Udang antara makanan laut yang digemari sesiapa sahaja, termasuk orang yang alah dengannya. Siap standby ubat dan sanggup terima akibatnya. Siapa macam ini? Baik mengaku. Hehe.

Tekstur udang kenyal dan baunya tidak begitu hanyir berbanding hidupan laut yang lain. Ia juga mempunyai saiz yang berbeza dari sehalus jari bayi hingga dua jari orang dewasa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apabila dimasak, harum semerbak. Wangi. Bukan sahaja dijadikan lauk-pauk, udang turut jadi bahan utama kuih-muih, dan makanan ringan seperti keropok dan udang celup tepung.

Dah sembang bab udang ini tak lengkap rasanya tanpa mencadangkan menu udang yang mudah disiapkan oleh anda. Yang pastinya ia mengiurkan anda dengan kelazatan yang bakal dihidang.

1. Udang Goreng Bawang Putih

Gambar: Steamy Kitchen

Bahan-bahan:
Udang yang dibuang kulit, kepala dan ekor serta urat tengah, kepingan lada (pepper flakes), bawang putih cincang, serbuk paprika, lada sulah, jus lemon, minyak zaitun dan daun parsli cincang.

Cara masak:
1. Panaskan minyak zaitun, tumiskan kepingan lada. Kemudian masukkan bawang putih. Tumis hingga harum. Masukkan udang. Gaul rata.
2. Masukkan pula serbuk paprika, lada sulah, jus lemon dan daun parsli. Kacau hingga semua perencah menyalut udang dan tutup api.
3. Udang sedia dihidang!

Tip:
1. Elak memasak udang lebih daripada 3 minit, jika tidak, udang menjadi liat.
2. Bawang putih boleh dilebihkan sedikit untuk lebih enak dan beraroma.
3. Mahu lebih pedas, boleh lebihkan kepingan lada atau lada sulah.

2. Salad Dengan Udang Grill

Gambar: MyRecipes. Food Stylist: Marian Cooper Cairns; Prop Stylist: Claire Spollen & Lindsey Lower.

Bahan-bahan salad:
Mayonis, parutan kulit lemon, jus lemon, lada hitam, Dijon mustard, minyak zaitun,daun salad Romaine.

Cara sediakan salad:
Masukkan semua bahan (kecuali daun salad) ke dalam mangkuk dan kacau sebati. Kemudian masukkan daun salad Romaine dan gaul rata.

Bahan untuk udang grill:
Udang yang telah dibersihkan, dibuang kepala, kulit dan urat tengah, minyak zaitun.

Cara grill udang:
Gaulkan udang dengan minyak zaitun. Susunkan udang di atas grill pan yang telah dipanaskan. Panggang setiap bahagian selama 1.5 minit dan angkat. Susunkan di tepi salad.

3. Kari Merah Thai Bersama Udang – Inspirasi Jamie Oliver

Gambar: iResipi

Bahan-bahan pes (dikisar semuanya):
Serai, tomato puri, lada benggala panggang, daun ketumbar, daun limau purut, halia, bawang putih, sos ikan, kicap manis, minyak zaitun.

Bahan-bahan lain:
Udang yang dibersihkan, dibuang kepala, kulit dan ekor, sweet snap pea, pati santan.

Cara masak:
Tumiskan pes hingga harum. Kemudian masukkan udang. Kacau pes dan udang hingga mesra, masukkan sweet snap pea. Kemudian masukkan pati santan. Kecilkan api dan biarkan mendidih sebentar. Sedia dihidang.

Tip:
1. Tidak perlu masukkan garam kerana sudah menggunakan kicap manis dan sos ikan dalam pes.
2. Setelah masukkan santan, kacau selalu untuk elak santan pecah minyak.

4. Spaghetti Olio Udang

Gambar: The MadCook Journals

Bahan-bahan:
Spagheti, mentega, minyak zaitun, bawang Holland dipotong dadu, bawang putih cincang, lada benggala dipotong dadu, cendawan Portobello dipotong dadu, udang yang dibuang kepala dan kulit, garam, serbuk lada hitam, daun parsli cincang.

Cara masak:
Spagheti dimasak al dente, ditos dan diketepikan. Cairkan mentega dalam kuali. Tambahkan minyak zaitun. Tumis bawang Holland, bawang putih, lada benggala dan cendawan Portobello. Bila semua bahan sudah lembut dan layu, masukkan udang. Gaul rata hingga udang masak. Tambahkan garam dan serbuk lada hitam. Akhir sekali masukkan spagheti dan gaul mesra. Taburkan daun parsli cincang sebelum dihidang panas-panas.

5. Udang Goreng Tepung

Gambar: New World

Bahan-bahan:
Udang yang dibuang kepala, kulit dan ekor, tepung pelbagai guna, tepung jagung, serbuk penaik, garam, lada sulah, putih telur dan minyak masak.

Cara masak:
Keringkan udang dengan tisu dapur dan ketepikan. Gaulkan semua bahan lain untuk buat bancuhan tepung. Kemudian celupkan udang satu persatu ke dalam bancuhan tepung lalu digoreng ke dalam minyak sederhana panas.

Terus menggoreng hingga berwarna keemasan. Angkat dan tos. Taburkan garam, lada sulah, cili merah dan daun bawang. Gaulkan semuanya sebelum dihidang bersama sos cili Thai.

Selamat Mencuba!