini anda boleh dapatkannya pada harga serendah RM79 sahaja.

3. Xiaomi Mi TV Stick

Screen Shot 2020-10-10 at 3.07.44 PM

Jika sebelum ini para pengguna perlu mendapatkan Android box untuk membolehkan TV beroperasi bagai Smart TV, kini tidak lagi. Para pengguna hanya perlu masukkan Mi TV Stick Stick dan sistem Android TV akan terus terpapar pada TV anda.

Menerusi Xiaomi Mi TV Stick, Para pengguna berpeluang mengakses pelbagai servis penstriman serta memuat naik aplikasi yang diinginkan dengan mudah. Butang Netflix yang tersedia pada remote model ini pastinya memudahkan anda untuk menonton laman penstriman popular ini. Klik di sini untuk mendapatkannya dengan harga serendah RM129 sahaja.

4. Xiaomi Mi 10T Pro

Screen Shot 2020-10-10 at 3.06.39 PM

Sekiranya anda sedang mencari telefon pintar terbaik pada harga bawah RM2,000, Xiaomi Mi 10T Pro adalah jawapannya. Tidak hanya hadir dengan skrin yang penuh pada bahagian hadapan dengan saiz skrin 6.67-inci, model ini turut ditawarkan dengan refresh rate sehingga 144Hz.

Mengulas dari segi spesfikasi, Xiaomi Mi 10T Pro hadir dengan processor Snapdragon 865 dan turut dilengkapi bersama RAM 8GB dan 128GB ruang storan. Penawaran kamera sehingga 108-megapixel pastinya sudah lebih daripada cukup buat sebahagian besar pengguna dalma mendapatkan gambar yang baik di setiap foto yang diambil.

Bersempena dengan jualan 10.10 yang sedang berlangsung, anda berpeluang mendapatkan model ini dengan harga serendah RM1,999 sahaja beserta hadiah percuma iaitu MI True Wireless Earphones 2 Basic. Sememangya sangat berbaloi berdasarkan spesifikasi yang ditawarkan. Klik di sini untuk mendapatkannya.

5. Samsung Galaxy Note 20 Ultra

Screen Shot 2020-10-10 at 3.05.05 PM

Baru sahaja dilancarkan dua bulan dahulu dengan harga RM5,199, kini para pengguna sudah berpeluang mendapatkannya dengan potongan diskaun sebanyak RM1,000.

Mengulas mengenai Samsung Galaxy Note 20 Ultra, model ini disasarkan buat mereka yang mahukan sebuah telefon pintar bersaiz besar, pentingkan stylus serta mahukan yang terbaik dari setiap aspek baik dari prestasi, spesifikasi mahupun kamera.

Sekiranya anda seorang pengguna tegar telefon pintar dengan sistem operasi Android atau peminat Samsung, kami yakin anda pasti suka dengan model ini. Klik di sini untuk mendapatkannya dengan harga serendah RM4,199 sahaja. Oh ya, para pengguna juga berpeluang mendapatkannya secara ansuran selama 12 bulan.

Ketahui juga 10 barangan viral di TikTok yang pastinya sangat berguna untuk anda dapatkan. Klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

10 Barangan Viral Di TikTok Yang Berguna Untuk Anda Beli Sempena Jualan Hebat 10.10

Telefon Pintar Paling Berbaloi Bawah RM2,000 Sedia Tawarkan TV 55-Inci Secara Percuma