“Papa, mama bosanlah duduk rumah cuti sekolah ini. Jomlah jalan-jalan”. Rasanya inilah ayat yang paling kerap didengar apabila tibanya cuti sekolah. Pada masa ini jugalah, ibu bapa sudah mula dilema nak bawa anak berjalan ke mana.

Kena pulak cuti panjang kita tidak approve, memang cancel lah plan nak bawak keluarga bercuti. Siapa kata nak hiburkan anak-anak kena bawak bercuti jauh-jauh. Ini kami kongsikan idea buat anda yang buntu!

Bas Smart Selangor Cover
HYPE
Patutkah Caj RM1 Dikenakan Buat Warga Asing Yang Naik Bas SMART Selangor?
Baca lagi →

Movie day!

mbo1

Sumber: Rojakdaily

Hujung-hujung tahun ini, memang banyak sangat filem kartun yang akan keluar di pawagam. Apa kata pada hujung minggu anda luangkan masa dan bawa anak-anak tonton wayang. Mesti mereka teruja dapat tonton filem kartun kegemaran mereka.

Lagi bagus kalau anda jadikan aktiviti ini sebagai aktiviti mingguan. Anak-anak gembira, anda pun lagilah gembira!

Parti sleepover!

Kids-Spa

Sumber: ShahidaShukri

Zaman sekarang ini nak biarkan anak-anak keluar dengan kawan-kawan tanpa pengawasan kita macam bahaya pula kan. Jadi apa kata anda jemput kawan-kawan mereka datang rumah dan berparti!

Kalau nak lagi meriah, anda set lah apa-apa tema yang menarik macam tema baju tidur ke, tema princess atau tema bola dan buat pelbagai aktiviti seperti manicure, pedicure atau movie night. Mesti anak anda dan kawan-kawan dia seronok sangat!

Petik buah di dusun

mandi-sungai

Sumber: Umpan

Selalunya apabila cuti sekolah, bukan anak-anak sahaja yang cuti, ibu bapa pun akan ambil cuti panjang. Masa inilah nak balik kampung lama-lama. Dah alang-alang balik kampung tu, bawalah anak-anak anda pergi dusun dan mandi sungai.

Yelah, kalau dekat bandar memang susahlah nak dapat peluang macam ini. Sambil-sambil itu, bolehlah ajar anak anda kenal buah-buah tempatan yang ada kat dusun tu.

Jom buat projek DIY!

unforgettable-cute-girls-bedrooms-pictures-concept-home-design-bedroom-ideas-for-little

Sumber: Impiana

Sebenarnya, kat rumah pun anda boleh cipta pelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk anak anda. Contohnya, makeover bilik tidur anak ke, cat rumah, bertukang dan macam-macam lagi aktiviti. Anda buka sahaja YouTube atau Pinterest dan tiru sahaja projek-projek DIY yang sedia ada.

Selain dapat tingkatkan skil anak-anak, bonding antara anda anak-beranak pun dapat dieratkan!

Nak lagi best, jom ke Sunway Lagoon dan jumpa Captain Quack!

Screen-Shot-2019-11-26-at-5.17.21-PM-671×282

Sebut sahaja Sunway Lagoon, mesti anda sudah terbayang tengah bermandi manda di taman tema air terbesar di Malaysia ini, bukan? Kalau anda nak tahu, bermula 23 November sehingga 31 Disember 2019 ini, Sunway Lagoon akan mengadakan pelbagai aktiviti menyeronokkan buat anak-anak anda!

Antara aktiviti yang diadakan adalah:

Cupcake Decoration Workshop

Cupcake-Decorating-2

Saving The Magical Stones

Magical-Stone-1

Hop Scotch

Hopscotch-2

Giant Soapy Bubbles

Giant-Soapy-Bubbles-1

Acro-BATS

Untitled-design-1-1

Water Zorb Balls

Zorb-Ball-2

Kiddie Paddle Boats

Kiddie-Paddle-Boat-1

Take Home Garden

Untitled-design-4-2

Wah, bestnya semua aktiviti ini! Mesti anak-anak anda terhibur sangat. Silap-silap taknak balik!

Bukan itu sahaja, di sana nanti, ada juga pelbagai maskot comel Sunway Lagoon seperti Captain Quack & Friends dan juga persembahan seperti Carnival Circus Special, ATV Stunt Show, Viral Load dan Beach Party. Mesti meriah sangat nanti!

giphy

Harga tiket mahal ke? Jangan risau, ada promosi istimewa ini!

Anda yang risau tentang harga tiket jangan risau. Lap peluh anda kerana sempena cuti sekolah dan Hari Krismas akan datang ini, Sunway Lagoon akan mengadakan promosi hebat dengan harga tiket yang sangat berpatutan dan berbaloi.

Pakej FAMFun RM 482 (NP: RM 744)
Tiket masuk untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak

Pakej 4 To Go RM 532 (NP: RM808)
Tiket masuk untuk 4 dewasa
*sah hanya untuk pembelian online dengan kad pengenalan sahaja

Kalau anda ingin beli tiket masuk sahaja pun boleh. Anda beli sahaja online dan nikmati diskaun RM5! Tiket masuk Sunway Lagoon untuk dewasa adalah RM138, manakala kanak-kanak Rm113 sahaja.

Apa tunggu lagi, jom jadikan cuti sekolah ini antara kenangan yang tidak dapat dilupakan buat anak anda dan nikmati pengalaman yang menyeronokkan di Sunway Lagoon! Untuk maklumat lanjut tentang harga tiket dan promosi terkini, layari sunwaylagoon.com

Tahukah anda bahawa Taman Tasik Titiwangsa bakal dibuka semula setelah ditutup setahun? 

Setelah Ditutup Hampir Setahun, Taman Tasik Titiwangsa Bakal Dibuka Semula

Train To Busan Antara Tarikan ‘Awesome’ Terbaharu Di Genting Highlands Yang Anda Wajib Cuba

Pasar Vietnam Terbesar Bakal Dibuka Di Malaysia Pada Tahun Depan

Anda Mungkin Suka