Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk bulan Syawal menjelang tiba. Iklan-iklan Hari Raya oleh syarikat-syarikat besar dan lagu-lagu raya sudahpun mengambil tempat di kaca televisyen dan corong radio. Sebut sahaja iklan Hari Raya pastinya klip dari Petronas mencuri perhatian dengan elemen sedih dan mencuit hati yang pastinya #KenanganLaluMengusikJiwa.

Beberapa hari yang lalu tular di laman sosial Twitter mengenai Tweet daripada seorang pengguna, @projekpuisifar yang berkongsi beberapa klip video yang evergreen dan pastinya meggamit kenangan anda. Berikut kami kongsikan beberapa klip dari bebenang Tweet beliau.

1. Kisah 7 beradik

Iklan yang dibawakan oleh Petronas edisi tahun 2003 ini memaparkan kisah 7 bersaudara yang berusaha untuk mendapatkan daging untuk menghasilkan juadah Hari Raya pada saat-saat akhir. Lihat sahaja reaksi si ibu yang terharu dengan usaha yang dilakukan oleh anak-anaknya. Syurga di bawah telapak kaki ibu.

2. Burung apa? Burung Murai


Iklan Hari Raya Petronas 2007 ini merupakan iklan yang paling diingati oleh semua penonton. Buktinya sehingga kini masih ada parodi-parodi yang dibuat berdasarkan iklan ini.

3. Lepas tu


Bermaaf-maafan merupakan tradisi wajib dilakukan setiap tahun hari pertama di pagi raya. Iklan dari Tenaga Nasional Malaysia (TNB) untuk tahun 2016 pula mengisahkan Din membuat pengakuan kesalahan kepada ayahnya. Lepas tu.. lepas tu..

4. Salam kosong-kosong dari adik


Iklan ADIK yang dibawakan oleh TM edisi 2014 ini berjaya mencuit hati penonton dengan keletah si adik yang agak nakal dan bijak mencari alasan untuk tidak dimarahi oleh ibu bapanya.

5. Ikan di laut asam di darat


Persahabatan Suparjo dan Raju dari Petronas ini pastinya tidak dapat dilupakan dengan jari Raju yang berlumuran darah. Siapa sangka mereka menjadi jiran pula pada usia dewasa mereka.

Iklan yang mana paling melekat di kepala anda sehingga kini?