Sale Online Revolution Lazada kembali lagi. Maknanya ini merupakan waktu terbaik untuk anda dapatkan barangan-barangan yang sudah lama anda idamkan dengan harga promo. Nice!

Seperti yang ada tahu, Online Revolution Lazada pada kali ini cuma berlangsung selama 3 hari iaitu 12 Disember sehingga 14 Disember 2016 sahaja. Sudah berapa banyak anda shopping sempena sale ini? Atau masih mencari promo yang best?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jangan risau, kali ini kami bawakan kepada anda 5 gadget atau barangan elektronik yang peminat gadget pasti suka.

  1. Xiaomi Redmi 3S

Jika anda sedang mencari telefon dengan budget dibawah RM500. Pilihan anda untuk mendapatkan Xiaomi Redmi 3S memang terbaik! Sebabnya dengan harga RM499, Xiaomi Redmi 3S berjaya menawarkan sebuah telefon dengan skrin 5-inci Full HD.

Penyediaan RAM 2GB cukup untuk anda yang suka bermain game. Lebih menarik, telefon dengan rekabentuk slim ini turut disertakan dengan kapasiti bateri 4100mAh. Memang besar dan puas hati. Buat anda yang sekadar menggunakan telefon bagi aplikasi Whatsapp dan Facebook, mengecas telefon ini 2 hari sekali boleh dikatakan agak realistik.

Agak rare sebenarnya dengan harga yang ditawarkan, telefon ini hadir dengan fingerprint sensor dimana fungsi ini jarang sekali hadir pada telefon-telefon dengan price range yang sama. Anda boleh dapatkan telefon ini dengan harga promosi di sini.

2. GoPro HERO5 Black Edition

Buat peminat GoPro dan action cam, ini masa terbaik untuk anda grab peluang ini. Model terbaru GoPro iaitu HERO5 yang hadir dengan rakaman 4K kini turut dijual dengan harga promosi.

Untuk pengetahuan anda, harga asal bagi GoPro HERO5 adalah RM1,999.00 dan kini model terbaru ini dijual dengan harga RM1,649.00 sahaja. Boleh tahan banyak juga diskaun.

Buat anda yang masih memikirkan sama ada untuk mendapatkan HERO4 atau HERO5, cadangan kami adalah memilih HERO5. Sebabnya model terbaru GoPro ini tidak lagi memerlukan anda mendapatkan aksesori tambahan seperti waterproof case.

Penggunaan sensor terbaru pastinya buatkan gambar yang diambil tampak lebih cantik dan jelas. Anda boleh dapatkannya di sini.

3. PS4 Slim

Tidak kisah sama ada anda #TeamPC atau #TeamConsole, yang pasti promo terbaru PS4 daripada Lazada ini sememangnya awesome. PS4 Slim yang baru sahaja diumumkan buat pasaran Malaysia kini dijual dengan harga RM1,149 beserta warranty daripada 1 tahun daripada SEA.

Buat kaki FIFA atau PES, fight dengan member mesti lebih best dengan adanya PS4. Nak enjoy layan Netflix pun boleh. Dapatkannya di sini.

4. Xiaomi Mi Band 2

Apabila melibatkan bluetooth dan teknologi, pastinya ketahanan bateri menjadi ujian buat jam tangan pintar. Namun tidak pada Xiaomi Mi Band 2 yang mampu digunakan sehingga 20 hari untuk satu cas penuh.

Sebarang notifikasi atau fungsi melibatkan sosial media mahupun fitness semuanya boleh diakses menggunakan Mi Band 2. Lebih menarik, smartband ini turut menyediakan pelbagai aksesori dan strap. Nak tukar kepada strap leather atau metal pun boleh.

Kini anda boleh dapatkan Xiaomi Mi Band 2 dengan harga promosi di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=px6M3sB8M24

5. Apple iPhone 7 128GB

Kami yakin ramai diantara anda yang menggunakan telefon dengan OS Android. Namun buat peminat Apple dan bercita-cita mahu upgrade iPhone anda, ini merupakan masa terbaik.

Sebabnya, Lazada kini menawarkan diskaun sehingga RM400 untuk model ini dengan pilihan 5 warna menarik. Pembayaran secara bulanan juga ditawarkan sehingga 12 kali pembayaaran. Klik di link ini untuk tawaran iPhone 7.

Tawaran yang dinyatakan ini adalah terhad dan cuma berlangsung pada waktu yang singkat sahaja. Buat anda yang bercadang untuk mendapatkan barangan-barangan ini, nasihat kami jangan tangguh terlalu lama, kemungkinan gadget ini bakal sold out dengan segera. Selamat bershopping!

Baca lagi: 5 Telefon Yang Berbaloi Anda Dapatkan Sempena Sale Di Lazada