Beberapa hari lagi kita bakal menyambut bulan Ramadan. Khas kepada semua umat Islam di seluruh dunia, kami di Vocket mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak dengan ucapan “puasa dua tahun lepas dah ganti ke belum?”

Buat mereka yang memang menunggu kedatangan promosi barangan sempena Ramadan, teruskan usaha anda kerana Lazada kini sedang menjalankan promosi Ramadan. Jadi ini waktunya anda boleh beli barang dengan murah lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebentar tadi saya lihat banyak barang-barang dijual dengan harga promosi yang jauh lebih murah berbanding sebelumnya. Ada yang sehingga potongan harga 90%, murah betul. Tapi banyak juga yang sudah sold out. Untuk pengetahuan anda, kempen promosi ini sudah berjalan sejak 19 Mei lagi dan bakal berakhir pada 15 Jun ini.

Sebagai wakil persatuan kaki shopping online Malaysia yang tidak diiktiraf, 5 item ini menarik perhatian saya.

1. Almari kasut

Biasanya bila tiba musim raya, ramai orang datang berkunjung ke rumah. Nanti depan pintu rumah pun bersepah-sepah dengan kasut tetamu. Bagi mengelak membuang masa mencari kasut, saya rasa tuan rumah boleh beli almari ini untuk letak kasut sendiri.

Nanti tak adalah tersalah pakai kasut tetamu. Kira alamari ini untuk letak kasut tuan rumah sahaja. Harga pun murah, boleh dapatkan di sini.

2. Microwave

Perkara yang sering berlaku di bulan Ramadan ialah pembaziran makanan. Dengan adanya microwave ini bolehlah panaskan semula makanan yang tak habis. Boleh buat juadah sahur, bukan sahaja duit masa pun jimat.

Sharp antara jenama alat elektronik yang berkualiti dan dipercayai. Microwave harga mampu milik ini boleh didapati di sini.

3. Air Cond

Sekarang ini musim di Malaysia memang sangat panas. Dengan memasang air cond di rumah, ini sedikit sebanyak dapat membantu hindari rasa mahu minum air di siang hari ketika bulan Ramadan.

Untuk promosi air cond ini disertakan 2 tahun jaminan. Boleh dapatkan di sini.

4. Vacuum

Kepada suri rumah, ini untuk anda. Nanti tak ada lagi alasan ‘malas kemas rumah sebab penat’. Dengan bantuan vacuum ini, kerja mengemas pasti jadi lebih murah.

Sepanjang pengalaman saya menggunakan barang jenama Haier memang puas hati. Tak ada lagi masalah setakat ini. Anda boleh dapatkan vacuum ini di sini.

5. Bekas makanan

Pecayalah, biasanya bulan Ramadan memang sibuk nak cari bekas untuk simpan makanan yang berlebihan. Oleh itu saya syorkan bekas yang ini. Bukan sahaja datang bersama set pelbagai saiz, malah boleh digunakan untuk panaskan semula makanan menggunakan microwave.

Kalau nak letak dalam freezer pun boleh, tahan beku dan tak mudah retak. Boleh dapatkan di sini.