Setiap kali 1 April, pastinya ada sahaja jenaka April Fool yang dibuat. Bukan sahaja tertakluk kepada prank tanpa tujuan, malah pelbagai syarikat antara yang turut serta merancakkan sambutan ini.

Ideanya mudah, membuatkan orang ramai terhibur sekaligus membuatkan orang ramai sentiasa ingat akan ‘teknik marketing’ mereka ini. Nak tahu apa idea-idea terbaru daripada syarikat-syarikat yang dibuat oleh Google, IKEA dan Emirates? Berikut merupakan 5 senarai iklan april fool yang paling kreatif pada tahun ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. FLIKEA daripada IKEA

IKEA sememangnya sudah cukup sinonim dengan penjualan perabut yang moden dan minimalis. Menawarkan perabut dengan citarasa scandinavian sekaligus berjaya membuatkan IKEA terkenal di mata dunia.

Tidak dilupakan juga syarikat ini memang cukup pakar membuatkan orang ramai yang pada mulanya ‘saja mahu tengok-tengok’ barangan di IKEA akhirnya ‘terbeli’ barangan keluaran mereka.

Melalui iklan April Fool pada tahun ini, IKEA telah mengumumkan mereka bakal memperkenalkan FLIKEA. Sebuah kapal terbang khas daripada syarikat IKEA.

Namun apa yang membuatkan kami terhibur adalah komen daripada para netizen di Facebook Page IKEA sendiri. Ada yang bertanyakan ‘Apakah tempat duduk di dalam kapal terbang harus dipasang sendiri dan adakah allen key akan disediakan seperti barangan IKEA yang lain’. Kami harap beliau betul-betul dalam mood sarkastik.

2. Moto Razr Mod

Motorola dan Lenovo antara yang aktif mengeluarkan smartphone dengan pelbagai pilihan modular sebelum ini. Bermula dengan modular dengan kamera yang canggih sehinggalah kepada modular dengan sokongan speaker.

Pada tahun ini, laman rasmi Moto Malaysia turut berkongsi sebuah lagi modular hasil ciptaan kreatif mereka sempena April Fool. Modular yang diperkenalkan adalah mod dengan fungsi pisau cukur. Sejujurnya, sesiapa yang mula memeberikan idea ini memang wajar diberikan pujian kerana ianya memang kreatif sungguh meskipun sekadar mock up.

3. Emirates

Teknik iklan Emirates sempena April Fool ini memang lain macam betul. Emirates telah mengumumkan mereka bakal memperkenalkan kapal terbang 3 tingkat. Tidak cukup dengan itu, kapal terbang ‘khayalan’ mereka bakal turut tersedia dengan meja snooker serta kolam renang. Boleh tahan juga ya imaginasi tim Emirates ni.

4. Nvidia GeForce GTX G-Assist

Menggunakan rekabentuk daripada Nvidia GeForce GTX 1080, Nvidia pada tahun ini telah mengumumkan Nvidia GeForce GTX G-Assist. Dengan kebolehan untuk menyesuaikan dengan lebih 10,800 game, G-Assist dikatakan mampu menyelesaikan masalah anda disaat anda terpaksa meninggalkan PC buat sementara waktu.

Kebolehan untuk bermain untuk anda atau AFK antara yang membuatkan G-Assist tampil unik. Dalam erti kata lain, anda boleh ke tandas seketika manakala G-Assist akan menyambung bermain bagi pihak anda.

5. Google Pac-Maps

Meskipun idea yang digunakan ini agak familiar dan pernah digunakan sebelum ini, Google Pac-Maps nampaknya masih berjaya membuatkan orang ramai terhibur. Menggabungkan Google Maps serta game retro kesukaan ramai iaitu Pac-Man, Google Pac-Maps antara yang diseneraikan sebagai gimik paling popular pada tahun ini.

Anda boleh layari ke Google Maps seterusnya tekan pada butang insert coin. Anda akan dibawa ke sebuah tempat di dalam dunia Pac-Man sekaligus mengembalikan feel bermain game retro ini.

Sudahkah anda mencubanya? Jika belum kami sarankan anda relax seketika dan cuma Google Pac-Maps ini. Google Pac-Maps ini turut ditawarkan buat pengguna Desktop, Android dan iOS. Enjoy!

Harus diingat teknik marketing seperti ini adalah non shariah compliance memandangkan ianya mengandungi unsur prank. Jika anda mempunyai bisnes atau syarikat, kami harap anda belajar sesuatu dalam menyediakan iklan yang berjaya menarik perhatian orang ramai serta dalam masa yang sama menepati shariah dan kreatif.