Apple Watch sering kali menjadi pilihan pengguna kerana mempunyai ciri penting seperti fall detection. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat jam pintar Android turut sedia hadir dengan ciri berkenaan pada harga lebih berpatutan?

Sejak populariti jam pintar semakin meluas, sejumlah pengeluar ternama telah menawarkan jam pintar dengan ciri fall detection kerana sangat berguna di dalam kehidupan seharian. Kini kami kongsikan lima jam pintar dengan ciri fall detection yang boleh didapatkan di pasaran hari ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

1. Amazfit Bip S

Sumber Gambar: Shopee

Amazfit Bip S merupakan pilihan terbaik buat anda yang mahukan jam pintar lengkap dengan ciri ini pada harga mampu milik. Selain mempunyai paparan skrin yang baik untuk navigasi, jam ini hadir dengan teknologi GPS terbina yang boleh menjejak lokasi larian dengan lebih tepat.

Malah, anda boleh sahaja memakai jam ini untuk aktiviti lasak termasuklah berenang atau meluncur air kerana mempunyai ciri kalis air yang mantap. Untuk kegunaan seharian, Bip S boleh menerima panggilan dan notifikasi aplikasi malahan mempunyai ketahanan bateri sehingga 40 hari lamanya.

Sekiranya anda mahukan Amazfit Bip S, kini boleh didapatkan di Shopee pada harga RM219 atau tawaran di Lazada berharga RM229.

Beli Sekarang Amazfit Bip S Di Shopee

Beli Sekarang Amazfit Bip S Di Lazada

2. Samsung Galaxy Watch4

Sumber Gambar: Shopee

Salah satu jenama ternama di pasaran yang sedia menawarkan sebuah jam pintar lengkap bergaya dalam masa yang sama hadir dengan ciri-ciri menarik adalah Samsung. Menerusi model Galaxy Watch4, anda boleh sahaja mengaktif ciri fall detection menerusi aplikasi dan menariknya menyokong pembantu maya.

Galaxy Watch4 juga hadir dengan sejumlah sensor pengesan yang canggih  bersama fungsi pengesan aktiviti, menjejak kualiti tidur, mengesan stress, ECG dan banyak lagi. Paling utama sekali, anda bakal menerima kemas kini perisian secara berkala yang kebiasaannya menawarkan ciri baharu atau untuk mengoptimasikan perisian di jam tersebut.

Kini anda boleh dapatkan jam serba canggih keluaran Samsung dengan tawaran harga RM598 menerusi Shopee dan di Lazada berharga RM489.

Beli Sekarang Samsung Galaxy Watch 4 Di Shopee

Beli Sekarang Samsung Galaxy Watch 4 Di Lazada

3. Google Pixel Watch

jam pintar
Sumber Gambar: Shopee

Seterusnya, Google Pixel Watch juga merupakan salah satu jam pintar yang elegan berserta dengan pelbagai ciri menarik padanya. Memandangkan jam pintar ini keluaran Google, anda sudah pasti boleh menikmati ekosistem Android dengan baik termasuklah pembayaran menerusi NFC dan juga menggunakan Google Assistant.

Paparan skrin juga sangat vibran serta cukup besar untuk menavigasi aplikasi atau menjawab panggilan menerusinya. Selain itu, sensor penjejak GPS yang terbina juga telah diuji dan mempamerkan ketepatan yang bagus sekaligus boleh dijadikan panduan untuk menjejak prestasi larian dan sebagainya.

Google Pixel Watch ini sedia ditawarkan dengan harga RM1,599 menerusi Shopee dan di Lazada dengan harga RM1,499.

Beli Sekarang Google Pixel Watch Di Shopee

Beli Sekarang Google Pixel Watch Di Lazada

4. Huawei Watch 3 Pro

jam pintar
Sumber Gambar: Shopee

Huawei Watch 3 Pro pula hadir sebagai sebuah jam pintar yang komprehensif untuk memudahkan urusan seharian anda. Dengan rekaan yang cukup moden, jam ini bakal memastikan anda akan sentiasa boleh berhubung dengan tersayang, mengakses sejumlah aplikasi serta menjejak kesihatan pada bila-bila masa.

Seperti jam pintar lain, Watch 3 Pro hadir dengan mod kecemasan yang bakal menghubungi kenalan rapat serta boleh membuat panggilan segera ke pihak berkuasa menerusi butang di tepinya. Ciri kalis air yang terdapat pada jam Watch 3 Pro bakal membenarkan anda untuk memakainya untuk pelbagai senario lasak.

Sekiranya anda berminat dengan Huawei Watch 3 Pro, kini boleh dapatkan pada harga RM1,699 di Shopee sementara menerusi Lazada dengan harga RM1,928.

Beli Sekarang Huawei Watch 3 Pro Di Shopee

Beli Sekarang Huawei Watch 3 Pro Di Lazada 

5. Garmin Forerunner 945

jam pintar
Sumber Gambar: Shopee

Garmin merupakan salah satu  syarikat jam pintar yang menawarkan ciri fall detection pada sesetengah modelnya. Garmin Forerunner 945 merupakan sebuah jam pintar premium yang lengkap dengan ciri tersebut dan juga mempunyai sejumlah ciri penjejak kesihatan yang canggih.

Anda juga boleh menyimpan sebanyak 1,000 lagu menerusi jam tersebut dan kemudian boleh disambungkan dengan earbuds dengan mudah. Garmin turut menawarkan pembayaran secara sentuhan seperti Apple Pay. Jangka hayat penggunaan pula boleh mencecah dua minggu lamanya.

Garmin Forerunner 945 ini boleh didapatkan menerusi Shopee dengan harga RM1,799 sementara berharga sekitar RM1,899 di Lazada.

Beli Sekarang Garmin Forerunner 945 Di Shopee

Beli Sekarang Garmin Forerunner 945 Di Lazada

Berdasarkan senarai di atas, Samsung Galaxy Watch4 merupakan pilihan terbaik kerana mempunyai sejumlah ciri penting untuk kegunaan seharian dalam masa yang sama tampil bergaya. Anda juga bakal menerima sokongan kemas kini secara berterusan dan paling utama sekali harganya masih mampu milik.

Konklusinya, anda boleh sahaja pilih mana-mana sahaja model yang bersesuaian dengan bajet memandangkan kesemuanya mempunyai ciri fall detection seperti Apple Watch. Ciri ini sangat penting untuk dimiliki kerana sebagai langkah berjaga sewaktu kecemasan kelak.