Melaka merupakan antara destinasi pilihan pelancong dalam dan juga luar negara. Kenapa? Ini kerana Melaka adalah sebuah negeri yang dikenali dengan pelbagai tarikan pelancongan bersejarah diiktiraf dunia.

Malah, jika kita lihat bangunan di Melaka banyak dipengaruhi oleh seni bina dari British, Portugis dan Belanda. Tidak cukup sehari untuk berjalan-jalan sekitar Melaka, maka anda perlukan tempat penginapan.

Tidak tahu hotel mana yang murah tetapi tampil dengan service terbaik? Kami akan listkan 5 hotel mewah tapi murah di Melaka.

1. The Shore Hotel & Residences

1239350_16061409380043522702
Sumber: Agoda

The Shore Hotel & Residences ini terletak di tengah-tengah bandar Melaka. Lokasinya yang strategik akan memudahkan anda untuk melawat ke tempat-tempat bersejarah yang berada berdekatan. 

1239350_16060711170043221571
Sumber: Google

Malah, hotel ini merupakan hotel 4 bintang tetapi harga yang ditawarkan tidaklah terlalu mahal iaitu bermula daripada RM113 sahaja untuk satu malam. Selain daripada menawarkan rekaan yang cantik, tetapi hotel ini juga memiliki kemudahan kolam renang dan anda boleh melihat keindahan bandar Melaka dari kolam renang tersebut.

2. Hotel Hatten Place

339437_15082410180034885047
Sumber: Google

Hotel Hatten Place adalah sebuah hotel 5 bintang yang sangat cantik dan dapat dilihat kemewahan dan keunikan rekaan dalaman hotel ini. Malah, lokasinya yang berada di tengah-tengah bandar Melaka pasti menjadi pilihan ramai pengunjung.

339437_15082410020034883498
Sumber: Agoda

Menariknya, terdapat kolam renang infiniti yang bakal membuatkan anda terpesona dengan keindahan bandar Melaka. Harga penginapan di sini bermula daripada RM127 untuk satu malam.

3. Imperial Heritage Hotel

889851_17063016240054187784
Sumber: Google

Imperial Heritage Melaka ini tampil dengan rekaan hotel yang moden dan terletak berhampiran pusat bandar. Hotel ini merupakan hotel 4 bintang dan pastinya mewah.

889851_15082810290035250671
Sumber: Agoda

Malah, anda akan dapat melihat keindahan bandar Melaka melalui tingkap bilik anda jika menginap di hotel ini. Harga untuk satu malam bermula daripada RM135 sahaja.

4. Riviera Suite Hotel 

e46e8e7307bc9780d879e9fa713aac54
Sumber: Agoda

Lokasi Riviera Suite Hotel ini terletak di tengah bandar Melaka. Pastinya lokasinya yang strategik menjadi pilihan ramai orang kerana akan memudahkan anda untuk bergerak melawat tempat-tempat tarikan berdekatan.

79b444c7b884880ee4a7eb69a7531718
Sumber: Agoda

Rekaan yang ditampilkan sangat ‘vintage’ dan terdapat kolam renang di hotel ini. Jika anda ingin menginap di sini, harga yang ditawarkan adalah bermula daripada RM114 sahaja untuk satu malam.

5. Temasek Hotel

f9496132d1055b753b2d82aa6373c94a
Sumber: Google

Temasek hotel ini tampil dengan rekaan yang unik dan cantik. Malah, lokasinya terletak di tengah bandar mungkin akan menjadi pilihan penginapan anda.

25f6a3b97c6176520e2b7c236bead35f
Sumber: Google

Malah, pelbagai kemudahan yang disediakan dan antaranya adalah kolam renang. Harga penginapan di sini bermula daripada RM160 untuk satu malam.

Menarik tak hotel-hotel yang dinyatakan? Bukan sahaja cantik tetapi juga murah dan sangat berpatutan dengan harganya. Jadi, sudah tiada masalah tidak tahu ingin menginap di mana jika ke Melaka selepas ini.

Anda boleh menempah penginapan ini melalui pelbagai laman web seperti Agoda, Trivago, Booking.com dan Oyo. Jika anda belum berdaftar dengan Booking.com, anda boleh dapatkan diskaun sebanyak 10% jika mendaftar menggunakan kupon code 3FD90EE3 ini.

Adakah anda tahu 5 hotel terbaik di Kuala Lumpur? Baca artikel di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

5 Hotel Terbaik Dengan Kolam Renang Berlatar Belakangkan KLCC

5 Hotel Di Malaysia Yang Sangat Unik Dan Bersejarah

Ini Tip & Trik Tempah Hotel Dengan Harga ‘Murah’ Anda Perlu Tahu