Tahukah anda berapa gaji yang ditawarkan Facebook buat pekerja-pekerjanya?

Syarikat yang bermula pada tahun 2004 ini yang pada mulanya hanya membuka pendaftaran buat pelajar Harvard sahaja telah membuka pendaftaran buat orang ramai pada tahun 2006 dan semakin menjadi fenomena buat rakyat Malaysia sekitar tahun 2008 sehingga kini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

gensler_facebook_1259

Kami yakin banyak pekerja yang diperlukan untuk memperkembangkan lagi syarikat ini bagi menampung pengguna yang ramai serta konsisten menyediakan fungsi terbaru buat pengguna.

Kami kongsikan 5 pekerjaan buat jurutera yang ada di Facebook dengan gaji tahunan tertinggi berdasarkan data yang diperolehi daripada Glassdoor.

1. Engineering Manager: Gaji yang ditawarkan $166,561 (RM697,640.75)

Engineering manager tampil sebagai pekerjaan dengan gaji tertinggi buat di Facebook. Tugas mereka adalah membimbing beberapa kumpulan jurutera bagi memastikan kerja di dalam bidang tertentu dapat dijalankan dengan baik.

2. Senior Software Engineer: Gaji yang ditawarkan $160,368 (RM671,701.37)

406657_10150516350312200_1393786216_n

Jika membincangkan tentang syarikat IT sudah pasti kemahiran jurutera perisian antara yang paling dititikberatkan. Gaji yang ditawarkan buat senior software engineer adalah $160,368 bersamaan RM671 621.28

3. Software Engineer: Gaji yang ditawarkan $156,546 (RM655,692.92)

Nampaknya jurutera perisian sememangnya diutamakan oleh Facebook. Apa yang membezakan jurutera perisian pada no.2 dan no.3 adalah pengalaman yang ada di dalam industri ini. Dalam pada itu, untuk dipilih sebagai seorang jurutera perisian di Facebook seseorang itu haruslah mempunyai pengalaman di dalam bidang ini sekurang kurangya 8 hingga 10 tahun.

4. Product Manager: Gaji yang ditawarkan $147,469 (RM609,423.016)

Tahukah anda ketika ini, Facebook berminat untuk mencari product manager dengan lebih lagi bagi memastikan lebih banyak fungsi dapat ditawarkan buat pengguna dengan cepat.

Antara fungsi terbaru daripada Facebook iaitu variasi butang like adalah hasil daripada pasukan product manager.

5. Technical Program Manager: Gaji yang ditawarkan $146,282 (RM604,517.679)

Tugas technical program manager hampir sama dengan product manager iaitu menawarkan fungsi-fungsi terbaru buat pengguna. Apa yang membezakan product manager dengan technical program manager adalah product manager lebih memfokuskan dari segi design dan penyampaian manakala technical program manager lebih tertumpu kepada coding.

Apa yang lebih mengejutkan kami adalah gaji yang dinyatakan di atas hanyalah gaji pokok tahunan tanpa melibatkan sebarang bayaran bonus.

Adakah anda rasa releven dengan gaji yang ditawarkan di Facebook? Kongsikan dengan kami pada ruangan komen di bawah

Sumber