Memandangkan hari ini heboh dengan jualan 9.9, Lazada ternyata tidak melepaskan peluang untuk mengadakan promosi hebat. Dalam erti kata lain, masa untuk anda shopping di Lazada kembali lagi dengan lambakan potongan harga sehingga 70% untuk barangan yang terpilih! Wow!

Tidak kira sama ada barangan makanan seperti Milo dan Nescafe sehinggalah kepada barangan elektronik dan TV semuanya dijual dengan harga promo.

Screenshot 2019-09-10 at 4.17.40 PM
HYPE
Jangan Kelipkan Mata Anda Dan Cari Apa Yang ‘Tersembunyi’ Untuk Menangi SAMSUNG S10 Plus
Baca lagi →

Dalam pelbagai kategori, kami tertarik untuk mengulas dengan lebih lanjut mengenai smartphone yang ditawarkan dengan harga promosi sempena sale Lazada pada kali ini. Berikut kami kongsikan 9 barangan yang berbaloi anda dapatkan melalui promosi masa singkat ini.

1. Xiaomi AirDots

Screen Shot 2019-09-09 at 5.19.56 PM

Umum tahu Xiaomi merupakan sebuah jenama yang menawarkan pelbagai barangan elektronik dan telefon pintar dengan harga berbaloi. Kualiti yang ditawarkan yang baik membuatkan jenama ini menjadi pilihan ramai.

Menerusi keluaran Xiaomi Redmi AirDots, jenama ini dilihat untuk menjadi pencabar Apple AirPods dengan menawarkan earphone tanpa wayar dengan harga mampu milik. Langkah Xiaomi dilihat berjaya setelah AirDots berjaya terjual sebanyak 1 juta unit dalam satu bulan.

Screen Shot 2019-09-09 at 5.20.17 PM

Mengulas dari segi kualiti, model ini menawarkan berjaya menawarkan kualiti bunyi yang baik. Sama ada anda ingin gunakan untuk kegunaan bersukan atau mendengari muzik irama EDM atau klasik, Xiaomi AirDots berjaya menawarkannya dengan baik.

Seperti model-model lain keluaran Xioami, penawaran harganya yang membuatkan orang ramai teruja. Mula diperkenalkan dengan harga RM87 yang pada kami sudah berbaloi untuk didapatkan, kini bersempena dengan jualan 9.9 Lazada, Xiaomi AirDots telah ditawarkan dengan harga serendah RM56.50 sahaja. Klik disini untuk mendapatkannya.

2. Xiaomi Mi Band 4

8bits-Se-filtran-primeras-imágenes-del-Xiaomi-Mi-Band-4–1200×781

Sebuah lagi aksesori Xiaomi yang hangat didapatkan orang ramai sudah pastinya Xiaomi Mi Band 4. Mula menjadi rebutan pada model sebelumnya, menerusi model ini Xiaomi telah membuatkan beberapa pembaharuan terbaru.

Melalui band ini, para pengguna bakal mengetahui dengan lebih terperinci mengenai kitaran tidur, pengimbas nadi serta status kesihatan. Lebih menarik, model terbaru ini disertakan dengan skrin AMOLED.

Mi Band 4 mula ditawarkan di Malaysia secara rasmi dengan harga RM159. Walau bagaimanapun, sekiranya anda mencari altenatif dengan harga yang lebih rendah anda boleh dapatkan Xiaomi Mi Band 4 set import dimana ianya ditawarkan dengan harga serendah RM89 sahaja melalui jualan 9.9 Lazada.

3. Apple iPhone XR

iPhpone-XR-unboxings

sumber: idownloadblog

Hampir setahun dilancarkan secara rasmi, Apple iPhone XR berjaya menjadi antara model yang menjadi pilihan orang ramai pada tahun ini. Menawarkan telefon pintar dengan sistem operasi terkini, serta spesifikasi yang baik antara yang membuatkan iPhone XR menjadi pilihan.

Menerusi promosi pertengahan tahun Lazada, Apple iPhone XR buat julung-julung kalinya ditawarkan dengan harga diskaun. Lebih menarik, harga yang ditawarkan sememangnya sangat berbaloi untuk didapatkan lebih-lebih lagi buat anda yang sudah lama mengidamkannya.

Apple iPhone XR yang hadir dengan RM3,599 kini mula ditawarkan secara diskaun sebanyak RM600 dimana anda boleh mendapatkannya dengan harga permulaan RM2,999 sahaja. Klik disini untuk mendapatkannya dengan harga promosi.

4. Huawei P30 Pro

AndroidPIT-huawei-p30-pro-front-camera-l3tg2-1200×675

Berjaya dinobatkan sebagai telefon pintar dengan kamera terbaik sewaktu dilancarkan berjaya membuatkan telefon pintar ini menjadi mereka yang mahukan gambar yang terbaik disetiap imej yang diambil.

Selain itu, model ini turut dilengkapi dengan processor terbaru serta 8GB RAM dan 128GB ruang storan. Penawaran tiga kamera yang membolehkan orang ramai zoom sehingga 50x membuatkan model ini menjadi pilihan ramai disamping warnanya yang memukau.

Mula dilancarkan pada awal tahun lalu dengan harga RM3,599, Huawei P30 Pro kini sedia didapati dengan harga RM2,999 sahaja. Sememangnya pilihan yang berbaloi sekiranya anda mahukan gambar yang menarik dengan sentuhan Leica. Klik disini untuk mendapatkannya dengan waranti satu tahun daripada LazadaCare Plus.

5. Samsung Galaxy Note 10+

Samsung-Galaxy-Note-10

sumber: Cnet

Baru sahaja dilancarkan bulan lalu, Samsung Galaxy Note 10+ sudah mula ditawarkan secara diskaun menerusi jualan 9.9 Lazada.

Hadir dengan skrin 6.8-inci beserta stylus membuatkan telefon pintar mudah digunakan khususnya buat mereka yang kerap menulis. Dari segi spesifikasi, Samsung Galaxy Note 10+ dilengkapkan dengan processor Exynos 9825, 12 GB RAM, ruang storan 512GB UFS 3.0 dan kapasiti bateri 4,300 mAh.

Tidak hanya memfokuskan kepada skrin dan spesifikasi, Samsung turut menawarkan kemaskini terbaru bagi kamera model keluaran terbaru mereka. Kamera Note 10+ hadir dengan gabungan sensor 12-megapixel, 16-megapixel, 12-megapixel dan 3D TOF Megapixel. Model ini hadir dengan kamera utama, kamera ultra wide dan lensa zoom.

Telefon pintar Android terbaik ketika ini mula dilancarkan pada bulan lalu dengan harga RM4,199 namun kini ia ditawarkan dengan diskaun sebanyak RM500 membolehkan anda mendapatkannya dengan harga RM3,699 sahaja. Klik disini untuk mendapatkan model paling berkuasa daripada Samsung ketika ini.

Kami kongsikan kepada anda beberapa review artikel produk yang kami sebutkan. Klik pautan dibawah untuk membacanya.

Samsung Lancarkan Note 10 Dan Note10+ Dengan Harga Bermula Daripada RM3,699

Tonton Review Samsung Galaxy Note 10+ Yang Menjadi Idaman Ramai

Huawei P30 Pro, Telefon Pintar Dengan Kamera Terbaik Pernah Dihasilkan

 

Anda Mungkin Suka